Hai.... penuh dgn cite drama je la blog me ni skrg.... huhuhu.... drama drama drama... tak tahu la kenapa mungkin sbb qualiti drama kita sekarang semakin meningkat kot... lagi2 yg mana sinopsis dari novel... memang meletop la... ye la, sbb cite novel tu memang romantik2 + ada kesedihan + gmbira + unsur2 keagamaan + ada motivasi... sbb tu la bila jadi drama confirm hot.... plus kena dgn pelakon... lagi la meletop.... hik hik hik....
actually drama ni dah d siarkan d kaca tv3 setiap hari Ahad pukul 9 malam since 19 Jun 2011, maknanya dah 5 kali la d tayangkan kan... tp baru ni berpeluang dan berkelapangan nak tulis entry tentang ni.... pada me cite ni memang best sbb ada nilai2 murni dan unsur2 dakwah... dan cite ni juga d adaptasi dari novel stanza cinta oleh Nurull Halawati. Me tak baca pun novel ni... tp dah 5 episode me tengok rasanye cite ni best la.. harus la d tengok sampai episode akhir... cite ni ada 13 episode... maknanye ada 8 lagi episode...
Novel ni di tulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri... Pelakon utama cite ni ialah Aaron Aziz, Nur Fathia dan Fizz Fairuz... okey kepada yg tak tahu lagi ni watak2 dan sinopsis utk cite Stanza Cinta;
Watak watak dalam Stanza Cinta: Amni Sorfina (Nur Fathia) seorang guru agama, gadis lemah lembut dan penyayang, gadis yang tabah, yang sedaya upaya menjadi insan solehah, tak lari dari dugaan hidup dan dilema, dapatkan Amni mengatasi semua tu.
Watak Irfan tunang Amni (lakonan Aaron Aziz) – Irfan sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas, pemuda yang baik, kacak dan kaya raya. Irfan kurang ilmu agama dan agak manja dan tidak pandai berdikari.
Watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz: Taufik ialah cinta pertama Amni, dia agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama. Taufik telah berjaya menambat hati Amni.
Sinopsis Stanza Cinta dari novel :
Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina
ha...dah baca sinopsis kan... mcm mana... best tak? huhu... jom kita tengok ramai2 Ahad ni.... jgn terlupa yer.... ngeh ngeh ngeh.... msti korang dah cop me ni muka kaki TV kan... hehe.... ada masa free moh le kita layan TV.... if busy me pandang pun tidak TV tu.... huhuhu....
0 comments:
Post a Comment