Tawaran Hebat !!!

Tuesday, August 9, 2011

kAkiTaNgAn KeRaJaAn DaPat BoNUs RaYa

Wahhh... jelous ni.... jelous ni...... ni entry jelous.... jelous sbb mama dgn abah dapat bonus.... ^____^ tp on the other side me happy juga sbb at least kurang la sikit beban parents me nak belanja utk raya ni.... Nak harapkan me??? bonus pun tak dapat.. sedey weh.... sob sob... mklum la keje non gamen ni memang mcm ni... lau ada, ada... lau tak de, tak de... prihatin juga kerajaan ni kan... ye la, nak harapkan gaji bulanan nak belanja raya memang tak cukup la... dah belanja bulan2 pun cukup2 mkn, inikan pula nak belanja lebih utk raya... My mom cakap "Alhamdulillah... rezeki anak2...." sukenye..... mama, abah, sila bg separuh ye bonus tu kepada me... hehehe @___@ bonus ni akan d agihkan minggu depan.... so, ready utk cek akaun masing2 yer... huhu... confirm panjangpunye la nak beratur kat mesin ATM ni....


NAJIB berbual bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
pada majlis berbuka puasa anjuran Perdana Menteri dan isteri
serta majlis penyampaian zakat Kumpulan FELDA di Seri Perdana,
Putrajaya, malam tadi.

PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.

Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.

Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.

p/s; info bharian

4 comments:

safurara said...

rara pun dpt duet raya =)

:: Riri-Fatieha ::~ said...

@rara pinkmafia; wah tahniah... kita sedey jer tak dapt... *__* maklumla... tak keje dgn gomen...

Baju Kurung Kanak-kanak said...

Tahniah kepada yang dapat duit raya daripada kerajaan. Mesti happy giler kan semalam dapat berita bonus ni.

wardah @ fie shah said...

Alhamdulillah. jadi lah dari takde. sob sob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang