Tawaran Hebat !!!

Monday, October 21, 2013

Wedding Review - Bilik Pengantin

Nexxtttt.... Hehehhee...
 
Review, review, review, rupanya banyak juga yg me & family DIY sendiri.
 
Untuk bilik pengantin me and my mama decide utk DIY sendiri je. Alasan yg my mama guna sebab bila kita sewa / upah mak andam, biasanya lepas majlis atau ke esokkan harinya, mereka dah buka perhiasan, langsir, bunga, etc kat bilik tu. Bila kita buat sendiri, kita tak akan segera buka langsir dan hiasan tu. Nak berapa lama bilik tu terhias mcm tu, lantak la kan...
 
Even sampai hari ni bilik tu sama mcm tu. Cuma cadar me dah tukar la kan. Sayang ooooo cadar cantik me tu. Hehehe....
 
Ni langsir utk tingkap bilik me, dan langsir kat pintu pun mcm ni. Idea dari me... Suka bebeno nak letak ribbon2 tu. Hehehee... Dan me sangat puas hati. Simple, mudah, murah dan cantik di mata me.
 
 
Ni bahagian utama, di katil... Idea asal nak letak kain lagi kat kepala katil tu.. Kain chiffon plain, pastu nak ombak2 kan dia.. Sekali my mama salah beli kain daaa.... So ini la my final touch. Sib baik ada ribbon cute extra.


Accessories kat bedside table tu me ada tukar masa hari kejadian. Dalam frame tu ada la letak gambar. Tak de la kosong mcm tu, then tambah alas meja, dll. Heheheee..
 
Lampu tido pun me letak kat bangku je. Hehehe... belasah la labu...
 
Zoom sikit... My cadar dari Akemi... Owhh really fall in love dgn set cadar ni. Cadar ni cotton, utk selimut dia pula atas je satin tp sebelah bawah cotton. Bantal pun sama. So tak perlu risau licin ke, panas ke kan... Totally memang best.

 
Total kos utk bilik ni;
 
Cadar - RM 389 (sogo) offer price. Normal RM799 (kalau tak silap me)
Lampu meja - RM 98 (romantika)
Langsir - RM5/meter (nagoya) - total meter beli tak hingat.
Upah jahit ribbon cute - RM5/pcs
Other accessories - RM30
 
 
with lurve,
riri


5 comments:

Cik Puan Rara said...

mahal nya cadarrrr.cantikkkk.puas hatiiiii~

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

cantik! suka! memang nak cari yang macam ni :)

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Cadar kita sama pula..warna sama, lokasi beli pun sama.. harga je, skrg dah trun dah rm345 :)

Zie Madini said...

lawa! mcm akak dulu..bilik pengantin tak berhias pun..hehe. budget2 :P

:: Riri-Fatieha ::~ said...

@Nurshakira. Owh dah turun ye sekarang. Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang