Tawaran Hebat !!!

Friday, February 22, 2013

Progress

Salam Jumaat semua. Fuhhh susah betul nak update entry sekarang ni. Busy bebenor. Hopefully lepas ada assistant ni adala free time utk update blog. Hehehe...
 
 
Memandangkan tarikh utk nikah, bersanding dan bertandang telah di tetapkan oleh my mama & abah dan future FIL masa cuti raya cina hari tu. So, si bakal2 ni dah start buat preparation.


Macam biasa.. kalau tak terjah Jalan TAR, Sogo dan kawasan sekitar memang tak sah la kan. So last week me pun memulakan operasi bersama Mr.S beli ape yg patut dulu dan survey2 ape yg rasa mcm teringin nak beli nanti.

So me beli barang2 nak DIY dulu. Psst ni HINT my wedding colour. Hehehe....

 
Dan me dah beli 2 barang hantaran for Him. Yeay, dah boleh potong checklist utk 2 item tu.
Me tak tahu la kenapa time wedding me ni nak DIY malas gileeeeee... Last year wedding adik me bagai2 idea me beri nak DIY itu ini. Time wedding sendiri malas pulak. Semua nak main order2 je...
 
Tahun 2013 ni sama juga dengan tahun 2012 yang lepas. Ramai cousin2 yg berkahwin tahun ni;
 
February - Cousin sebelah rumah.Settle sudah
April - Cousin & Anak Saudara (anak cousin)
May / June - Cousin
September - Me
October - Cousin
November - Anak saudara (anak cousin)
 
Erk risau gak kalau tersama colour theme ni. Karang tak pasal2 di cop tiru walhal semuanya secara kebetulan. Ramai org yg colour favourite dia sama kan. Mana la ada satu colour satu org kan. Kalau tersama, its okey. Ni pun dah penat dah me fikir nak colour ape. Sampai tido pun tak lena.
 
Sampai Mr.S pun geram je dgn me bila me tanya nak colour apa. Hehehe, mana taknya kejap me cakap colour ni, kejap colour tu..
 
Fuhhh skrg dah lega sbb Mr.S agree dgn colour yg me nak. Actually colour yg me pilih tu ramai lelaki yang tak berapa nak berkenan. Heheheee... Tp kumpulan Jambu Maharaja Lawak suka! Kah kah kah...
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 

Friday, February 8, 2013

PTPTN - Bila nak settle??

Salam Jumaat.. Kalau boleh hari ni tak mo moddy2. Next week cuti lama sikit kan. So spttnya mood happy. Tapi sebaliknya pulak.
 
Memandangkan masa pembentangan budget tahun lepas PM dah umumkan 20% discount utk full settlement PTPTN dari Oct 2012 - Sept 2013, maka me pun tanpa melengahkan masa nak amek peluang ni la.. Sbb rugi ooo, kalau lepaskan peluang ni..
 
Banyak yg me dapat kurangkan walaupun jumlah sebenar yg me pinjam tak banyak. RM 3,250.00. Tpi bila dah me tak bayar so beranak la dia. Hik hik hik. Me pinjam utk 1st sem je sbb sem ke-2 me dapat biasiswa dari JPA.
 
Sebelum buat bayaran me apply dulu Permohonan Baki Pinjaman kat SINI. Nanti PTPTN akan pos surat Baki Pinjaman tu kat kita.

Tujuan dia sbb nak tau actual amount kita hutang. Me apply ni end of Nov 2012 lau tak silap. Dan surat ni pula bertarikh dalam bulan Dec (lupa tarikh sebenar sbb surat ada kt rumah). So dia dah siap kira sampai Jan 2013 punye hutang la kan.
 
 
17 Jan 2013 me call nak tanye progress mcm mana kan. So dia cakap skrg tak blh nak cek sbb tengah buat pelarasan account. Ye la dah hujung tahun kan... Masa tu e-fes kt website PTPTN pun memang tak blh buka.
 
Hehhehe.. 30 Jan 2013 me try buka e-fes sbb nak check balance. Nampak semuanya OK. TETAPI... cewah, 20% discount tu belum di ambil kira. 20% discount tu banyk OOO... Kalau kira balik, apa yg me kena bayar adalah kurang daripada jumlah pinjaman me. Tu yg best.
 
 
31 Jan 2013 me call lagi sbb nak tahu apa status pembayaran me ni dan mcm mana nak tutup terus kes ni. Mula2 me tanya tentang kenapa baki awal dalam penyata ni dgn baki dalam surat sebelum ni berlainan? Dan staff tu cakap belum buat pelarasan lagi dan baki yg sebenar adalah dalam surat yg me dpt sebelum ni. Erk?? Confuse kan!

Dan me tanya mcm mana pula dgn 20% discount tu? Dia cakap nanti staff PTPTN sendiri akan call dan bgtau. Dan PTPTN akan keluarkan surat Pelepasan Hutang. Me tanya lagi bila staff tu akan call?? Dia cakap dalam bulan February ni.
 
Okey today dah February, tapi masih awalkan. Baru 8hb.. Dan me pun tergerak la nak cek lagi sekali penyata PTPTN. Dannnnn okey me terperanjat ye! Cer tengok ni yg me circle kan tu.
 
 
Me dah settlekan semua hutang tu. Dan balance bulan lepas menunjukkan negative 11sen. Tup2 bulan ni ada balance lagi tu RM 3.01. Ni yg buat me menyirap ni....
 
Bulan 1 dah settle tapi bulan 2 dia kenakan lagi caj UJRAH tu??? MOTIF????
Sepatutnya tak perlu la kan.. Walaupun caj dia 3 ringgit lebih tapi andaikata dia drag kes ni sehingga hujung tahun ni tak ke jadi banyak nanti??
 
Harap2 la dia akan tolak balik charge yg dia kenakan selepas dari tarikh yg me dah buat bayaran.
 
Eeeee... org dah buat full settlement pun, mohon sangat pihak PTPTN tolong la cepatkan proses ni.. Yg me tunggu2 dari PTPTN ni ialah bayaran balik 20% tu dan sijil PELEPASAN HUTANG.
 Me dah tak nak ada kaitan lagi dgn PTPTN ni.
 
 
 
with lurve,
riri


Monday, February 4, 2013

Kursus Kahwin yg Best

Monday bluess... Adeh, lemau je pagi ni..
 
Ni nak cite tentang aktiviti me last week. Me dgn Mr.S me together2 pg Pre-wedding course atau nama lain Kursus Kahwin... Pg sama2 baru best sebab dua2 dgr apa yg ustaz dgn ustazah tu cerita. Then, bila nak discuss something tentang kursus tu pun senang.
 
 
Dulu masa study berangan nak pg anjuran U punye, Tapi x pegi2. Ni baru la terhegeh2 nak pg. Ni pun my mama asyik tanye je dah pegi ke belum.
 
Me ambil kursus di Masjid At-Taqwa TTDI, dengan kak Ana (penganjur kursus).

 
Ni la masjid TTDI. Dari One Utama memang senang sangat nak cari dan parking pun banyak.
 
Ok 2 perkataan yg me nak cakap tentang kursus me sepanjang 2 hari tu;
 
"Best Gile".

Hehehe.. sbbnya penceramah sangat la sporting dan kelakar. Ketawa memang tak hingat dunia la. Sampai sakit perut me menahan gelak..
2nd day memang tak tahan sebab belakang me ada 3 orang minah tu gelak memang paling kuat la. Sakit telinga me dgr. Sabar je la...

Kursus diadakan di Dewan Kuliah 1, tingkat 1 ye.

 
Suasana bilik yang selesa dan sejuk sbb ada air-cond.

 
Klass memang full house la. Memang penuh dan memang ramai...
 
Ni pandangan dari tempat duduk me... Me memang duduk kerusi yg sama utk 2 hari tu.

 
Hari Ahad kami dtg agak awal la sbb nak cop kerusi cepat. Sbb kalau lambat kena duduk belakang skali tu kerusi dia tak best. Tak de meja. Hehehehe...

 
Apa yg kami dapat; File including pen + buku rujukan + jadual kursus + few pcs A4 kosong.
 
Ni pula jadual kursus sepajang 2 hari tu;


Semua penceramah yg d panggil bukan calang2 orang. Semua memang berpengalaman dalam hal2 rumah tangga ni. Dan yg penting semua penceramah memang best sangat. Setiap mesej dan info yg mereka sampaikan terselit lawak2 yg memang pecah perut.

Okey kalau ada sesiapa yg berminat nak kursus kahwin kat sini, ni sy letak kan business card mereka ye;

 

Kak Ana jga area TTDI (012-978 3149) manakala suami kak ana pula jaga area Putrajaya. So korang boleh pilih la nak pg yg mana yg berhampiran dgn anda.

Yuran Kursus pula hanya RM 80.00 seorang termasuk makan dan alat tulis.
Servis kak Ana memang terbaik la...

Kalau korang malu nak call ke kan, blh juga buat tempahan melalui website www.kursuskahwin.webs.com

Kat website tu mcm2 ada.. Borang nikah utk KL dan Selangor pun ada. Maps nak pg masjid tu pun ada.. Retis2 pun ramai amek kat sini. Tp rasanya dia org ada private class la kan.

Dannnnn.... kalau nak booking tu kena booking awal pun tak pe bg mengelakkan tarikh yg korang nak tu penuh ye. Me 2 minggu sebelum dah book. Hehehe.. advance!

Dannn... ada lagi. Hehehe... Sijil Kursus Kahwin ni valid seumur hidup. Tak de tarikh luput.

Dannnn ni penting ni.. yg bestnya Rabu dah boleh collect Sijil. Tak payah nak tunggu lama.

Kpda B2B area lembah klang, memang recommended sngt kursus kahwin kt sini!


 
p/s; okey dah boleh strikethrough checklist pre wedding course. Yeay!
 
 
with lurve,
riri
 
 


Friday, February 1, 2013

Setia Hujung Nyawa - Sinopsis Episod Akhir

Assalamualaikum and happy holiday utk yg keje KL. Erk walaupun me KL tp tetap keje sbbnye poskod je KL. Tp kami ikut cuti Selangor, weee... And welcome February.
 
 
Hrmm tengok entry me bulan lepas sikit gile. 10 pun tak sampai. Adoi, mcm mana ni..
 
 
Ni me saja je nak buat entry tentang cerita akasia Setia Hujung Nyawa kt TV3 tu..
Me dah follow cite ni dari 1st episod tapi lepas tengok episod semalam tu tergerak pula nak buat entry. Nak2 episod semalam, bila dia org dah berbaik dan boleh terima kelebihan dan kekurangan masing2...
 
 
Tak pasal2 me pun terjebak follow FB Nelydia Senrose. Kalau taip kt FB tu memang melambak account FB yg guna nama tu. Tp tak pasti pula yg mana betul. Yg me ambil ni dia ada tulis "This is the only Official Page". Hopefully betul la official page.
 
 
Cerita ni pun adaptasi dari novel Setia Hujung Nyawa.
 
 
Me tengok cite ni sbb suka bebenor tengok Nelydia tu. Cantik!
Dan bila dah layan cite ni memang best gile.
Suka part2 sweet yg Ikram bergurau dgn El (walaupun pd hakikatnya geram dgn Ikram menggangu bini org) dan part2 romantis bila El dgn Zain.
 
 
OK dah tak perlu berangan lelebih.
 
Anyway cite ni dah nak habis dah... Nest Week 7 February cite ni last.
 
 
Harap2 lepas ni ada la cite2 yg best mcm ni lagi. Tp me rasa pelakon pun memainkan peranan penting. Kalau mereka padan each other, dan ada kimia, memang menjadi la kan.
 
Owh ni me ada sinopsis episod2 akhir ni;
 
Zain kemalangan dan koma. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Hady telah menemui Ersalina dan mengungkit kembali kisah silamnya. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengari oleh Datin Adibah.

Setelah Datin Adibah mengetahui sejarah hitam Ersalina, Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana merasakan keluarga Haliza telah menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Bagaimana kesudahan hubungan Zain dan Ersalina? Mungkinkah sama seperti dalam novel atau sebaliknya. Saksikan sendiri ye..
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang