Tawaran Hebat !!!

Friday, August 30, 2013

Lesen Memandu Baru

 
Semalam ada kaunter bergerak JPJ dtg kt opis sempena program crash kat dewan opis. So memandangkan minggu depan lesen me dah nk expired, so me renew la. Excited sbb blh tukar ke lesen baru. Aaawww... Hehehe...
 
Ni kaunter bergerak JPJ tu..
 
Taaraaaa... Ni lesen yg baru...
 

 
Part2 penting wajib d blurkan. Hahahaa... tang muka tu terpaksa la. Sbb dia amek gmbr dari IC nampak ketembaman gambar tu sbb dia kecikkan skt. So terpaksa blurkan gak.
 
Hanya gambar yg budget cantik je tak kna blur mcm kat bawah ni. Hahahaa... Me buat 2 tahun RM60.
 


 Sbb ada event kat bawah, harus la ada makanan kan.. So, tapau bawa naik opis. Hahhaaaa...
 
Mi hun sup...
 


Dan ini... Kebab.
Hahahaa...
 

 
Tau tak, dari 1st day masuk keje kat sini asyik keje makaaaannn je. Adeh mcm mana la nak kurus mcm ni oi. Majlis dah tak lama dah. Hari ni pula ada pot luck raya. Pengsaaannn kekenyangan. Hehehe...
 
 
 
with lurve,
riri


Thursday, August 29, 2013

Mata oh Mata

Pada pendapat me, MATA merupakan salah satu anggota badan anugerah Allah yg paling peting yg perlu kita jaga. 

Nk tau kenapa me ckp mcm tu?? Meh sini nak habaq... 19.08.13 1st day me keje. 20.08.13 - 23.08.13 me dah MC. Pekerja cemerlang btl kan?? Dugaaann...

20.08.13 pagi me sempat lagi drive pegi office. Tp bila sampai office, mata me terus sakit dan x blh nak buka. Ni gambar hari kejadian. Sakit2 pun sempat oo amek gambar. Heheehe... 

 
Sakitnya tu mcm ada something masuk dalam mata, bila nak buka mata sngt sakit. Dan mmbuatkan rasa nak pejam je mata tu. Then staff2 kat office bawa me pg klinik. Klinik x blh nak buat apa sbb di x de ubt n tak pakar dalam mata. So kena refer ke hospital serdang. 

Sampai hospital mata me mmg x blh nak buka langsung. Masa ni mcm2 me fikir dlm kepala. Terutamannya nak kawin tak sampai sebulan. Gila la kalau x nampak! X kan nak kena cancel wedding. Pastu terfikir kalau kena admit ward then kena buat operation ke, peerhhhh... Dugaan lagi... 

Bila sampai kat klinik pakar mata tu, punya la ramai ummat... Adeh nak menunggu punya lah lama. Nak jmpa doc nya 5 minit je pun. Me jmpa doc malay, perempuan. Amboi garangnya. Dah la me tngh sakit. Sbr je la. Caranya tu kasar... 

Doc ckp ni effect mngunakan lens. Kornea mata me luka kedua2nya. kalau me lambat blh jd ulser dan blh buta! Me x pasti la apa punca sbnr tp doc kata bnyk kemungkinan antranya; cuci lens tak bersih, pakai lens lama sngt, solution dah lama terbuka, lens dh lebih tempoh, dll. Tp me baru je kot buka lens dgn solution tu. Yg lens x bersih tu x pasti la sbb masa nak pakai n lepas guna me memang cuci habis2an. Ke lens tu tak bagus? Adoii tp jenam tu fofular dn me beli kat kedai cermin mata fofular gak. 

Sib baik tak kritikal smpi kena tahan ward n buat operation. Sampai opis me letak 1 ubat n drive laju2 balik rmh. Sbb mata mmg x blh nak buka. Berat gila mata. X tahu kenapa. Berat sngt mcm org nak tido. Tu pun drive guna hunjng mata je. Sib baik la jarak rmh n opis x jauh. 


Ni keadaan mata me masa malam kejadian. Bengkak kedua2 blh mata. Lebih teruk dari yg pagi tadi. Bengkak dah mcm org menangis 3 hari 3 malam kekdahnya.

Ni ubat yg tlh doc beri.


Ada 3 jenis ubat. 2 ubat titis dan 1 cream utk sapu dalam mata. Hahaah bayangkan la. 

Ni pula keadaan mata hari kedua. Selepas guna ubt2 tu. ni dH balik lepas jmpa doc. Hari2 kena pg jmpa doc ooo.. Dah mcm lapor diri dah.


Doc kata mata kiri dah sembuh skt sbb tu blh buka. Yg kanan pula x de prubahan. Sbb tu masih ttp dgn tisu. Skt ooo nak buka. Kali ni jmpa doc chinese perempuan. Best sbb baik n lembut je cakap. Hari2 jmpa doc ni sampai la hari terakhir. 

Ni pula gmbar hari ke 3


Luka di mata kiri dah tak de, tpi mata blm sembuh sepenuhnya. Masih lemah lagi. Mata kanan pula ada perubahan tp masih ada luka lagi 5mm.

Hari terakhir, hari keempat;


Alhamdulillah dua2 mata dah blh buka. Yg paling terperanjat luka di mata kanan dH tak de. Tp dua2 mata masih lemah. Syukur... Hari2 tiap solat me doa supaya mata me cpt smbuh. Syukur Alhamdulillah... 

Me tak pernah hari2 mengulang hospital mcm ni sblm ni. Dan x pernah d rawat d mana2 hospital. Paling kerek pun klinik sbb demam, skt prt. 

Syukur, walaupun baru sehari melapor diri sbgai kakitangan kerajaan, me dah entittle utk dapat kemudahan hospital dan spnjg rawatan me tak perlu byr pun. Daaann me tak bawa GL pun sbb tak de sapa yg smpt utk pg ambil GL kat opis. Me cuma bg nama jabatan je dan dia org leh trace dlm system. 

Syukur... Pasti ada hikmah semua ni yg Allah nak me tahu...

p/s; special thanks dedicated to my auntie busu sbb tlng hantar me tiap hari ke hospital.. I owe u nasi ayam penyet. Hehehee...


with lurve,
riri

Tuesday, August 27, 2013

Kerja Baru

Lamanya tak terjah blog sendiri. Hik hik hik... 

Adeh, mcm2 dugaan mcm2 cabaran bila tarikh kawin makin hampir. Ish mcm2 dugaan la... Dgn budget yg lari sbb hrga brg dah naik, dgn nak berhenti kerja lagi, dgn proses nak lapor diri utk kerja baru lg, $$$ yg laju je keluar mcm air sbb bulan 8 ni cma kerja sprh bulan kat co lama dan separuh bln lagi kat tempat baru. Yg co lama ni end of month la bru dpt gaji. Yg tmpt baru ni pula sbb masuk stngh bulan so gaji bln 8 ni hujung bulan 9 baru dapat. huwaaa... lari budget lagi. hmm bnyk lagi la dugaan.. Walaupun begitu me tetap cool kan diri supaya dpt hadapi semua ni dgn tenang... Bak kata pepatah "bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian"...

Dug dap jugak la skrg ni. Blm nebes sbb nak tkr status jadi wifey lagi. Tp sibuk dug dap sbb bnyak lagi tak settle ooo... Waaaa rasa nak nangis. Sbb merantau kan.. Semuanya nak mengharapkan mak je yg kat kampung. 

Bila dibilang2 harinya tinggal 16 hari lagi je?? Pengsaaannn!!!! Ya Allah, mmg bnyk x settle lagi. Kasut bersanding, shawl nikah sanding bertandang, inner semua x settle lagi. Kasut rasanya paling susah cari. Fuuhh... Dah banyak tempat cari tp still x jmpa. Ada yg terlalu tinggi, ada yg simple sngt. Dugaan btl. 

Ok fine dah melalut jauh sangat ni. Actually nak story tntg 19.08.13 di mana me start lapor diri di sebuah agensi kerajaan di kajang. Alhamdulillah rezeki nak kawin. 1st day berdebar mmg ada. 

Scope kerja lebih luas dan bnyk nak guna otak berfikir. 1st day jugak la ketua unit dah ajk me join meeting utk projek hujung bln ni. Faham ke tak faham belakang cite. Janji join meeting tu utk proses pembelajaran me. Sib baik masa Ketua Pengarah (KP) tanya tentang kadar cukai utk company sdn bhd me dpt jawab. Dah la meeting dgn ketua division, ketua projek, mcm2 ketua lgi la.. Lau x tau malu den ni ha..
 
Excited sbb ada bilik sendiri. Heeheh... Semangat nak kerja ni! Chayok2... 1st day juga study tntg fail meja. Itupun x habis. Punyalah tebal. Adeeh... 

Owh masa hari me start keje ni, memang langkah kanan weeiii... Sebab ada jamuan raya. Hehehe... Tengok ni;



Semua sedap menjilat pinggang. Ahaakkss... Nak tambah lagi pung segan la oi. Ni je gambar yg me ada sbb segan nak ambil gambar lagi. Budak baru, sila behave. Hehehe... 

Semoga Allah permudahkan segala irusanku. Amin..

with lurve,
riri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang