Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label kEsIhAtAn. Show all posts
Showing posts with label kEsIhAtAn. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Mata oh Mata

Pada pendapat me, MATA merupakan salah satu anggota badan anugerah Allah yg paling peting yg perlu kita jaga. 

Nk tau kenapa me ckp mcm tu?? Meh sini nak habaq... 19.08.13 1st day me keje. 20.08.13 - 23.08.13 me dah MC. Pekerja cemerlang btl kan?? Dugaaann...

20.08.13 pagi me sempat lagi drive pegi office. Tp bila sampai office, mata me terus sakit dan x blh nak buka. Ni gambar hari kejadian. Sakit2 pun sempat oo amek gambar. Heheehe... 

 
Sakitnya tu mcm ada something masuk dalam mata, bila nak buka mata sngt sakit. Dan mmbuatkan rasa nak pejam je mata tu. Then staff2 kat office bawa me pg klinik. Klinik x blh nak buat apa sbb di x de ubt n tak pakar dalam mata. So kena refer ke hospital serdang. 

Sampai hospital mata me mmg x blh nak buka langsung. Masa ni mcm2 me fikir dlm kepala. Terutamannya nak kawin tak sampai sebulan. Gila la kalau x nampak! X kan nak kena cancel wedding. Pastu terfikir kalau kena admit ward then kena buat operation ke, peerhhhh... Dugaan lagi... 

Bila sampai kat klinik pakar mata tu, punya la ramai ummat... Adeh nak menunggu punya lah lama. Nak jmpa doc nya 5 minit je pun. Me jmpa doc malay, perempuan. Amboi garangnya. Dah la me tngh sakit. Sbr je la. Caranya tu kasar... 

Doc ckp ni effect mngunakan lens. Kornea mata me luka kedua2nya. kalau me lambat blh jd ulser dan blh buta! Me x pasti la apa punca sbnr tp doc kata bnyk kemungkinan antranya; cuci lens tak bersih, pakai lens lama sngt, solution dah lama terbuka, lens dh lebih tempoh, dll. Tp me baru je kot buka lens dgn solution tu. Yg lens x bersih tu x pasti la sbb masa nak pakai n lepas guna me memang cuci habis2an. Ke lens tu tak bagus? Adoii tp jenam tu fofular dn me beli kat kedai cermin mata fofular gak. 

Sib baik tak kritikal smpi kena tahan ward n buat operation. Sampai opis me letak 1 ubat n drive laju2 balik rmh. Sbb mata mmg x blh nak buka. Berat gila mata. X tahu kenapa. Berat sngt mcm org nak tido. Tu pun drive guna hunjng mata je. Sib baik la jarak rmh n opis x jauh. 


Ni keadaan mata me masa malam kejadian. Bengkak kedua2 blh mata. Lebih teruk dari yg pagi tadi. Bengkak dah mcm org menangis 3 hari 3 malam kekdahnya.

Ni ubat yg tlh doc beri.


Ada 3 jenis ubat. 2 ubat titis dan 1 cream utk sapu dalam mata. Hahaah bayangkan la. 

Ni pula keadaan mata hari kedua. Selepas guna ubt2 tu. ni dH balik lepas jmpa doc. Hari2 kena pg jmpa doc ooo.. Dah mcm lapor diri dah.


Doc kata mata kiri dah sembuh skt sbb tu blh buka. Yg kanan pula x de prubahan. Sbb tu masih ttp dgn tisu. Skt ooo nak buka. Kali ni jmpa doc chinese perempuan. Best sbb baik n lembut je cakap. Hari2 jmpa doc ni sampai la hari terakhir. 

Ni pula gmbar hari ke 3


Luka di mata kiri dah tak de, tpi mata blm sembuh sepenuhnya. Masih lemah lagi. Mata kanan pula ada perubahan tp masih ada luka lagi 5mm.

Hari terakhir, hari keempat;


Alhamdulillah dua2 mata dah blh buka. Yg paling terperanjat luka di mata kanan dH tak de. Tp dua2 mata masih lemah. Syukur... Hari2 tiap solat me doa supaya mata me cpt smbuh. Syukur Alhamdulillah... 

Me tak pernah hari2 mengulang hospital mcm ni sblm ni. Dan x pernah d rawat d mana2 hospital. Paling kerek pun klinik sbb demam, skt prt. 

Syukur, walaupun baru sehari melapor diri sbgai kakitangan kerajaan, me dah entittle utk dapat kemudahan hospital dan spnjg rawatan me tak perlu byr pun. Daaann me tak bawa GL pun sbb tak de sapa yg smpt utk pg ambil GL kat opis. Me cuma bg nama jabatan je dan dia org leh trace dlm system. 

Syukur... Pasti ada hikmah semua ni yg Allah nak me tahu...

p/s; special thanks dedicated to my auntie busu sbb tlng hantar me tiap hari ke hospital.. I owe u nasi ayam penyet. Hehehee...


with lurve,
riri

Tuesday, October 23, 2012

World Walking Day

Tadi ternampak iklan tentang World Walking Day by Nestle ni.
 
Huhu... rasa nak joint la sekali sekala aktiviti sihat mcm ni... Dah lama tak berjalan mcm ni.
 
Walking je pun bukan running kan.. 5,000 langkah.
 
 
Tapi.... aduh, kenape la buat minggu ni, bukan minggu depan????
Minggu ni kan raya Haji. Confirm2 la ramai yg blk kampung especially Malay. Adooooiii!
 
Tengok tentatif dia pun okey je. Mcm santai gitu...

 
Yg pasti free entrance + breakfast + lucky draw lagi tu and t-shirt. Hehehe...
 
Sape yg tak blk kampung, and berminat nak join aktiviti ni boleh la tengok details kt SINI ye.
 
 
 
p/s; nak join ke tak nak join ke tak.... adoiii... kampung, here i come. kah kah kah...
Info dari Nestle
 
 
with lurve,
riri
 
 


Friday, June 8, 2012

Rawatan Iridology - Testimoni

Entry ni sambugan dari entry Rawatan Iridology. Me ada bgtau yg me dgn mak cik - mak cik me pegi buat rawatan sebab dah ada tertimoni yang meyakinkan.

So ini la serba sedikit testimoni2 tu.


Testimoni 1: Future MIL my adik.

MIL adik me ni dah lama sakit kaki. Ada bisul di peha. Dan yang pasti tak boleh duduk bersila dekat bawah. Kena duduk atas kerusi. Sampai kena operation. Dan keadaan MIL adik me tu agak serius sbb smpai kena makan guna straw.

Selepas buat rawatan dgn Doc. Sulaiman, Alhamdulillah dah boleh bersila duduk bawah, dan dah boleh berjalan, dah boleh naik motor pegi kedai. dh boleh makan mcm biasa. Menurut Doc Sulaiman, sepatutunye MIL adik me tu tak perlu buat pembedahan utk buang bisul tu. Dengan penawar yg diberikan, bisul tu boleh pecah sendiri.


Testimoni 2: My nenek

*source: FB adik me*



B4 ni my nenek tak de selera nak makan. Dan badan dia lemah je. Nak baring je kalau boleh. Kaki sengal2 sakit dan mcm2 lagi la sebab dah tua kan.

Tp selepas pegi buat rawatan dgn Doc Sulaiman, my nenek Alhamdulillah dah sihat, boleh jalan, boleh buat keje dah. Dan selera makan bertambah. Nenek kata sekarang kalau dia lapar sangat nasi 1 pinggan penuh pun dia boleh habiskan.

My nenek dah 2 kali jumpa Doc Sulaiman. Kali ke-2 doc cakap my nenek dah sihat. Cuma tinggal sakit2 tua je la kan..

Testimoni 3: My abah

My abah ni siyes penyakitknya memang kritikal dan menakutkan. Doc cakap kalau lambat jumpa dia, my abah kemungkinan akan kena strok (memang ada adik beradik abah yg ada kena strok) atau pun koma. Sebabnya abah ada masalah gastrik, masalah usus, dan ape lagi ye me pn tak pasti.

Tapi sebelum tu memang abah ada makan ubat hospital untuk penyakit gastrik dan usus dan sehingga sebelum jumpa Doc Sulaiman abah me memang bergantung pada ubat hospital tu.

Owh, 10 tahun yg lalu, my abah ada buat by-pass utk saluran jantung tersumbat. 10 tahun juga la my abah dah makan ubat hospital. Sepatutnya dah sembuh la kan, tpi still kena bergantung pada ubat hospital.

Alhamdulillah selepas jumpa Doc Sulaiman, abah me cakap dia dah ok. Dah tak payah nak makan ubt hospital lagi. Dia pun rasa lebih bertenaga.

Pada me, bila abah dah cakap OK maknanya memang OK la sebab abah me ni memang cerewet sikit tentang jumpa doctor dan ubat2an ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai rawatan Iridology ni boleh tengok di Suliz Marketing



Testimoni ni adalah hak peribadi me dan blog me ye. Testimoni ni berdasarkan pengalaman future MIL adik me, my Abah dan my Nenek ye.

Harap maklum.




with lurve,
riri

Thursday, June 7, 2012

Rawatan Iridology

Minggu lepas me balik kampung lagi. Hehehe sebab ada kenduri arwah.

Lepas kenduri di adakan, waahh macam2 sakit yg datang. Memang penat sangat walaupun cuma kenduri arwah. Ni belum lagi kenduri kahwin.
So, pagi tu me dgn may mak cik decide nak pegi buat rawatan di



Pusat Rawatan Iridology & Aura
No.6 Jalan TU2, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka (Area MITC).

Senang je nak cari sebab sebaris dengan Balai Polis Ayer Keroh.

Bukan saja2 pegi tau. Tapi berdasarkan testimoni2 yg ada meyakinkan kami utk pergi buat rawatan tu.

Untuk testimoni me akan buat next entry ye sebab panjang sangat. Huhuhu...

Kaedah rawatan kat sini menggunakan mata. Erk mcm mana tu? Doc akan ambil gmbr kedua2 mata menggunakan camera khas.

Tapi siyes me tengok camera tu mcm camera sony biasa tu. Hehehe...

Tips kesihatan yg me post semalam tu me dapat masa pegi pusat rawatan ni.

So macam ni la gambar mata yang dah di ambil tadi.


Opss gmbar ni me google jerk. Takut pulak nak mintak soft copy dari doc. Huhuhu...

Tapi memang macam ni la gambarnye. Dari gambar mata ni doc akan bgtau penyakit2 yang dihadapi.

Kat sini bukan macam klinik2 biasa. Korang tak kan jumpa dialog macam ni;

Doctor : Sakit ape dik?

Me : Demam, sakit kepala, selsema, batuk, bla bla bla
(kemain banyak lagi sakit kau ye)

Siyes memang korang tak kan jumpa.

Dia tak nak pesakit datang, bgtau dia ape penyakit yg ada. Dia cakap "jgn bgtau saya awak sakit ape, nanti sy yang akan bgtau ape penyakit awak"


Selepas doc ambil gambar tu, dia akan bgtau sakit ape. Dia yg akan bgtau penyakit2 yg kita alami.

Dia akan besarkan gmbr mata me yg dia ambil tadi dan suruh me tngok dan dia tunjukkan juga chart ni;


*pic: Uncle G*

Macam mana nak tengok? Refer balik gambar kat atas tadi. Line2 hitam yg pecah2 / tompok2 hitam di sekeliling anak mata tu match kan dgn chart ni. Dan melaui chart ni kita blh tahu penyakit yg kita ada.

Huwaaa... tak reti la terangkan mcm mana.. Paham2 sendiri la ye. Kang salah explain jadi ajaran sesat pulak.

Selepas buat rawatan, doc bgtau me ada;

1. Cyst

 Tp still in early stage. Doc kata baru lagi ni. Dia suruh me buat ujian pap smear. Siyes masa dia cakap tu rasa nak nangis pun ada. T_T

Punca cyst ni dari tuala wanita.. Lepas ni kena cari tuala wanita yg ada bio herb.

2. Pernafasan / Jantung

Erk me tak pasti pernafasan yg normal mcm mana. hehehe...  Dan my hear bit tak normal okey... Laju!! Wahhhh... Scary nyer :(

3. Sakit bahu sebelh kiri

Ni doc tu tengok gmbr mata n tnye me. Dan me ckp yup. Memang sakit pun. Ni me tak pasti kenape. Me tak ingt doc ckp ape hari tu. Hehehe..

4. Skin

Me ada mslh dgn skin. Wah, me tengok kulit me okey jer.. Tp memang ada gatal2 n ruam2. Tp tak sangka pula serious.

Me tengok tau kedua2 belah mata me dan me tengok skali chart tu.

Dan lepas buat rawatan tu me dapat ini. Penawar ye. Bukan ubat. Hehehe


Uniknye tentang ubat2ni. Tak boleh minum serentak. Setiap ubat ni kena minum selang 10 minit. Contohnye minum ubat no.1 pukul 8 pagi, then dalam 8.10 minum no.2, 8.20 minum no.3 dan 8.30 minum no.4. Tak boleh kurang dari 10 minit. Lebih tak pe. Erk tapi jgn la melampau lebih2 nye tu ye.


Dan ubat2 ni tak rasa pahit mcm ubt2 kat hospital or klinik tu. Rasa mcm air zam2 pun ada, rasa payau2 la. Nama pun Bio Herb Tradisional kan. Harus la ubat2 dia rasa mcm tu. Dan FREE from DRUGS okey.

If makan ubat2 ni, ubat2 hospital kena STOP ye. Baru tau keberkesanannya kan...

Owh dan lagi, ubat2 dari Doc Sulaiman ni semua bentuk cecair. Tak de pil.

Kecuali mcm kes me ni, kena makan fish oil Hehehe, so dia bg soft gel.


Ni untuk sapu di bahu me yang sakit tu. Bioliz Cream di diasaskan sendiri oleh Doc Sulaiman.


Cream ni ada banyak kegunaannya.



 Dan ini name card Doctor Sulaiman.
Su (Sulaiman) Liz (Norliza) Marketing

Siap ada no fon lagi.



Fuhh... ...
Dan total lost RM2++.00 Ni mengikut tahap sakit la ye. If bnyak sakit, banyak ubt dapat, lagi bnyak la amount kena bayar. Hehehe, tapi kalau penyakit tu tak serious, tak nak ubt tu pun tak pe. Ambil yg penting2 pun boleh.

Untuk cek sahaja =  RM30.00
Untuk cek + rekod = RM 50.00

Mula2 me nak cek sahaja, tpi bila mengenangkan me takut dgn penyakit2 me tu, so me decide utk ambil ubt2 tu skali.

My mom cakap, duit boleh di cari. Tak kisah la mahal ke ubt tu yg penting kesihatan kena jaga. Setiap penyakit ada penawarnya. Tapi nanti dah sakit teruk, mcm mana nak cari duit. Ngeeee...


InsyaAllah, lepas habis ubt2 ni sume me memang nak pegi lagi sekali jumpa doc. Nak tngk ape perkembangan dan keberkesanan rawatan yg di jalankan.


Bukan me je yg pegi cek tau, mak cik - mak cik me pun pegi sekali. Dan penyakit2 yg Doc cakap utk mak cik me tu memang betul ada. Walaupun penyakit2 tu masih d peringkat permulaan, tapi dari skrg bila dah dapat detect penyakit tu, opkos la nak juga penawar kan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai rawatan yg dijalankan boleh layari blog Suliz Marketing.


nota kaki: sejak dah kena buat rawatan ni, adik me hari2 sms ingtkan suruh makan ubat. Adddooiii....





 
with lurve,
riri













Wednesday, June 6, 2012

WW #16 - Tips Kesihatan

Penting ni!






nota kaki: me dpt tips ni masa buat rawatan hari tu. Nanti me story ye.



with lurve,
riri

Tuesday, February 21, 2012

Penyelesaian kepada ketidak selesaan ku

Mata merupakan salah satu organ badan yang sangat penting...
Siyes memang penting.. Semenjak d sahkan me rabun jauh 7 tahun yg lalu, me rasa menyesal pulak sbb tak jaga mata dgn baik.

Ye la, bila dh rabun ni, celik mata je terus cari spek.. Kalau tak tak nampak kan?

*pic:Uncle G*

Tp Alhamdulillah keseriusan kerabunan mata me ni tak de la sampai tahap mcm tu. Masih boleh nampak walaupun tak pakai spec. Cuma kurang jelas je la....
Dulu sblm rabun kegatalan nak pakai spec ni tinggi... Cewah... budget cantik ke hape... Bila dah memang kena pakai spec menggatal pegi cari lens...

*pic:Uncle G*

Sbbnye, malu pakai spec la, bentuk tudung tak cantik la, tak selesa la, ceh.... mcm2 alasan yg d beri sbb nk pakai lens.
 Lens pertama yg me pakai smpai habis study memang jenis yg clear tak de warna. Beli pun kat kedai optik. hrmm tak ingt pula nama kedai tu.

Tp semenjak dah keje, dah try2 beli yg color... Tp me baru try wrna hitam je sbb nak effect mata besau... ape tak cukup besau ke bijik mata ni nak di besar kan...

*pic:Uncle G*

Lebih kurang mcm ni la... tp yg color ni me beli online... Bila beli on9 ni selalu dia org ckp life span smpai 1 year. Tp for hygiene purposes dia org tak galakan pakai sampai 1 year. 3 - 6 months la.
Tp me pakai maxsimum pun 3 months.

Bila ada effect2 tak selesa kat mata even baru 1 bulan pakai pun me dah buang, tukar yg lain...


Beli online ni murah + tak payah nak pegi kedai2 optik... semuanye d hujung jari.. huhuhu....

Skrg ni me ada pakai color hitam lagi. hehehe baru beli dlm 2 weeks gitu. Tp one day tu mata me gatal n terasa ada something kat dlm. Nak kata hubuk tak pun sbb gtal tu berlarutan smpai 3-4 days.

Dalam kepala dah fikir yg mcm2 dh.. Risau kalau2 sakit ni berlarutan. Bahaya!!!!!!!!

Sbb me menganggap perkara ni tak serius (tapi dalam hati risau yg amat), me beli la eye mo utk kelegaan yg cepat.. hehehe....


So far, Alhamdulillah dah tak de gatal2 n rasa tak selesa... Dah boleh kembali memakai lens. Tp hari ni me tak pakai lens lagi.. biar kan 2 3 hari dulu baru me start pakai semula. 

Lepas baca entry beli kanta sentuh online ni me tetibe fobia laks nk beli online lagi....
huhuhu

Ada tak sesiapa tahu petua utk kurangkan rabun daaaaaaaaaannn yg paling penting ubat utk kurangkan rabun yg berkesan.

Me penah baca kat metro katanye Dr8 dari Dr. Rozmey tu baik utk masalah kesihatan. Harga pun boleh tahan la.... Ada sape2 yg dah try tak??

 



Nota kaki: entry ni tak de kena mengena dgn Novel PS I Love You tu.. hehehe



Monday, December 5, 2011

Kisah ku disebalik 1 Muharram 1433H

Last 2 weeks kita bru je sambut 1 Muharram / tahun baru Islam pada 27.11.2011... Actually me dh wat entry utk wish selamat tahun baru tapi d sebabkan kepenatan yg melampau sepanjang minggu lepas, me tak sempat nak post so jadi la draft jer... nak post sekarang dh jadi belated pulaks.. huhu

Okey, lets start the story... bila teringatkan 1 Muharram, confirm kami 1 family sayu jer hati bila terkenangkan kisah d sebalik 1 Muharram 1432H... Tp story tu next entry yer sbb ni nak story kisah utk 1433H. Sbb dh ckp kat SINI nak cite tntg story ni.... fuh ayat....mcm tonggang terbalik lintang pukang jer....

Previous entry me ada cakap me pegi KFC sbb nak belikan adik me cheezy wedges tu kan.... Actually masa me tengah Q nak beli tu ada story d sebaliknye.... Masa me tngh Q tu, my mama call, then dia bgtau abah jatuh tangga... me dgn bujang pu rushing balik.

Sampai rumah abh kata pegi urut dulu... tp me tngk agak kritikal la juga sbb sampai dh tak boleh nak pijak dah kaki kiri tu... Bila dah urut atuk tu kata rendam dgn ais 15 minit sbb kaki dah membengkak....

Lepas maghrib, abah rendam kaki dgn ais.... abah cakap kaki dia lagi sakit + rasa kebas n mcm2 lagi rasa... Me dgn bujang pun bawa abh pegi hospital... Sesampai d hospital sbb abah mmang tak boleh nak jalan, me ambil la wheel chair. First register + ambil tekanan darah + masuk bilik emergency + kena injection + pegi X-Ray = admitted... kena tahan ward sebab "Tulang tumit retak" . fuhh...berderau darah me bili dengar mcm tu. Ye la lepas ni susah la abah nak jalan.

1st thing yg abah bgtau kat me bila doc ckp kena tahan ward ialah, bawakan makanan, lapar... hehehe... memang me pun lapar sbnrnye sbb tak sempat makan ke hape ke terus zaaaass pegi hospital. Me pun calling2 adik me yg no.2 lak tieha utk hntrkan makanan + bawa ubt abah.

Lepas tieha dh sampai me pun pg masuk ward balik. Actually dah tak boleh masuk sbb bukan waktu melawat, tp nsb baik pak guard tu tak bnyak kerenah dan tak bnyak songeh.... Masa me sampai tu doc tengah buat simen kat hujung katil abah utk d pasangkan kat kaki abah me tu... dan mcm ni la jadinye

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

gmbr ni me ambil curi2... huhu...

lepas doc tu dah pasangkan simen tu abah terus tnye "dah boleh balik ke?" doc kt situ sume gelak... yo la lum sudah lagi dh nak balik.... masa malam tu actually tak boleh nak angkat kaki yg bersimen tu sbb abah kata berat gile. dan nak gerak pun tak boleh sbb sakit.... ni gmbr keesokan harinye....

Then, lepas doc2 tu dah pasangkan simen ni, dtg doc pakar tulang, dia review x-ray tu then dia cakap kat doc2 yg pasang simen tu ape tah me tak pasti le bahasa doktor.. me tak paham le, tp yg me dgr dgn jelas doc pakar tu cakap "ini patah ni, tulang tumit patah". Me ckp dlm hati "whhhaaattt????? patah??? tp mcm mana pulaks docs 4 org yg pasang simen tu cakap tu retakkss?? n me perasan something, dia tak cakap straight to the docs yg dia org buat tu salah. Dia cuma cakap "ini patah ni"... tak kan la dia nak cakap "ini salah ni" kann???? malu la dia org kan....

Then doc pakar tu cakap kat me "ayah adik punye tulang tumit ni patah, esok kita akan tukar simen yg lain la ye" me, angguk je la... bila keesokannye, dia tak tukar pun simen tu sbb doc tu cakap yg ni pun okey... haiiish... me pun peliks la.... kejap mcm ni, kejap mcm tu....

Alhamdulillah la abah tak de bnyak masalah kesihatan.. dan boleh keluar ward keesokan harinye (Sabtu)... ni me amek gmbr masa tngh tunggu doc utk check abah utk kali terakhir b4 abah boleh keluar hospt... bnyk juga procedure nak keluar ward ni rupanye... 1 pengalaman baru buat me....

Owh b4 tu, dah jadi mcm tu ofkoz la kena pakai topang @ tongkat kan.... me nak beli je kat farmasi kat hospital tu tapi tutp lak... ish geram betul. tengok kat situ dia tulis sabtu buka dari pukul 9 pagi smapai 1 tnghari. tp waktu tu baru pukul 11 kot... then me dgn bujang pun meneruskan la misi mencari tongkat d bandar Muar... huh, seb baik jumpa farmasi kat depan Astaka... sederet dgn KFC.

To abah, semoga cepat sembuh dan jgn banyak bergerak....... <======= yg ni me tak sure abah akan ikut ke tak sbb abah bukan jenis yg suka duduk diam... annndd... me paling risau bila abah sibuk je nak bangun n jalan2 kat luar rumah / dlm rumah dgn tongkat tu....

Wah  terpanjag pulak entry kali ni.... huhu... jgn mare yer...


p/s; last week mama dgn abah n my adik2 pg kenduri rumah sedara kat bahau. Mama ckp abah tu kaki je sakit tp hati tak sakit le..

Wednesday, August 10, 2011

BrApE kALi pG kLiNiK???

Dalam masa setahun berape RM you all yg terebang gara2 pg klinik? Ni bukan kes sakit yg teruk n kena ada appointment dgn doc la... Ni mcm skt yg ringan2, demam, batuk, selsema.... Biasenye kalau anak2 demam sikit msti nak bawa pg klinik kan.... ye la parents mana yg tak risau... (errkk gaya cakap mcm dah kawin + ada anak jer....)


Semalam my cousin demam.. dia ajak me bawa dia pg klinik.... owh maaan.... klinik???? me bukan fobia ke tau allergic dgn klinik tp entah la me tak suka betul pg klinik... If demam me akan telan panadol, paling koman pun 1 biji, pakai socks, sweater, blanket, baaammm lompat atas tilam, tido... Esk pagi bangun dah segar... If selsema panadol soluble + vicks, batuk ubat batuk + vicks... oit2 vicks bukan utk d makan... tenyeh la kat idong ke kat tekak ke...

Bukan nak bangga ke hape tp Alhamdulillah dalam masa 2 tahun me keje kt KL ni, kesihatan me masih d tahap yg boleh d kawal walaupun kdng2 balik keje basah lencun mandi hujan.... Tak payah pg ke klinik bagai... sekali pegi dh kena cas RM30 hengget (erk...mungkin ni yg paling minimum). Entah kenape me memang tak suke bebeno pg klinik... Then, my cousin leh tnye ni;

Cousin; Akak brape kali pg klinik kat sini?
Me; Ha??? klinik? sekali jer.. tu pun sbb terpaksa nak MC...
Cousin; sakit pe?
Me; hrmmm tak sakit pun (pengakuan jujur ni ahaks.....), tp nak MC punye pasal ckp la sakit kepala....

Errkk... ni kalau my bos tau ni habis la.... Huhu... Kiranye me ni pekerja yg berdedikasi la kan... jarang2 MC... ye, memang jarang MC walaupun co dah cakap MC leh berbelas kali... fuhyyyooo... manyak tu.... errk... tp me selalu amek cuti.. hahaha *__* ni pun tengah budget2 cuti utk raya sbbnye mana la tau kan ujung2 tahun nanti gegamai pulaks sepupu sepapat nak kawen yg memerlukan amek cuti...





Wednesday, July 13, 2011

RaBU yAnG suRaM..

Good Morning everyone... huhu...dah pukul seboleh pun... bru nak ckp gd morning... dah nak masuk tengahari dh.... hahaha..

hari ni... hari ni....hari ni.... hari ni kan.... hrmmm...hari ni kan... pagi2 lagi cuaca suram jer... mcm nak ujan pun ada.... tapi sebenarnye jerebu.... huhu.... sbb mood hari ni suram... dan tak berape nak ada mood so, jom kita layan lagu ni... bersesuaian dgn mood me hari ni.... feeling sikit... kasi touching2.... hahaha....



memandangkan sekarang ni musim jerebu dan panas.... you allssss sume jaga kesihatan yer... me pun dalam 2 3 hari ni rasa lain mcm jer... panas... kadang2 sejuk... mcm nak demam pun ada... take care yer...

Thursday, May 26, 2011

kNape tBe2 sAkiT???

Sila lihat gmbr ni....


Hahaha... cantik tak gg me? ngeh ngeh ngeh.... Actually pg ni bila me bangun je tdo rasa mcm nak demam pastu tibe2........ aarrrggggghhh......sakitnye gusi ku....... hrmmmm dan bnyak kali jadi mcm ni... ingtkan dah habis rupanye ada lagi..... bila me cek2 kat cermin rupanye gusi me bengkak sbb ada gg bongsu nak tumbuh....


boleh tumbuh lagi ke gg walaupun dah tua2 mcm ni?? oit tak tua sangat la...dewasa je... huhuhu... dalam tahun ni rasanye ni kali ke-2 tau ke-3..itu baru tahun ni, lum kira tahun2 lepas lagi.... gile la...selagi ada ruang selagi tu la me tengok gg bongsu ni tumbuh.... dia nak tumbuh, so dia tolak la gusi kita tu... tu yg sakit gile... nak makan pun tak boley.... tp kalau dh lapar me telan juga... habis la tercekik pas ni... huhuhu.... waaaa....sampai bila gg ni nak keep on tumbuh??? yg pasti sakit + rasa nak demam....

cian gusi me kena tolak dgn gigi baru... welcome gigi baru... walaupun sakit.... -__-

p/s: nak Mazda 3 tak???


Tuesday, April 5, 2011

aKiBaT pEngGuNaAn MoUsE kOmPutEr yG sALaH

Siyes tak tau pun sbnrnye salah pegang mouse dgn salah guna keyboard pun leh mmberi kesan kpda kshtn tangan kita... BERHATI-HATILAH!Kpda blogger2 sekalian yang tiap2 saat, tiap2 minit, tiap2 jam, tiap2 hari dan yg selalu bekerja dengan menggunakan KOMPUTER, kesalahan dalam penggunaan MOUSE akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam kedokteran untuk kelainan pada otot lengan).

Gunakan Mouse dengan BETUL..
Berikut adalah foto pembedahan tangan pesakit yang mengalami karpal sindrom.





Kat bawah ni adalah gmbr cara2 mnggunakan mouse dan keyboard dgn betul...






Me dah wat experiment tadi... try pegang mouse mcm biasa me selalu pegang lepastu tngk dngan gmbr ni btl ke salah... confirm SALAH.... hahaha.... pastu try utk keyboard pula... pun SALAH.... bahaya ni.... okey kat bawah ni pula senaman tangan untuk mencegah karpal sindrom







lepas wat entry ni, tntg pnggunaan mouse dgn keyboard ni kan, dan2 tu me punye tangan tbe2 rasa sakit.... wah.....takutnye.....kna cpt2 buat excercise ni..... mencegah lebih baik daripada mengubati... korang nak ke weh tngn korang kena belah2 mcm gmbr kt atas tadi... eee....tak mau den....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang