Tawaran Hebat !!!

Monday, October 22, 2012

PE3 ape tu?

Actually PE3 ni tajuk filem aksi komedi terbaru arahan Farid Kamil. PE-3 bermaksud plan no. 3.
Baru je pun di tayangkan khamis lepas.
 
Pelakon utama cite ni; Farid Kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Tai, and ramai lagi...
 
 
 
Me tak tau pun tentang filem ni. Yg me tunggu2 skrg ni filem "Ape Celop Tooq". Tngk iklan mcm best jer.
 
Oppps walaupun tak tahu me dah tengok dah PE3 ni last week. Hehehe... Tu pun Mr.S yg ajak.
 
 
 
 
Penggambaran cite ni d buat kat Penang. Ada juga part yg kelakar pecah perut la.
 Nama pun aksi komedi kan, mesti la kelakar. Mula2 me mcm pelik je kenape Fumi (Kamal Adli) tu dengan relanya masuk group dia org. Skrg me dah tau. Hehehe... Nak tau kena la tengok ye :) 
 
 
If tak silap me ni filem terakhir Diana Amir berlakon sebelum berhijab.
Hrmmm skrg me tau kenapa Diana Amir tak dtg masa preview tayangan tu...
 
 
Sinopsis PE3
 
PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.
 
Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka.
 
Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat.
 
Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.
 
Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang.
 
Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 


5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

layan gak kannnn :)

wantie said...

ntah le. tak minat farid khamil. jgn marah ye. memang akak tak minat dia.

akak tunggu ape celup toqq gak.

lieyalatif said...

ala saje la tu nak bagi gue jeles nieeee....gue dah lame tak masuk wayang nie...sejak dayyan dah pandai mengganas...tak berani nak gi ....nak tgl plak tak sampai hati huhuhu

wahida said...

nampaknya aku download je la...

NM02 said...

uishh... dah lama tak layan wayang dik nun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang