Tawaran Hebat !!!

Tuesday, June 7, 2011

ElLy MaZLiN bErTuNaNg.....nAiK kEtE kUdA

Pada 29.05.2011 yg lepas, pelakon dan penyanyi Elly Mazlin telah pun mengikat tali pertunangan dengan Azmi Hatta... Me dapat gmbr n info ni dari my friend.. Dan yg gempak..naik kete juda tu beb... ha, korang ada??? tak de kan... huhu me pun tak de... hik hik hik....




Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Pelakon Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.
Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.
Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.
Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.
Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi,

 
*br bertunang dah naik kereta kuda.. klu kahwin nnt cam ner lah agak nyer ye



























tuuu...dia.... cantikkan... mcm konsep Cinderella jer... huhu... oit ada ke nama konsep mcm ni? main taram jer..hik hik hik.... utk Elly & pasangan... Semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin...



1 comments:

Khairil said...

ini baru majlis pertunangan sahaja sudah grand...belum lagi majlis resepsi pengantin....macamana yer?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang