Tawaran Hebat !!!

Monday, April 30, 2012

Berkongsi belanja hantaran. Apekah???

Skrg ni kalau nak kawin, hantaran mesti mahal2 kan? Erkkk seram gitu... tp bila di lihat ada relevantnye juga sebab harga barang pun dah naik kalau nak di bandingkan sekarang dgn dulu.

My auntie cerita, anak kawan dia hantaran sampai rm12k. Apekah???? Kalau d lihat kepada kecantikkan, tak de la cntik putih gebu kulit halus mulus pun. Pendidikan??? hanya Diploma... adusss.. diploma je dah cecah sampai 12k, cuba kira kalau2 utk degree holder?? tak kahwin la nampaknye kan... hehehe...

Jadi, persolannya di sini, boleh ke kalau bakal suami berkongsi duit hantaran dgn bakal isteri? Means katakan hantaran tu rm12k. Bakal isteri top up dalam rm5k.. Dan selebihnye bakal suami yg sediakan.... Boleh ke??? Boleh ke???? Ape pendapat you all??

*pic: Uncle G*

For me, hrmmmm... sepatutnye bakal suami la yg kena sediakan belanja hantaran tu.... Bakal isteri tak perlu nak top up walau 1 sen pun untuk belanja hantaran tu... Bakal isteri akan keluarkan belanja dari poket sendiri utk barang2 hantaran pihak lelaki, and etc etc yg dia rasa nak add on pada majlis tersebut. Dan for me, belanja hantaran tu bukan utk d habiskan kesemuanye sekali... Itu pada pendapat me la... pada korang mcm mane???

Memang take time utk bakal suami menyimpan duit hantaran tu... Tp itu menunjukkan kesungguhan mereka kan? Owh, mcm mana pula dgn membuat pinjaman bank utk hantaran? Hrmmm.... ?? Pd me selagi boleh usaha utk simpan, simpan la sikit2... If dah tak de masa lagi, tak sempat, tarikh pun dh nak dekat, pinjam la dgn jumlah yg mampu d bayar kan kan kan????...








with lurve,
riri

Friday, April 27, 2012

V.I.R.U.S

Apekah????? Bila lappy dan pendrive telah di serang virus terus hilang mood me nak berbelog ni...

*pic: Uncle G*


Tengok tu... sesuka hati je virus tu makan... even wallpaper pun gambar dia.. memang tak senonoh betul virus ni....

Bukan ape... hati tak senang ler... dah la lappy tu Mr.S baru je format secara free... Dan free2 jugak la me kena marah.. hehehe.. tak pe.. senyum je kena marah...

*pic: Uncle G*

Sampai nampak gigi ko me senyum... hehehe....

Then lepas google mcm mana nak hapuskan Win32 tu, me pun try la buat sendiri.. Cewah, budget pakar la sngt... Entah mcm mana sekali lappy tu terpadam dan yg keluar cuma skrin biru....

Nak buat mcm mana kan... Dah nak kena.. Mr.S suruh buang je lappy tu and beli baru.. Sebabnye kalau nak upgrade or tukar2 spare part kat dlm tu, semuanya dah tak de jual lagi...

Ceh, cakap memang senang.. Walaupun lappy tu brand Acer version zaman2 batu dulu... Me tetap sayang.. hehehe..

Yo la dah lama lappy tu berkhidmat untuk me sejak kat U lagi tahun 2005 sampai la ni masih bernyawa walaupun kadang2 tu semput la jugak... Ada sentimental value tu...

Setelah di fikir2 me nak simpan je la lappy tu buat harta karun.. hehehe...






with lurve,
riri

Wednesday, April 25, 2012

WW #12 - Asam Laksa

Ni la padahnye bila asyik tengok gmbr makanan jer..


Terliur beb, Asam Laksa Kluang Station.

Terbaikkkk..............

Wednesday, April 18, 2012

WW #11 - FYI




source: fb




with lurve,
riri

Monday, April 16, 2012

1st time bershopping di MyDeal

Selalunya bila dapat email dari MyDEAL me ignore kan aje. Tapi entah macam mana tergerak nak tengok pula offer yang best. Mana la tau kan sangkut kat mana2 offer.. Tup2 me nampak offer ni...


50% OFF Leptin Green Coffee 1000 Original.

Tanpe melengahkan masa, me pun click la....

Masa me nak beli ni ada lebih kurang 2 minit je lagi sebelum offer ni tamat. Me print screen ni bila me dh siap buat payment dan dah dapat voucher tu... Ramai juga yang belikan?? Sampai 846 deal. Me pun tak ragu2 la nak beli kalau macam ni...

Ini la Green Coffee 1000 tu..


Sebelum ni me pernah baca tentag keberkesanan produk ni. So since dia offer 50% why dun me try this product. Yang penting bukan pill. Me takut sikit kalau pill pelangsing or pill kurus ni.

Tengok la visible result dia dalam masa 18 hari... hehehe memang 4 area tu la yang me nak kuruskan...

Tarikh utk redemption start 10 April 2012 - 25 April 2012. Me dah redem on 10 April. Hopefully dapat cepat sbb tak sabar dah nak menguruskan badan ni yang semakin comel... hehehe....

Sekiranye berjaya menguruskan badan, me akan share testimoni after 18 days yer. If sama je.... hrmmm kita cuba lagi... hehehe....







with lurve,
riri 


Friday, April 13, 2012

Khas untuk yang belum berkahwin jer - Carilah Untukmu Seorang Imam

Kepada gurl2 out there yang masih mencari... Ini petuanye... hehehe....

Kepada yang telah menemui Imam untuk dirinya, semoga bahagia dan kekal selamanya....


Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "

" Maybe kot. Try search kat google.."

" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."

" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
 
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?

Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
 
*pic:Uncle G*

 
PERKAHWINAN
 
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana.

Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
 
 
MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
 
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri.

Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.

Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
 
 
ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
 
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Artikel iluvislam.com







with lurve
riri







Thursday, April 12, 2012

DIY - Bantal Hantaran

Sabtu malam, lepas balik dari wedding my cousin kat Kuali, me sekeluarga pegi baca Yassin kat rumah nenek. Then balik je dari rumah nenek, me dengan adik me sibuk men-DIY bantal hantaran.


Opsss agak bersepah di situ....


Opppss lagik... kami tak tiru ye hantaran macam my cousin tu... Ni kita orang dah fikir dari tahun lepas lagi... Kebetulan tersama....

Kita orang start pukul 10 mlm. Betul2 drama kat TV3 bertajuk Nurin Najwa tu start.. (eh2 betul ke tajuk cite tu??)
Dan hasilnye sehingga pukul 12.30 malam cuma ini.....

Hehehehe..... senyum, tak perlu kata apa2..... senyum.....

Sambil buat ni sambil adik me ni membebel; patut la kalau tempah hantaran dia orang charge mahal.....

Fuhhh... susah juga ye nak buat bantal hantaran ni.... Especially nak letakkan accesories kt bucu tu... Bukan yang berjurai tu, tapi yang macam kerawang2 tu... Susah betul dia nak lekat... Sungguh menguji kesabaran betul.... Sampai patah 2 kerawang tu me keje kan. hehehe.... sebabnye dia tak nak melentur ikut shape gabus tu.
Pastu kita org dah masuk tido... Penat sebab siang tu dah pegi Kulai.
Esoknye me dengan adik me sambung lagi sampai la siap... Tp gambar yang dah siap kesemua bantal2 tu tak de..

Yang ada cuma gambar ni;



Apekah itu???? See my jari dah melecur siap ada belon lagi tu....

Tangan ku melecur terkena gam panas.. heheheh T_T sakit woooo....
Bila dah siap semua puas hati walaupun tak sekemas orang2 yang pro buat, dan walaupun bukan me punya hantaran tu. hehehe.......







with lurve,
riri

Wednesday, April 11, 2012

WW #10 - Public Holiday

Selamat Bercuti......



Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke - 14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.








p/s; walaupun cuti 1 hari, terasa bestnye.... @_@





with lurve,
riri






Tuesday, April 10, 2012

Cousin's wedding - Mia & Roy

Last week on 7th April me dengan my family pegi kenduri kahwin cousin me kat Kulai. Last year kakaknye..

This year turn dia pula... And ini last la kenduri kawin kat rumah mak teh me sebab Mia ni yang bongsu.

Seawal 8 pagi kami dah gerak dari rumah....
This time tak sume adik beradik me yang pegi... Fatieha keje, and yang paling kecik pegi camping.

Malam tu baru sibuk2 nak balut hadiah....

Me bagi frame and glass from IKEA. hehehe.....

The dais....


The hantarans....


Hantaran dari pihak perempuan 11 dulang sumenye...

Jeans and t-shirt


Polo perfume


Wallet and belt


Samsung Galaxy Tab


Perfume lagik...


Buah-buahan


Kasut...


Sejadah...


Towel...


And coklat....



1 lagi ialah sireh jungjung. Tapi tak de gambar...
Semua hantaran-hantaran ni di gubah sendiri oleh pengantin...

Nikah outfit pulak....


Utk nikah ni me ambil gambar dari cousin me yang lain. hehehe sebab malam nikah tu kita orang tak pegi.

Okey, utk majlis persandingan pula....


Full picture dress bersanding....


Dress ni memang cantik.. Mia request kat mak andam nak baju baru. Dan baju tu si Mia ni yang design sendiri. Oppss lupa pula warna tema purple and grey.

Last picture.. Mia and Roy...



Balik kami singgah di black water aka Ayer Hitam.. hehehe.... Kengkonon nak survey gift untuk wedding adik me nanti.. Tapi tak de ape pun yang berkenan... Tapi me sempat terbeli bantal untul letak dalam kereta me. hehehe.... TER la sangat....

Mau tak TERbeli... macam2 pattern and corak bantal ada. Rambang mata jadinye.. Tapi sebab nak letak kat kereta je kot, me beli yang murah jer.. 2pcs, RM 12. hehehe..... :P





with lurve,
riri






Wajah baru

Ternampak ni masa me tengah shopping2 kat Guardian. Only RM1.48 for 50ml.

Then me tengok ada sticker tulis "Perkenalkan Wajah Baru"



Erk tapi me tengok wajah kt bottle tu still sama macam dulu.

Confuse di buatnye... Selalunye botol baru yang dia letkkan sticker macam tu. Ni me tengok bottle still sama je.

Owh mayb dia nak inform kot lotion ni ada bottle baru n dalam versi 100ml may b..

Sebab yg me beli ni cuma 50ml je... Nak letak dlm handbag tak perlu besar2. Berat nanti, putus handbag nanti.. hehehe

Monday, April 9, 2012

ABPBH 2011 lagi....

Congrats to Aaron Aziz.... Seperti yang di jangka kan, dia dapat Anugerah Bintang Paling Popular 2011. Me dengar kat Hot FM pagi tadi.....

Semalam me tak tengok sampai habis pun sbb terlalu keletihan mengharungi jalan yang jem dari senawang ke nilai.. Fuuuhhh..... Dah tido awal...



Rezeki orang merantau kan... Setimpal dengan usahanya selama ni. Bersusah payah datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.

Siape ingat lagi kemunculan pertama Aaron Aziz dalam cite ape?

*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*




1st drama yang Aaron Aziz berlakon ialah Emel Emelda (betulkan if me salah ye)... Lama dah cite ni. Tahun 2007.. Me suka tengok rumah yang Emel dengan Emelda duduk dalam cite ni... Fuhhh... modern habis la...

Hrmm me tak ingat me baca kat mana , Aaron ni bukan dari keluarga senang. And dia  dulu bersusah payah datang KL nak cari keje, jadi pelakon, tido pun tak tentu kat mana , then mandi pun tumpang mandi kat petrol station..



So sekarang, usahanye salama ini membuahkan hasil bila di hargai oleh peminat2.
Rezeki anak-anak kan....

So far, Aaron Aziz ni bersih dari gosip2 panas. Bagus la mcm tu... Imej bersih jer.. Teruskan berimej bersih... Mesti lagi banyak offer datang dan peminat pun berduyun-duyun. hehehe....

Wish you all da best in your carrier Aaron Aziz...











with lurve
riri







Saturday, April 7, 2012

Watermark yang awesome

Me baru dapat watermark yang me tempah dari Zie Madini

Dalam less than 1 week, me dah dapat watermark ni....

Pada me kira cepat la dengan keadaan Zie yang tak berape nak mengizinkan tu plus Zie preggy lagi.. Plus masa me order tu ada lagi 12 orang dalam waiting list.

So, jom lihat hasil tangan Zie Madini


Design 1


Design 2

Tp design 1 tu Zie tersalah URL blog pula. Dan dah inform Zie utk betulkan....

2 design / 2 watermark just RM5. Murah kan?

Interested nak order? Just email kan je details kat Zie Madini.
Subject: Tempahan Watermark

Sila Nyatakan:

1. Warna tema
2. URL blog @ FB page
3. Nama dikehendaki. e.g. "riri fatieha"
4. If nak watermark bergambar, sila sertakan sekali gambar ye..

Nak tengok design yang lain boleh singgah kat blog Zie Madini.

Zie pun ada bagi tutorial macamana nak letak watermark ni kat gambar

Thank you so much zie...




p/s: me dah guna design 2 tu dalam previous entry before design 1 siap ammend lagi. hehehe... tak sabar la tu nak guna watermark...







with lurve;
riri



Friday, April 6, 2012

Print & Redem - KFC Voucher

Dear all.... kepada peminat-peminat tegar KFC. Tak kisah la suka ayam goreng hot and spicy tu ke, burger ke, whipped potato ke, coleslow ke, meh sini rapat-rapat den nak bagi KFC Voucher ni..

My friend, yana yang email voucher ni. So, since it can be share with others, so here it is.....


Normal price Meal for 2 person RM26.40... Tapi dengan coupon ni anda dapat RM19.90. Jimat kan????

Valid till 30th June 2012

Me dah print 2 vouchers. Ingat nak belanja my family weekend ni....

Nak print KFC Voucher kat SINI ye








with lurve,
riri


Thursday, April 5, 2012

New blogger interface - Yg lama jadi pilihan

Taraaaa...... 
Since April bila pegi kat dashboard mesti ada yg perasan kat atas tu dia tulis "Blogger is getting new look in April. Upgrade Now" 

Dalam kotak warna kuning.

Erk tapi kenape me cakap April tadi??? Sebab me baru perasan ada notification tu dalam bulan ni. Hehehe...

Dengan kegatalan yang ada di tangan ni, me pun click la kat Upgrade Now tu.

Dan hasilnya adalah begini...


Cantik... putih, suci murni je nampak kalau nak di bandingkan dengan dashboard yang lama tu. Macam2 yang di hide kan... 

Erk rasa susah pula dengan dashboad yang baru ni... Benda baru kan, tak biasa lagi.... Al-maklumlah dashboard yang lama ni dah lama guna. Hari2 bukak. So dah familiar la kan...

Tapi, old interface TATAP MENJADI POJAAN HATIKU Cewah.... dah keluar dialog cite2 P.Ramlee...

Setelah menggodeh aka mengexplore new interface ni, me jumpa Jalan Kembali ke Pangkal Jalan.


Dan jadilah old blogger interface..




Hehehe.... Selamat Mencuba......


p/s: gambar ni blur la. kenape eh???? padahal print screen je pun..






with lurve,
riri







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang