Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label dRaMa tV. Show all posts
Showing posts with label dRaMa tV. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

ww - #24 adam hawa


 
 
 
p/s: skrg ni tengah fall in love with this drama. Suka tengok mimik muka Ain bila dgn Am!
 
 
 
 
 
with lurve,
riri


Thursday, March 15, 2012

Astrid - Tentang Rasa

Sape tengok cite Vanilla Coklat mesti tau kan lagu ni....

Owh, tetibe me fall in love dgn lagu ni sambil berangan2 kengkononnye me la dlm cite vanilla coklat tu.. hik hik hik

tp siyes, entah kenape boleh tangkap lentok leleh cintan pulak dgn lagu ni...

Mungkin rentak dia slow jer mcm hati yg berbunga2... ceh, dlm hati ada taman.... sila jgn muntah biru.. @_@



Hrmm... lagu2 yg d masukkan dlm drama2 or cite2 kat tv ni boleh mempengaruhi penonton utk suka lagu tu kan...

Terbukit keberkesananye kat me..... hahahaha...

Seeeee dh terbukti tersuka....








with lurve,
Riri


Saturday, December 31, 2011

Tentang Dhia - The End

Sedap nama Nor Kamadia tu kan? me memang lum penah dgr nama ni... Last Thursday, episode last cite Tentang Dhia. Me memang ternanti-nanti episode last tu. Nak tau sangat pe akan jadi kat dia punye MIL tu... Geram betul me tengok dgn perangai dia tu...

pic: Uncle G

Ingtkan happy ending cite ni. Tp sebaliknya pulak.... If korang ingt la kan Dhia ada cakap "Hanya mati yg akan memisahkan mereka" *erk lebih kurang mcm ni la kan* Tup tup last last, Dhia dgn Zikir meniggal sama2..

pic: Uncle G

Mula2 siyes me memang pelik bila tengok Dhia dah menghembuskan nafas yg terakhir, Zikir tak sedih pulak n menangis meraung-raung ke, tau panggilkan doc ke kan bgtau Dhia dah tak de... Rupanye dia pun mcm tau2 je ajal dia dah sampai kan... Dia baring sebelah dia, tido dan terus meniggal sebab angin ahmar...

Kelakar pulak tetibe Zikir ada angin ahmar... ke Zikir memang ada angin ahmar cume me je yg tak tau? Atau pun angin ahmar tu memang boleh menyerang secara tibe2 n me yg tak tau? hehe entah la...

Melly pun dh berubah n Azmi dapat terima dia seadanye... n hidup gembira dgn Melissa...

pic: Uncle G

Tapi..... tak tau ape ending utk mak Zikir dgn Ros tu... Yg penting nak tau sngt ape jadi kat mak Zikir tu... Tp yg bestnye dua2 tak dapat Zikir... sbb Zikir dh ikut Dhia... Ros tu pun tak mengagak... Dhia dah bagi kawin dgn Zikir pun tak tau nak appreciate lagi... Lagi mau marah2 Dhia....

Erk, ape pulak me yg emo lebih ni... hik hik hik... Tp kan, dlm cite ni bnyk betul "Kematian".. Memang menginsafkan me....







Friday, July 15, 2011

dRaMa LaGi - sTaNzA cIntA

Hai.... penuh dgn cite drama je la blog me ni skrg.... huhuhu.... drama drama drama... tak tahu la kenapa mungkin sbb qualiti drama kita sekarang semakin meningkat kot... lagi2 yg mana sinopsis dari novel... memang meletop la... ye la, sbb cite novel tu memang romantik2 + ada kesedihan + gmbira + unsur2 keagamaan + ada motivasi... sbb tu la bila jadi drama confirm hot.... plus kena dgn pelakon... lagi la meletop.... hik hik hik....

actually drama ni dah d siarkan d kaca tv3 setiap hari Ahad pukul 9 malam since 19 Jun 2011, maknanya dah 5 kali la d tayangkan kan... tp baru ni berpeluang dan berkelapangan nak tulis entry tentang ni.... pada me cite ni memang best sbb ada nilai2 murni dan unsur2 dakwah... dan cite ni juga d adaptasi dari novel stanza cinta oleh Nurull Halawati. Me tak baca pun novel ni... tp dah 5 episode me tengok rasanye cite ni best la.. harus la d tengok sampai episode akhir... cite ni ada 13 episode... maknanye ada 8 lagi episode...



Novel ni di tulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri... Pelakon utama cite ni ialah Aaron Aziz, Nur Fathia dan Fizz Fairuz... okey kepada yg tak tahu lagi ni watak2 dan sinopsis utk cite Stanza Cinta;


Watak watak dalam Stanza Cinta: Amni Sorfina (Nur Fathia) seorang guru agama, gadis lemah lembut dan penyayang, gadis yang tabah,  yang sedaya upaya menjadi insan solehah, tak lari dari dugaan hidup dan dilema, dapatkan Amni mengatasi semua tu.

Watak Irfan tunang Amni (lakonan Aaron Aziz) – Irfan sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas, pemuda yang baik, kacak dan kaya raya. Irfan kurang ilmu agama dan agak manja dan tidak pandai berdikari.

Watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz: Taufik ialah cinta pertama Amni, dia agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama. Taufik telah berjaya menambat hati Amni.

Sinopsis Stanza Cinta dari novel :

Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina

ha...dah baca sinopsis kan... mcm mana... best tak? huhu... jom kita tengok ramai2 Ahad ni.... jgn terlupa yer.... ngeh ngeh ngeh.... msti korang dah cop me ni muka kaki TV kan... hehe.... ada masa free moh le kita layan TV.... if busy me pandang pun tidak TV tu.... huhuhu....

p/s; info Nurizspace

Thursday, July 14, 2011

LaGi tEntAnG dRaMa DeWa cIntaKu

Last month me ada wat entry tentang Drama Dewa Cintaku - pengganti Nora Elena...




 kali ni me cuma nak bgtau jer semakin hari me tengok cite ni semakin tak sabar pula nak tau ending dia mcm mana.. huhu.... me memang tak baca pun lagi novel ni so tak tau ending dia mcm mana....  mula2 dah confirm Iqy dgn June adik beradik... part ni memang sedih.. huhu ye la kan.... dah nak kawin tbe2 tau adik beradik.... pastu dapat tau yg mereka bukan adik beradik.... ha...dah best balik dah cite ni.... tp tak pasti la samada adik kandung June tu akan terus bermusuhan dgn Iqy dan membuatkan June berpisah dgn Iqy... tu kena tunggu yer...



actually masa baca sinopsis cite ni memang ingtkan cite ni tak best... tp lama2 tengok okey gak... huhu....layannnnn.... tapi tak sure la rating cite ni mcm mana kan... nak tau ketepan rating ni kena la tnye TV3.. hik hik hik.... dulu masa cite nora elena memang kecoh la...sampai ramai update status fb tentang kebestsan dan kesedapan cite tu.. tp sekarang utk cite dewa cintaku ni me tak jumpa lagi...... ada kot..cuma me je yg tak perasan.... tp ape2 pun me memang layan sume cite tempatan.... yeahh....sokongla barangan buatan Malaysia... peace...

Friday, June 17, 2011

DrAmA dEwA cInTaKu - pEnGgAnTi NoRa ElEnA

Minggu depan 20 June 2011, akan bermula la Slot Akasia yg baru.... iaitu Drama Dewa Cintaku.... Cite ni pun d adpatasi dari novel Dewa Cintaku karya Dilla Hussein... Drama ni terbitan Suhan Movies dan pelakon utama dia ialah Fasya Sandha dgn Iqram Dinzly...

*pic: Uncle G*

Nak tau best ke tak cite ni, jom baca sinopsis dulu..

Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pula pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya sebab dalam diam June pun memang menaruh hati pada iqbal. Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi mereka berdua ni nak kawin, Iqbal dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya. So, ape kesudahannya....????
*pic: Uncle G*

Sama2 kita nantikan cite ni hari Isnin depan... mampukah cite ni menambat hati penontan dan peminat Slot Akasia.... terutamanya cite Nora Elena tu???? sama2 kita nantikan.....




 

NoRa ElEna - tHe EnD...

Sejak drama ni di siarkan kat TV3.... ramai org duk cite tentang cite ni jer... memang kecoh la... ramai peminatsss okey.. Semalam, bersamaan 16 June 2011 episode akhir cite ni telah di siarkan di TV3...

*pic: Uncle G*

for me... rasa tak puas la tengok.. kejap sangat.... Ending dia same as dalam novel.. of course la.. hapily ever after.... akhirnye Seth Tan dgn Nora Elena hidup bahagia dgn anak mereka... Alamak, tak tau la siapa nama anak dia dlm cite tu..tp if tak silap baby semalam tu baby gurl... huhu..

tapi yg tak puas sbb smalam nora elena keluar wad, pastu after 5 months dia nak bersalin, pastu terus je Yvone culik anak dia, then dapat balik, then baby tu dah 3 bulan ke 5 bulan tah pastu... hmmm mcm tak puas la... kalau boleh nak tengok la mcm mana khidupan dia org after dapat baby tu... mcm mana caringnye Seth kat wife dia masa wife dia dlm pantang tu.... huhu..... mesti best kan.... this is my personal opinion jer ye... *habis la blog aku kena band nanti ni*

masa part ni rasa terharunye dapat husband baik gile mcm ni.... if korang perasan la... Seth tak pernah marah pun dlm cite ni if tak silap me la... walau mcm mana teruk dan buruk pun layanan Nora kat dia...dia tetap sabar n cool jer.. susah dah nak dpt husband yg mcm ni skrg kan... + romantik gile... dia tau wife dia suka fresh flower, hari2 belikan fresh flower n letak kat ward tu... *habis la me kena marah dgn Mr.S ni sbb puji org len lebih*...

dan part ni paling tak sangka n paling terharu... huhu...Seth Tan buat sujud Syukur bila tau bungkusan yg Yvone campakkan tu bukan anak dia... Alhamdulillah....if kejadian ni betul2 pun msti la worry kan, baby baru lahir...last2 kena bunuh lak.... hati ibu dgn bapa mana yg tak sedih kan...

Then pengganti bagi cite Nora Elena ni ialah.... Dewa Cintaku... Ni pun adaptasi dari novel, karya Dilla Hussein. Pelakon utama cite ni ialah Fasha Sandha dgn Iqram Dinzly.. Alamak, utk cite ni me tak baca lak novel ni... tak tau nak ckp best ke tak... tp yang pasti mesti best la..lau tak, tak kan di wat drama kan... huh...sama2 kita nantikan minggu depan ye...

Thursday, May 12, 2011

nOrA eLeNa - tV3

Sekali dengar nama Nora Elena ni...fuuhhh terangkat.... sedap tul nama tu... rasa mcm kek tiramisu jer... huhuhu.... Sbnrnye Nora Elena ni tjk cite baru Slot Akasia kat TV3... masuk hari ni dah 4 hari cite ni kat tv.. tp episode hari ni lum tngk lagi le sbbnye cite ni start kul 7 - 8 mlm setiap hari isnin sampai jumaat... huhu...propa lebey la kamu ni Ms.Serry... huk huk huk....



Sbnrnye cite ni d adaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. Tp utk drama tv ni penulis skrip ialah Maizura Mohd Ideris dan pengarahnye ialah Jet Li... Antara pelakon2 drama ni ialah Siti Saleha (Nora Elena), Aeron Aziz (Seth Tan), Wan Sharmila (Yvone), Miera Liyana (Maria Tan), Ery Putra (Amir), Zul Ariffin (Eid)... dan ramai lagi.... jenuh pula nak taip nama sume pelakon cite ni...



Sinopsis cite ni leh tengok kat Dahlia's Journal okey...
Dah baca ke??? So, mcm mane???? Haaa... best tak? best tak?? Actually me dh penah baca novel tu... citenye memang best... bila d wat drama me pun tengok juga... pada me cite ni memang sesangat dan tersangat best.... Kena pula tu watak2 dlm cite tu dgn pelakon2... memang sesssuuuuaaaiiii sangat.. tak sabar nak tengok ending cite ni walaupun sbnrnye dah boleh agak... Sape2 yg tak pernah tngok jom start tengok... msti tak menyesal la...

Tuesday, May 3, 2011

JuVaNa tV3

Sape layan cite Juvana ni?? Cite ni menggantikan cite Gemilang yg dah abis tu... Semalam baru episode 2 cite ni... Actually me nak tulis entry ni last week masa 1st episode drama ni...tp dah terlupa dek kebusyan d opis d tambah pula bos ada kat opis sbnrnye...huhu...


Cite ni ada 13 episode dan antara pelakon2 nye ialah Bront Palare, Zahiril Adzim, Irfan Roslan, Beto Khusairy dan Izreen Azminda. Cite ni mengisahkan seorang remaja, Daim (Zahiril) yg dituduh membunuh emaknya dan kekasih emaknya.. tp sbnrnye dia tak bunuh..pendek kata masa tu Daim wrong time n wrong place la *aiyooo betul ke mcm ni?? huhu*... Then dia dihantar ke sekolah Wira Bakti... Warden sekolah tu ialah En. Raja (Bron). Warden memang tak pedulikan Daim yg kena buli dgn penghuni yg lain...ape punya warden la kan... nak tau lebih lanjut kena la layaaaannnn cite ni...

Tp me actually takut tngk cite ni, kesian pun ada....tkt sbb ganasanye budak2 dlm tu.... kesian kt org2 yg kena buli... eeee...mcm tu ke sbnye khidupan dlm sekolah mcm tu??? soooooo scary okey.... cnthnye mcm Daim tu, hidup dlm ketakutan... nak tidur pun susah....nak pg mandi pun susah...pendek kata sume susah la.... Cite ni bagus d jadikan ikhtibar dn pedoman... so sape2 yg rasa nak wat "baik sangat" tu..... hopefully bila tngk kehidupan kt dlm tu mcm tu terus tak jadi, cancel...terus jadi lagi baik... ha....kan bagus mcm tu...

Monday, April 18, 2011

gEmILaNg

Selamat pagi semua... Malam ni ada cite Gemilang kat TV3 pukul 9 mlm... Cite ni nampak mcm dah nak abis sbb student pun dh pg exam kan... Tp tak tau la pula lau mlm ni last episode...


Mula2 masa tngk iklan cite ni mcm tak best jer...dh la latar belakang zaman dulu2.. Tp sejak tngk 1st episode rasa mcm nak tengok lagi....nak tengok lagi... Rasa best sngt cite ni... Mungkin sbb dia mengisahkan mcm mana susahnye org dolu2 nak hidup..nak belajar... Sampai tak mampu nak bela anak kena bg kat org len.. Kita zaman sekarang ni yg dh maju, mcm2 kemudahan ada tp still ada yg tak bersyukur..  Yg ada anak pun d buang2... Pastu semangat Lan tu nak mendidik pelajar2 sekolah sbb mngkin dia terkenangkan waktu dia nak belajar dulu pun susah... Then, pelajar2 tu semangat nak belajar... Semangat setia kawan still ada dlm cite ni... Rasa terharu, best sngt dgn cite ni... Ada sape2 lagi yg ikut cite ni?? Best tak? Best tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang