Tawaran Hebat !!!

Thursday, August 30, 2012

WP - Bunga Pahar

Adeh, raya tahun ni raya pertama je me and family beraya. Sbb seminggu lepas raya kami ada misi yg sngt besau.

Dan harinya makin tiba...

Dulu me ada pos entry tentang me DIY bakul telur kat SINI

So skrg me nak tunjuk la sebab majlis my adik pun dah tak lama lagi je kan. Tinggal beberapa hari jer...

Dan inilah hasilnye...


Tapi yg ni version belum isi telur lagi... Hehehehe

Nak version ada telur nnti me update yerk.





nota kaki; adeh, penatnye minggu ni....


with lurve,
riri



Monday, August 27, 2012

Tayang duit raya

Dah cuti raya lelame ni rasa mls je nak keje. Bukan keje je cuti tapi mood nak berbelog pun cuti ye.
 
Ada bnyk benda nak story tapi entah kenape malas betul.
 
 
Nak2 sejak hp yg me selalu guna utk ambil gambar tu dah totally tak boleh guna. Dah rosak okey! Terus mcm mati kutu jap. Tak tau dah nak ambil gambar guna ape lagi lepas ni.
 
Nak buat entry tak bergambar tak syookk..
 
Meh sini nak story me dapat duit raya. Hehehe duit raya dari Nuffnang.
 
Sepanjang cuti ni memang tak hapdate pe2 entry pun.
Bila cek akaun nuffnang tup2 ada 1 BE sangkut la.
 
Ini dia BE yang ke 11, Uniliver Sunsilk Savana.
 

 
Baru je terniat semalam nak beli syampu Sunsilk. Tup2 ada BE dari Sunsilk. hehehe.....
 
Start date 16 July 2012, tp me baru cek tadi :P
 
Sebab b4 cuti haritu ada jugak cek tapi tak de pun mana2 BE yang sangkut.
 
 
 
nota kaki; masih berkira-kira bila nak "click button" cash out tu...
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 


Tuesday, August 21, 2012

Smart Taq Raya Promotion 2012 (sticky note)

Berita gembira kepada sesiapa yg masih tercari2 promosi Smart Tag.

Sempena Hari Raya 2012 yg akan tiba tak lama lagi, Smart Tag ada buat promotion.

Hanya RM 99.00, normal price RM 120.00.



Tapi yang ni limited! Hanya 20,000 units untuk di grab.


Promosi ni available dari 15 August 2012, TODAY okey di semua Touch'n Go Spot and Hubs.


Untuk mengetahui lokasi2 Touch'n Go Spot and Hubs boleh tengok kat SINI.
Limited to 2 units per customer


Me dah beli dah masa CNY promotion dulu.




p/s: info dari touch'n go. Post ni jadi sticky note sampai raya ye :)



with lurve,
riri



Sunday, August 19, 2012

Raya 2012

Yeay, Alhamdulillah... Hari ni dah 1 Syawal. 

Tapi masih sedih sbb Ramadhan dah berlalu. Rasa mcm kejap gile berpuasa tahun ni.

D kesempatan ini me nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua yg me kenal dn mengenali me kat alam maya ni. 

Skrg mesti semua dah ada kt kampung kan. So nanti nak balik dari kampung hati2 ye...


Dari me dan keluarga, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

Tema me n family tahun ni merah, tp yg lelaki tak berape nak merah sbb my abah tak nak pakai merah. Huhuhu...



p/s; hari itu makin hampir. 12days more :P


with lurve,
riri

Thursday, August 16, 2012

Iklan Raya

Sekarang ni artis pun ada iklan raya sendiri tau.


Iklan ni mcm mengimbas kembali kenangan zaman2 dia org muda2 dulu.


Nak tengok tak kisah raya artis2 yg terlibat??


Yang ni kisah raya Aaron Aziz.


*click pic utk tengok iklan*


Mengimbau kembali kisah raya Aaron masa remaja dulu.


Yang ni pula iklan raya Erra Fazira

*click pic utk tengok iklan*


Kisah raya Erra yg beraya tanpa Bapa sejak dari kecil lagi. Nak tau mcm mana kisah Era boleh tengok kat SINI


Dan yang ni, iklan raya Aznil Hj Nawawi @ Pak Nil

*click pic utk tengok iklan*

Pak Nil mengimbau kembali zaman kana-kanak dia bersama ayah tersayang. Walaupun ayah Pak Nil dah takde, tp dia still buat tradisi raya tu. Jom tengok!



Me dah tengok. Korang dah ke belum?



with lurve,
riri



Rezeki Fizi & Ahmad

Sape dah tengok iklan raya Bernas?? Ala yg  ada Fizi dgn Ahamad tu..

Memang touching betul tngk iklan tu. Skrg iklan tu memang famous dn mnjadi hot sangat.



Lum tengok iklan tu? Meh tengok kat SINI. Yang ni yang full vesion dlm 7 minit lebih. Yang kat TV tu dia dah potong2 tngl 3 minit jer.


Pagi tadi masa bersiap2 nak pegi keje me dgr hot fm. Dia ada interview Fizi dgn Ahmad ni. Ape lagi, zaaassss me cepat2 pg on tv sbb nak tengok.


FYI dia org bukan anak2 yatim mcm dlm iklan tu. Dia org masih ada parents.


Yg ni part yg me sampai dah nak menangis dah pg tadi bila terharunya ada seorang doc wanita dan rakannya nak bg treatment percuma kepada Ahmad dan Fizi. Alhamdulillah, syukur. Masih ada lagi golongan2 yg prihatin mcm ni. Memang rezeki raya dia orang tahun ni. Plus dapat duit raya lagi dari Hot FM.


 
And 1 lagi, bila ada seorang pemanggil bgtau rupa Ahmad mcm rupa arwah adik dia yg dah meningal dulu, dan kebetulan kampung pemanggil tu memang kat Segamat. Pemanggil tu sampai menangis tadi. Aduh, me pulak sebak sensorang... Al-Fatihah buat arwah...


Kalau nak tengok lagi gambar2 Ahmad dgn Fizi di konti hot FM dan komen2 boleh ke FB Hot FM ye :)


Kalau ada sape2 berminat nak add Ahmad kt FB ni FB Ahmad ye; Muhammad Matin FB Fizi me tak tau. Hehehe, nak tau blh je tngu update dari Hot FM ye.



p/s; info & pic dari Hot FM


with lurve,
riri



Wednesday, August 15, 2012

ww - #23 Jakun





jakun baru merasa pegang duit RM5 dan RM 1 yang baru.



p/s: ini bukan duit raya. Duit raya tak tukar lagi pun...




riri


Monday, August 13, 2012

Ayu Raudhah pula bertudung

Alhamdulillah.... Lepas sorang, sorang artis yg d beri Hidayah utk bertudung..


Tengok, cantik kan ayu bertudung??? Nampak sweet je..




Ayu Raudhah artis yg ke-4 setelah Leeya, Shila Hamzah n Nurul Syuhadah bertudung dlm bulan Ramadhan tahun ini.

Menurut Ayu, dia memang dh lama berhajat nak bertudung cuma hatinya bru terbuka sejak balik dari umrah Ogos lepas. Dan suaminya juga menyokong perubahan Ayu.

Suka tengok makin ramai artis yg dah bertudung mcm ni...




p/s: info & gmbr dari MH Online


with lurve,
riri



Setahun bersama

8 August 2011 me dapat kete me. Masa tu bulan puasa juga tpi tak pasti brape Ramadhan.

This year, renew road tax & insurance pun bulan puasa...

Walaupun duit road tax & insurance awal2 lagi dah simpan, tpi bila kena bayar bulan2 pose ni, nak2 nak raya ni rasa mcm banyak gile keluarkan duit this month.


Ouucchh.....



Ni yg lama ye. Hehehe yg baru me dah tampal.

To my baby black;

Diam tak diam dah setahun kita bersama. Segala suka duka telah kita lalui bersama.

Maaflah sebab tuanmu ini tak dapat nak menjamin keselamatan kamu bila kamu di parking di luar.

 Maklumlah, rakyat Malaysia ni sangat baik dan prihatin sampai sanggup mencalarkan dan melukaikan dirimu. Kamu pun tahu tuan mu ini selalu berhati2 dan tidak pernah lagi melukai kete2 org lain. Hrmm nk buat mcm mana.. Org lain tu cemburu dgn kecantikan dan ke-elegance-nan kamu tu.


Maaf la ye, tuan mu ini tak mampu untuk menuntut keadilan bg pihak kamu. Tuan mu ini hanya mampu mengutuk dan memarahi manusia2 itu di dalam hati.

InsyAllah, nnti tuan mu ini akan hantar kamu untuk polish and wax kasi cantik berkilat ye. Tapi, hati tuan mu ini masih risau kalau2 selepas kamu dah cantik berkilat mcm tu, ada lagi ke tangan2 manusia yg gatal mencalarkan dan menyakitkan badan kamu lagi??? Adddooiiii......................!!!

Merata tempat telah ku bawa dirimu. Ternyata kita serasi bersama. Tetapi kadang kala ada juga yg tuan mu ni tak puas hati dgn orang2 yg mencipta dan memasang kamu ni. Macam2 bunyi di keluarkan bila tuan mu ni tengah drive kamu.

Nak buat macam mana, kamu yg lahir di Malaysia ni je yg tuan mu ni mampu masa tu. Alhamdulillah rezeki Allah walaupun kadang2 hati tuan mu ni ada jugak terdetik nak menjual kamu dan nak beli yg lahir luar dari Malaysia pulak. Hik hik hik...

Tapi di sebabkan sayang yang mendalam terhadap kamu, dan mengenangkan bnyak jasa2 yg telau kamu berikan, tuan mu ini telah membatalkan niatnye...

Tapi kamu perlulah sentiasa berdoa supaya tuan mu ini tak men-letgo kamu! Hahaha.... (ketawa jahat)

Semoga kita akan terus bersama. Dan silalah berikan perkhidmatan yg terbaik untuk tuan mu ini ye.



p/s: Elakkan beli kete time nak raya.



with lurve,
riri



Saturday, August 11, 2012

Dah lama me tercari2 tutorial letak iklan Nuffnang ni kt tengah2, di antara entry2 yg dah di postkan.


Skrg baru dapat. Ape ke sengal la me ni...

Hehehe, dh lama cari yg betul2 punye tutorial.
Sblm ni jumpa tapi bila me buat tak jadi.

 Kebetulan me jumpa entry ni kat bw kt blog kak leily ni.. Terus try..

Dan terus jadi... weee... suka suka suka...

Nak letak banner iklan ni pun penting tau utk menjana pendapatan dari Nuffnang.

Kalau nak tengok tutorial mcm mana, boleh la singgah kat SINI.



p/s: me tambahkan <center> dan </center> sebelum perkataan nuffnang kt code tu supaya iklan tu centre kat tngh2.



with lurve,
riri

Friday, August 10, 2012

Nurul Shuhada bertudung

Alhamdulillah... if tak silap me ni artis ketiga yang mula mengenakan tudung dalam bulan Ramadhan tahun ni. 1st and 2nd kt SINI.

Dan Nurul Shuhada yang ke-3


Alhamdulillah.. kalau tak silap Nurul Syuhada mula bertudung masa kemunculan dia di MHI semalam.



p/s; pic dari FB WHI




with lurve,
riri


Lokasi2 perangkap had laju

Next week dah raya. Sekejap je kan rasa?? Cepat betul masa berlalu sekarang ni.

Okey ni me dapat masa me buka FB tadi...


Jom kenal pasti laluan anda....
Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:
PLUS Arah Utara


Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction

Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange

Under the overhead restaurant at Sg Buloh

Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km

Under the bridge at 296.5km, Bangi junction

Under the newly constructed bridge at 289.0 km after Nilai North junction

Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction


PLUS Arah Selatan

Below signboard at about 454.6km and 455.2km Sg Buloh layby
Under the bridge after Subang junction at 11.3km
Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction
Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi toll 80km/h only!
(ni siyes me tak tau.. sib baik tak pecut kat sini sbb bila me lalu kat sini semedang jer jalam jammed)
Under the bridge at 302.8km, Kajang junction
About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
At 296.5km and 297km, Bangi junction.

Under the newly constructed bridge at 289.0km before Nilai North junction
At 285.5km and 285.8km, Nilai North Junction
On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction
After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park
Behind the right hand crash barrier at 198.4km
Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/

Utara

On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/ Shah Alam exit
Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km
Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/
Selatan
Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
After exit from KLIA toll to the airport,below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE Arah Timur/Utara
300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km,
80km/h!
Below bridge at Damansara Junction,17.5km
NKVE Arah Barat/Selatan
Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km
and 25.7km, 80km/h!

From Jln Duta, below the bridge, 23km,80km/h zone!

From Jln Duta, at the underpass at SgnBuloh Y-junction, 22km.
Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
Below railway bridge at 11.2km
Under the bridge at Shah Alam junction.
Lebuhraya Kesas Timur

Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesas– Klang
Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about
13km mile stone. 70km/h only!
Leburaya Pantai Timur

East bound, downhill run after Raub junction.
Maran, 60km/h zone.
Paya Bungor, 70km/h zone. Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
Tangkak junction.
Under the bridge after Yong Peng

North junction at 97.3km.

Ayer Hitam junction.

Sedenak junction.
Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah
Utara
Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
Before Perwaja Steel.
Sg Petani junction.
Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah
Selatan
Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.

Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan
Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.

Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 372.6km, at SlimRiver junction.

p/s : Memandulah secara berhemah anda selamat , duit anda pun selamat... orang lain pun selamat
info dari; FB 



with lurve,
riri




Thursday, August 9, 2012

Kasut Raya Murah

Lagi seminggu je nak raya ni... Tapi my preparation so so jer.. Baju 1 helai jer pun utk raya pertama je. Raya ke-2 ke-3 ke-4 recycle je la bju2 raya lama.

Btw, baju raya me yg lama2 me tak guna utk pg office. Me cuma pakai utk pg kenduri kawin or ape2 event jer.

So sekarang tinggal kasut jer yg belum beli.

Me dah usha2 kasut kat HiShop. Kasut Jane Holli murah2 sebab ada sehingga 80% discount. Mau tak rambang mata me tengok.


Platform sandal ni price RM119 after less dpt RM50 je!




Peep toe pump ni RM199 dapat RM50 je!


Hmmm tpi mcm berkenan yg mula2 tadi jerk Tapi yg merah tu pun cantik sbb tema tahun ni merah. Adooiiiyyy....

Sape2 yg lum beli lagi kasut jom tengok kasut yg cantik dan exclusive ni ada dijual di HiShop.




Buat me sentap je pagi2 ni!

Pagi ni bila masuk opis me check post box. Semalam tak tengok pun harta karun ape yg ada kat dalam tu.

Tengok2 ada bill elektrik dari TNB. Bila dapat bil mata me memang akan terus tertumpu kepada amount yg di BOLD kan kat bawah sekali tu.

Nak tahu mcm mana bershopping tanpa membawa wang yang banyak?

Gile sentap me bila tengok angka yg dia tunjuk tu!



Gile banyak!!!!!

Tu final amount. Jom tengok bacaan dia org brape;


Last month we alls guna 1235 unit! Jumalahnye RM531.05. 
Bila tengok bilangan hari okey fine 62 days.

Me cek balik previous bill yg dah bayar, bila tngok code kat bill tu E. E maknanya estimation, anggaran.

Anggaran tu dia dah tolak balik kat atas tu. Walaupun dia dah tolak, tp final amount kena bayar masih RM300 ke atas. Pada me still consider mahal sebab monthly usage biasanya below RM200. Kadang2 je RM200 lebey. Dan kalau tengokkan penggunaan, sama je mcm bulan2 sebelum tu...

 Adooooooiiiii.... betul ke meter tu jalan sampai bnyk mcm tu??

Pening nak menjawab dgn bos!




with lurve,
riri


Wednesday, August 8, 2012

Pizza buy 1 Free 1

Sebelum ni McD je selalu buat buy 1 free 1.
Now, Pizza pun dah mengikuti jejak langkah McD.
Buy 1 regular pan pizza dan dapatkan 1 lagi regular pan pizza percuma. Bestkan??

Boleh buat juadah berbuka hari ni.

Jom print this coupon dan redem.



Offer dari 8 August - 10 August 2012 dari 11pagi sehingga 11 malam. 3 hari sahaja tau.
Untuk take away sahaja. *terms & condition apply



nak print coupon kat SINI ye.



p/s; info dan gmbr dari FB Pizza Hut Malaysia



with lurve,
riri



Baskin Robbins FREE Ice Cream CONFIRMED!


Semalam ada dgr ura2 tentang BR nak bg ice cream free if DLCW menang gold medal. Tp belum confirm lagi.

Today, dah confirm BR akan bg ice cream free !!


*click pic to enlarge*

Baskin-Robbins is giving away Free Ice-cream

In honour of our athletes for their determination and passion,
Impian Emas Negara Media Prima Berhad & Baskin-Robbins Malaysia
wants to reward all Malaysians with FREE Baskin-Robbins ice-cream!
It’s time to come together as ONE and taste the sweet success!
Wednesday, 8 August 2012 from 8.00pm till 10.00 p.m
at all 61 Baskin-Robbins outlets nationwide

Harus cari ni outlet2 BR ni. Erk tp timing mcm tak kena pulak...
Time terawih le...

Nak tengok kat mana outlet BR ni, boleh cek kat SINI.





p/s: pic from fb BR, info dari freebiesland



with lurve,
riri





p/s; pic source FB



with lurve,
riri


Tuesday, August 7, 2012

Lagi artis bertudung

Alhamdulillah, sempena Ramadhan tahun ni ada artis yg telah diberi Hidayah oleh Allah s.w.t untuk bertudung.

1 Ramadhan hari tu me dgr Sharifah Aleya @ Leya, deejay radio hot fm tu.

*pic from beautifulnara*


Pagi tadi otw balik KL me dgr kt hot FM jugak, Sheila Hamzah dah bertudung bermula 15 Ramadhan hari tu.

Alhamdulillah...
Semoga lepas ni ramai lagi artis2 yg berhijrah pakai tudung. Satu permulaan yg baik.


*pic from beautifulnara*


*pic from beautifulnara*

Comel kan???

Menurut Sheila, pintu hati dia terbuka sejak 2 bulan yg lepas, dan pada 15 Ramadhan yg lepas baru dia betul2 pakai.

Lepas ni dia mesti jadi ikon artis yg pakai tudung sekarang mcm Irma Hasmie, Heliza Helmi, Diana Amir n ramai lagi...

Lagi gambar Sheila Hamzah bertudung di blog beautifulnara ye.




p/s: info dari berita hot FM, pic dari beautifulnara




with lurve,
riri



Monday, August 6, 2012

Cuti yang Istimewa

Yeay.. hari ni cuti lagi Sempena Nuzul Al-Quran.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.

Selangor, Kelantan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang & Terengganu je ye dear. :)


*pic:Uncle G*



Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.


Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.


Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.


Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


Me sambung cuti lagi kat kampung ye kawan2...
Ngeee.... @__@

Seronok cuti lama ye, pastu nak kerja liat. huhuhu....



p/s: info dari al-azim.com



with lurve,
riri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang