Tawaran Hebat !!!

Friday, March 16, 2012

Jangan Dalam ISLAM

Sekadar berkongsi dan sebagai renungan kita bersama....
Selamat Hari Jumaat....

JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal keran...a berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.


  JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
 JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna


 JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

 JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

 JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

 JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

 JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

 JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

  JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

 JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

 JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

 JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

 JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

 JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

 JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
 



 ALLAH lebih tahu. Wallahualam..





nota kaki: ada 1 urusan yg penting pagi ni. doa kan ye... :)





with lurve,
riri


4 comments:

kasihibu said...

larangan yang di berikan untuk kebaikan hidup kita di akhirat jua
semoga kita semua tidak terleka.

Zie Madini said...

love this entry. sama² lah kita amalkan konsep JGN dlm islam ni ek :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tq ye kongsi semua ne... semuanay betul..

IxoR@ said...

muhasabah diri.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang