Tawaran Hebat !!!

Wednesday, December 21, 2011

Siapa yg lebih banyak bekerja?

Cepatnye masa berlalu... Skrg ni dah berada di penghujung tahun 2011.. Rasa sedih pula... OKey, kembali ke tajuk asal. Me ada cerita nak share kat you allss sume.. Utk sume tau....


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

... ... Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.


Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Ye2 me stuju dgn cerita ni... walaupun isteri bekerja, balik rumah dia akan buat keje2 rumah pula. Nak prepare makan malam lagi, basuh baju, kemas rumah, melayan anak2... hrmmmm mcm2 lagi la kan... Besar sbnrnye pengorbanan seorang isteri tu dlm sesebuah istitusi kekeluargaan kan... @_@

1 comments:

Unknown said...

reality.jasa seorang ibu as fulltime housewife selalu dipandang rendah-.-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang