Tawaran Hebat !!!

Thursday, July 18, 2013

Rezeki 2013

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah dengan rezeki yg diberi. Diri ini bagaikan mimpi dan terasa masih di awang-awangan.

(pic: Uncle G)

Memang betul la kata2 org yg selalu kita dengar tentang "Rezeki nak kahwin"

Pada me inilah rezeki bulan Ramadhan 1434H, inilah rezeki Raya tahun 2013, inilah Rezeki nak kahwin (lagi 2 bulan) dan inilah hadiah hari jadi paling bermakna tahun ni (2 bulan lagi) selain dapat husband. Hheheheee...

Pada me bulan Jun - Julai ni macam2 dugaan yg me lalui. Akhirnya terubat juga dengan berita gembira ni.
Semalam 17.07.13 me dapat offer dari gov utk kerja. Syukur tak terhingga. Sbb me dah give up dah sebenarnya asyik nak pg interview je kan, ingtkan tak de rezeki tp Alhamdulillah ada. 

Mereka suruh me masuk kerja harini sbnrnya. Erk cpt betul tp me minta masa sebulan sbb me kna bg notis kat company sekarang ni. Dan mereka setuju utk bg me tempoh sebulan.

Dan... perkara yg paling mendebarkan ialah nak tender my resignation ni... Huhhu... bukan apa, sbelum ni prnah juga me tender tapi tak di terima. My bos tak nak me berhenti dan dia pun naik kan la gaji,etc sbb tak nak bg me berhenti punya pasal.

Dan seperti yg me sangka kali ini pun sama. Syukur la sbb majikan me sekarang suka dgn kerja me, selesa bekerja sama dgn me, percaya 100% kat me. Sampaikan 3 hari lepas beliau ada offer me utk jadi salah seorang shareholder company yang akan di tubuhkan. Dan utk long term plan mereka akan melantik me utk jadi Director?? Hahahah mcm tak percayakan tapi itulah nilai sebuah kepercayaan yg my bos berikan utk me. Sangat la terharu kerana menjadi favourite staff dan menjadi org kepercayaan selama ini.

Dan jangan terperanjat my bos ni bukan melayu tapi India & China. Bangga juga sebab org bangsa lain boleh letak 100% kepercayaan dan yakin mereka dgn me sdngkan org bangsa mereka pun mereka tak berapa nak percaya. Nak2 sekarang ni kan isu perkauman dari kaum chayanunalif ni kan sngt menjadi2 skrg ni.

Me kena tender utk 2 bulan. Tapi me minta 1 bulan. InsyaAllah lepas raya dah start kerja baru. Dan syukur sebab my bos izinkan me tender utk 1 bulan tetapi.... haaa ada tetapi tu...ko ingt senang ke ko nak lepas??? Caaitt... sementara dia belum dapat new account executive, me kena bantu mereka utk prepare account. Utk documentation mcm PV, Invoice tu ok sbb my bos blh uruskan cuma utk accounting system ni dia tak tahu. So me agree la kan asalkan dapat lepas 1 bulan. May b me akan dtg on Saturday utk tlng utk menggantikan 1 bulan yg me dah skip tu.

Fuhh lega... sbb my bos tak berkira sngt dgn me. Tpi harapan mereka mmg tak nak me pergi. Spt biasa mcm2 la yg mereka tawarkan naik gaji, nak byrkan utk service kereta, nak tambah cuti tahunan, nak naikkan policy insuran, dll... 

Tp sbb me dah buat keputusan so dia org tak blh nak halang. Dan sebelum me keluar bilik tadi my bos siap pesan kalau me tukar fikiran dan nak bekerja dgn dia balik nnti, cepat2 la call dia. Seee??? Hahhaa terharunya dapat bos yg baik sangat. Memang sayang nak tinggalkan company ni sbb daripada zero me dah setup kan semua sampai apa yg ada sekarang ni (account & admin dept).

Memang kerja swasta gaji yg diberi lebih banyak, bonus lebih banyak smpai 2 3 bulan. Tapi utk long term me rasa gov lebih baik. Lagipun me nak berubah angin. Entah kenapa bila dpt kerja gov ni rasa mcm dah capai impian my mama dgn abah. Hhehehehe...

Syukur... Tak henti2 hati ini mengucapkan syukur kpda Allah.



p/s; bos nak berhenti ni ada bonus tak? Hhahahaaa....



with lurve,
riri











1 comments:

Unknown said...

beshtnye...untung dpt boss baik n appreciated kite..

http://rzillah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang