Tawaran Hebat !!!

Tuesday, April 30, 2013

Our Little n Sweet House!

Eheemm... ehem.. kah kah kah... Gelak dulu. 
Ingtkan today Friday sbb esok cuti kan, so excited sikit la. Sekali today baru selasa la. Eh eh tak sabar pula nak tunggu Jumaat nak balik kampung. Itu yang penting.

Sebenarnya today nak buat entry tentang keduri kahwin my cousin middle april haritu. Tp bila cek2 kat pendrive tak jumpa pula folder gambar tu. Tah kat mana selitnya tak tau la.

Today nak story kegembiraan sebab dah jumpa rumah sewa yg akan kami duduk lepas kahwin nanti. Dan yang pastinya rumah sewa tu sama area dgn rumah my mak cik yg me tinggal sekarang dan dekat dengan my opis. Hehehee.... 5 minit je dah sampai.
Tak perlu menghadap jem bagai bila nak pg opis and pg keje. Mr.S nak pg keje pun dekat je katanya. 15 - 20 min dah sampai.

Alhamdulillah... Allah permudahkan segalanya... 

Sebelum ni me dah jumpa 2 rumah sewa. Fist tingkat 5 sewa blh nego until RM 450/month. 2nd ground floor RM550. Tp both rumah basic unit. Means kosong, tak de tiles, bumbung leaking la, then tak ada ruang khas utk dapur, etc.

Mr.S unhappy sikit la dgn condiition dua2 rumah ni kan. Tp me tak fikir semua tu sbb yg penting "ada rumah". Yg lain tu belakang cite. Nanti pandai2 la me deco2 bagi cantik.

Rumah 1st.

Ni la yg di maksudkan dgn tak de ruang khas utk dapur. Dapur dgn living hall sekali.. Tak ada apa yg membezakan.


Rumah 2nd.


Yang ni pula ruang veranda disekalikan dgn ruang sinki / ruang dapur. 


Pada me memang me tak kisah. Asal ada je me grab cecepat sebab kat area sini memang PANAS!! 
Susah nak dapat rumah sewa. Kalau ada iklan kat mudah tu be the first la. Kalau lambat sikit memang kena sapu. Both rumah tu me tengok iklan kat mudah.

Rumah yg 2nd tu me dah bayar booking RM200. So bila dah booking owner tak kan layan lagi la bila ada org lain tanya. Dalam 2 minggu lagi baru bayar balance deposit dan kunci.

Tapi Mr.S memang bising sampai gaduh pun ada la, sebab dia unhappy dgn condition rumah yg me dah booking tu.

Seminggu lepas me bayar booking tu, my childhood friend message me kat FB. Dia tanya samada me dah jumpa rumah sewa atau belum. So me bgtau la dah jumpa tapi sangat2 basic unit. Dan dia bgtau yg dia nak pindah sebab husband dia kena posting to Melaka. Dan dia mencari penyewa baru. Actually rumah dia ni di area yg sama cuma block je lain2. Rumah ni adalah rumah ayahnya yg merupakan kawan lama my abah. 

Actually me memang kenal dgn abah kawan me ni. Pendek kata satu family dia me and my family kenal sebab dulu kami sama2 tinggal di quaters polis. Dan masa wedding adik me kat kampung last year pun dia ada datang 1 family.

So tanpa melengahkan masa, sepantas kilat petang tu juga me datang rumah dia and tengok condition rumah tu. Zap zap zip me ambil gambar and whatsapp terus kat Mr.S. Then dia agreed 100% without prejudis.
Mr.S cakap "Ini baru la betul2 rumah" Erk???? Dalam hati cakap "abistu sebelum ni me tunjuk dia reban hayam ke apa?"

Balik rumah terus me inform owner rumah yg me dah bayar booking tu utk cancel. Sib baik RM200 je. Kalau me bayar deposit full haritu menangis kami oooo... 

Dan few days lepas tu me bayar deposit rumah ye ke-3 ni. Dua minggu lebey baru me dapat kunci sbb kawan me ni nak bersihkan dulu quaters di Melaka then baru dia angkut barang2 dalam rumah ni.

Yeay, dan ini lah dia ower new house....


Dua hari juga la lepas keje me berkampung kat rumah baru ni sebab nak cuci sental kasik berkilat biar silau mata Mr.S tu.


Ada ruang khas dapur. Means ada dinding la yg membezakan dapur dan ruang tamu. Dan kat luar tu ada veranda... 

Dan selepas di deco sendirik oleh Mr.S.


Mr.S dengan rasminya dah pindah ke rumah baru ni ahad lepas. Dan me pun boleh la menarik nafas lega. Dah settle 1 perkara yg me rasa besar gak la. Sbb pernah la me sampai give up kot nak carik rumah area sini. Sbb if area lain me la yg susah nak pg keje. Jauh + jem!

Mungkin pada org lain rumah ni tak de la sesempurna dan sehebat rumah org lain yg semestinya lagi hebat. Tapi kami sendiri bangga dengan rumah yg kami dapat sewa skrg ni. Dah cukup lengkap rasanya utk mulakan hidup baru selepas kahwin nanti. 

Okey, me dah tak sabar nak pindah ni. Hik hik hik... 4months lagi...
Bila me tengok2 erk banyak lagi barang nak kena beli ni... Okey pelan2 kayuh...


p/s; esok cuti. Jom pg IKEA mr.S. Selamat hari buruh semua....


with lurve,
riri



Saturday, April 20, 2013

Tak Perasan

Ish pelik betul... Macam mana BE baru masuk me boleh tak perasan pula ni...
 
Rupanya sebelum BE yang me post kat ENTRY ni ada lagi BE sebelum tu me tak perasan...
 
 
2 dah credited dah dan 2 lagi masih ongoing. Eh tapi yg Libresse Salute Her tu baru lagi tu. Tengok tarikh pun tau. Hehehe...
 
Alhamdulillah walaupun tak banyak tapi continuously ada rezeki tu... So lama2 nanti jadi bukit la kan...
 
Syukur...
 
 
with lurve,
riri


Friday, April 19, 2013

PTPTN - SPH

Alhamdulillah hari Jumaat yg barokah, ada berita gembira nak d kongsikan bersama...
 
Semalam petang me cek email. Then nampak email dari nama yang tak dikenali. Bila buka buka email tu....
 
Nah ambil ni;
 

Surat Pelepasan Hutang (SPH) me dah otw! Maknanya me bebas hutang dari PTPTN ni. Hahahahaha (gelak jahat) puas hati me.
 
Erk tapi tak puas hati lagi ni, belum pasti btl ke tak ni... So meh kita cek surat yg dia attachkan.
 


Owh confirm la! Ok puas hati :)
Hrmmm tapi macam tak je. Ada satu lagi kena cek ni...
 
 
Okey ni betul2 puas hati sebab acccount me dia orang dah buat pelarasan. Yeay!
 
Tapi me tak pasti duit tu bila dia orang nak transfer sebab semalam dgn today me dah check account masih tak de sebarang bayaran balik lagi. Mayb ambil masa 2 - 3 hari kot. Tak pe next week boleh check lagi.
 
Nak tau macam mana me blh terjebak dgn PTPTN ni boleh refer kat entry NI
 
Siapa2 yg berkemampuan nak buat full settlement baik la buat sebelum offer tu tamat ye. Rugi besar kalau tak settlekan.
 
Nak tau kenapa me cakap macam tu? Jom kira sesama apa yg me bayar;
 
Jumlah Pinjaman sebenar (1 sem) = RM 3,250.00
Baki pinjaman setakat 31.01.13 / Jumlah dibayar = RM 3,692.92
Discount 20% ke atas baki pinjaman setakat 31.01.13 = RM 738.58
(ada perbezaan 0.09 sen tu me tak pasti pula macam mana dia org kira)
 
Jumlah sebenar yg me bayar = RM 3,692.92 - 738.58 = RM 2,954.34
 
Perbezaan Jumlah Pinjaman dgn Jumlah sebenar yg me bayar =
RM 3,250.00 - RM 2,954.38 = RM 295.66
 
Nampak tak?? Untung berganda-ganda oooo....
 
1. Untung sebab me bayar pinjaman kurang dari jumlah apa yg me kena bayar (jumlah asal + kos pentadbiran = RM 3,692.92)
 
2. Untung sebab me bayar kurang dari jumlah yg me pinjam iaitu kurang dari RM 3,250.00.
So kiranya macam me tak kena bayar kos pentadbiran malah dapat discount lagi ke atas jumlah sebenar me pinjam.
 
Faham tak??? Tak faham pun buat2 faham je la ye... huhu tak tau nak expalin mcm mana.
 
Tp me sarankan kat peminjam2 PTPTN yg baki tak banyak dan berkemampuan utk bayar sila la bayar sebab menguntungkan. Sangat menguntungkan malah kos pentadbiran 3% atau 1% tu tak dikanakan. FREE OF CHARGE la kan...
 
Kalau rasa2 nak bayar tapi tak de cash money atau saving boleh je keluarkan KWSP utk bayar PTPTN. Tapi pastikan la duit kat akaun 2 tu cukup utk buat full settlement PTPTN.
Tapi.... huhuhu KWSP ada syarat2 nya la... Tu kena refer kat KWSP ye kawan2..
 
 
Fuhhh... panjang explaination. Apa2 pun AZAM 2013 nak settle dgn PTPTN dah pun tercapai...
 
Now tunggu dia org pulangkan duit balance je.
 
 
with lurve,
riri


Wednesday, April 17, 2013

Bila Terlalu Excited

Cewah... tajuk! Ni semalam petang punya cerita.
 
Tetiba balik keje tergerak pula nak cek surat kat dalam peti tu. Selalunya malas yg amat. Sbb tak de surat penting pun kan.
 
Sekali dapat surat dari IKEA. Happy sangat la sbb sebelum ni guna temporary card je kan...
Sekarang dapat kad yg original lagi bersemangat la nak melaburkan duit kat situ. Tak de la segan sangat nak hulurkan kad kat cashier tu.
 
Untuk yang tak tahu, masa register kita akan diberikan temporary card je. Utk dapatkan original card tu kita kena spend min RM200 dalam setahun bermula dari tarikh kita register tu.
 
Utk maklumat lanjut boleh refer kat website IKEA FAMILY. Nak explain lebih2 takut terbagi ajaran sesat lak.
So ini menandakan me dah melabur lebih RM200 la ni kan kat IKEA.
 
Okey, excited ni...
 
 
Sekali dah buka sampul tu nak nangis dah ni.....

 
Tengokla apa yg me bulat2 kan tu.. Bulat warna merah tu yang penting. Bila masa pulak la nama me bertukar jadi ahmad ni??? Adddooi la... Membership Number pun dah salah...
 
Zasss terus me email kat ikea family tanya apa yg perlu me buat dgn kad ni... Nak return kan kat mana??? Bila dah return lama lagi ke nak dapat my card tu??? Owh geram gile.
 
Boleh je nak guna card ni. Tapi me la yg rugi sebab semua point dapat kat org tu nanti.
 
Arrgghh... ada sapa2 tau tak apa nak buat ni?
 
 
 
with lurve,
riri
 
 


Friday, April 12, 2013

Sampai Bila??

Salam Jumaat.... Owh nampaknya entry makin berkurangan... Dah 12 April tp ni baru 1st entry utk April. Hahaha.... adeh...
 
Actually ada la few entry dalam draf tentang my wedding preparation tp on August or September nanti baru me nak publish. Gile kan... dah draft 4 5bulan awal. Hehehe....
 
Meh2 cuci mata tengok ni... Hehehe...
 
 
Kesinambungan dari entry INI
 
Tengok la baki yang me kena bayar tu walaupun me dah settlekan sepenuhnya payment on January! Ni baru April ni... Mau nanti semakin naik menjadi beratus2 ringgit.
 
Surat baki pinjaman yg me dapat total RM 3,692.92 me bayar RM 3,692.92... Alih2 ada lagi baki RM81.77. Ish...
 
On March me ada call tanya tentang pemulangan 20% and officer tu cakap kena prepare surat bgtau nak baki tu balik. Then me dah prepare dan dah faxed kan pun.. Dia cakap mengambil masa 2 minggu utk settle. Ok!
 
January and February me dah call tanya progress mcm me cite kat entry INI.
Early April me call lagi nak tanya progress la kan.. And she said, belum buat pelarasan lagi utk my account and tak tahu bila boleh settle. Erk?????
 
Okey, specchless!! Tak tau dah nak komen apa. Kalau boleh nak settle cepat dan tak nak ada apa2 urusan dgn PTPTN ni lagi... Dan nak dapatkan SIJIL PELEPASAN HUTANG tu as soon as possible.
 
 Just wait and see je la....
 
 
 
p/s; hoi, balance 20% tu boleh tampung banyak benda utk preparation my wedding tau!
 
 
with lurve,
riri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang