Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label my wedding. Show all posts
Showing posts with label my wedding. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Wedding Review - Wedding Cake

Owh.. lamanya tak buat entry kat sini. Sngt busy dgn kursus & mcm2 lagi la. OK review lagik. Adoi la... sebenarnya entry ni dh berzaman dalam draf. Tapi di sebabkan tak sempat nak masukkan gambar kat sini, tu yg jadi draf je dari last year lagi.

Pada me, memang kena cerita semua. Nanti bila dah tua2 nanti sekiranya aktif berbelog lagi, blh baca balik kan. Mengimbas kembali kenangan. Hehehe...
 
 
Ni nak review tentang wedding cake of the day..
 
(pic; FB Violet Creation)
 
Me memang saja tempah kek yg banyak mcm ni. Supaya nanti sape2 yg teringin boleh la merasa. Kiranya semua dapat merasa la kan sbb bnyak. Jangan ada yg cakap tak rasa sudah la ye.. Kalau tak dtg kat meja cake ni and ambil kek ni for sure la tak merasa kan.
 
Hehehe... heart that cakes so much. 2pcs round chocolate cake + 30pcs chocolate cuppies = RM 250. (sponser by my auntie, order by me) wakakakakaaaa.... Totally puas hati sbb sedap + kak rien hantar sampai kat rumah & setup the cake.
Desing munga2 atas cake tu me yang request. Warna, harus ikut tema ye. Heheheee...
 
Sebelah kanan, my auntie yg sponser cake. So, harusla dia berposing dgn cake tu. Hehehehe...
 
 
Owh me juga tempah kek hantaran.
Rainbow cakes (RM80/pcs); Ni dari my husband
 
(pic: fb Violet Creation)
 
Ini pula dari me. Boleh pula terlupa nak letak words kat atas tu. Kosong je kek tu tak tulis apa2.

(pic: fb Violet Creation)

 
Berat jgn tanya, me tak sure la berapa kg kek ni. Mungkin 1kg lebih kot. Me juga order rainbow cake in a cup utk my special guest yg bukan islam.  
 
(pic: fb Violet Creation)
 
Dan... hehehe, me order mini muffin strawberry & bluberry 250pcs utk doorgift.
 
(pic: fb Violet Creation)
 
Erk, banyak juga la me order. Ni bila me fikir balik ni, buat business dari rumah jual kek, cuppies, muffin, boleh untung oooo.... Setiap minggu ada je tempahan. Kalau yg tempah tu sekali banyak mcm me ni, peerrgghh.....
 
 
Opss lupa. Semua ni me order dari kak Rien, Violet Creation. Boleh search kat fb ye "Violet Creation". Me tak blh nak link kan sbb kt opis fb dah kena block. Hahahaha....
 
 
Highly recommanded. Senang nak buat bincang & service pun OK.
 
 
p/s; sebab pengantin sangat busy masa tu, tak sempat nak jumpa kak rien walaupun sekali. dia dtg rmh me antr muffin & wedding cake 2 kali kot.. :(
 
 
with lurve,
riri
 
 


Monday, December 30, 2013

Entry Last 2013 #Wedding Review - OP

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya. Banyak kenangan pahit manis yg telah me tempuhi.
Nak2 bulan Disember ni. Banyak betul dugaan sebelum menjelang tahun baru ni.
 
Woohaaa... kenangan manis harus la disimpan. Hehehe... Ni ha, me baru je dpt gambar kahwin dari OP haritu. Saje nak tayang sikit2 hasil kerja dari OP me yg sangat best.
 
 

















 
Opss tengok gambar hantaran ni baru teringat rasanya me blm review lagi tentang hantaran ni kan. Hik hik hik... Adoiii la bnyk benda nak kena buat ni. Hopefully 2014 me ada masa yg bnyak utk update blog. Hopefully la kan sbb kerja makin hari makin bertingkek-tingkek.
 
Future B2B area Melaka & Johor yg nak OP yg best, cuba lah Aliceshah Studio. Eh2 kalau tak silap job luar Melaka & Johor pun dia org ambil tau.
 
Dan kat sini korang boleh bayar by Installment sehingga la tarikh majlis. Kira OK la sbb tak membebankan. Nak bayar tiap2 bulan sikit2 pun boleh. Harga reasonable la...
 
Dan kepada yg berminat utk buat pre wedding / post wedding, yg nak harga murah, kena alert la dgn FB Aliceshah sbb mereka selalu juga buat promo. RM 350 je. Berbaloi & sangat murah ler..
 
Korang google atau cari kt FB mesti jumpa punya la. Ni details ye;
 
AliceshahStudio

Medaniaga Bakri Batu 6,
Jalan Bakri,
84200,Muar,
Johor
.

aliceshahs@yahoo.com


016-6465279
06-9863836
FB: Aliceshahs Dua / Aliceshahs Tiga
FB Page : Aliceshah Studio
 
with lurve,
riri


Monday, October 21, 2013

Wedding Review - Bilik Pengantin

Nexxtttt.... Hehehhee...
 
Review, review, review, rupanya banyak juga yg me & family DIY sendiri.
 
Untuk bilik pengantin me and my mama decide utk DIY sendiri je. Alasan yg my mama guna sebab bila kita sewa / upah mak andam, biasanya lepas majlis atau ke esokkan harinya, mereka dah buka perhiasan, langsir, bunga, etc kat bilik tu. Bila kita buat sendiri, kita tak akan segera buka langsir dan hiasan tu. Nak berapa lama bilik tu terhias mcm tu, lantak la kan...
 
Even sampai hari ni bilik tu sama mcm tu. Cuma cadar me dah tukar la kan. Sayang ooooo cadar cantik me tu. Hehehe....
 
Ni langsir utk tingkap bilik me, dan langsir kat pintu pun mcm ni. Idea dari me... Suka bebeno nak letak ribbon2 tu. Hehehee... Dan me sangat puas hati. Simple, mudah, murah dan cantik di mata me.
 
 
Ni bahagian utama, di katil... Idea asal nak letak kain lagi kat kepala katil tu.. Kain chiffon plain, pastu nak ombak2 kan dia.. Sekali my mama salah beli kain daaa.... So ini la my final touch. Sib baik ada ribbon cute extra.


Accessories kat bedside table tu me ada tukar masa hari kejadian. Dalam frame tu ada la letak gambar. Tak de la kosong mcm tu, then tambah alas meja, dll. Heheheee..
 
Lampu tido pun me letak kat bangku je. Hehehe... belasah la labu...
 
Zoom sikit... My cadar dari Akemi... Owhh really fall in love dgn set cadar ni. Cadar ni cotton, utk selimut dia pula atas je satin tp sebelah bawah cotton. Bantal pun sama. So tak perlu risau licin ke, panas ke kan... Totally memang best.

 
Total kos utk bilik ni;
 
Cadar - RM 389 (sogo) offer price. Normal RM799 (kalau tak silap me)
Lampu meja - RM 98 (romantika)
Langsir - RM5/meter (nagoya) - total meter beli tak hingat.
Upah jahit ribbon cute - RM5/pcs
Other accessories - RM30
 
 
with lurve,
riri


Wednesday, October 16, 2013

Wedding Review - Hand Bouquet

Yeah, next review wedding HB pula...
 
Hehehehe.. banyak tak review lagi tetibe terus melompat ke handbouquet. Depends pada gambar gak. Mana gambar yg ada dalam simpanan me skrg ni, tu la yg me buat entry dulu. Sangat tak tersusun. Hehehe...
 
HB nikah & malam berinai ni me DIY sendiri. Tp ribbon jurai2 tu my auntie yg buat kan. Ni la my auntie yg tlng me buat HB. Dan beliau juga tolong me buat hantaran.
 
 
Auntie yg sama buat hantaran masa me bertunang dulu.
 
HB ni me guna kain cotton je. Tutorial banyak dah sekarang. Korang google jer. Sangat murah & jimat. Hehehe... Kalau tempah almost RM100. Bila DIY sendiri tak sampai RM30 pun.
 
Kain 1 meter dalam RM5-6, beli 2 warna. Ribbon tu balance2 hantaran, m&m button tu dalam RM4, kain lace eh bukan... ape eh nama dia tak ingt semeter baru RM3.5-5 la. Tak ingt. Pastu beli pemegang bunga ready made tu dalam RM3.50. Murah kan... Tinggal rajin dengan tak je.
 
Zoom sikit HB ni... Huh, dah tak nampak gomuks dah HB ni..

 
Next HB masa bersanding pula... Ni me guna fresh flower. Me beli 20kuntum. 10pink 10 merah. Nak guna utk buat sirih junjung sikit. Dan balance utk HB ni.
 
 
1 kuntum RM1.50 tp me dapat murah RM1.30 utk 1 kuntum.
Me ada beli lagi bunga kekwa dan babybreath utk sirih junjung. Total dalam RM40++. Pada me sangat murah. Utk 1 HB macam me ni kurang RM20.
 
 Lokasi kedai di sebelah Wetax Parade Muar, Johor.
 
Ni pula bunga untuk bertandang. Me guna fresh flower gak. Daisy...
Pun beli dikedai yg sama.. RM1.50 utk 1 kuntum. Me beli 10 kuntum so RM15 je... Murah kan.. Ribbon recycle je... Hehheee...
 
 
 
DIY lebih murah & jimat tau...
 
 
with lurve,
riri


Monday, October 14, 2013

Wedding Review - OP

Last month lagi cakap nak review tentang my wedding. Tapi tak sempat2... Adeh, me tak pasti la mcm mana GS yg len blh ada bnyk masa utk berbelog, tp me tak ada langsung. Ni pun kena curi2 masa utk buat entry. Hahahaha... Adeh...

Untuk gambar nikah & malam berinai me tak de copy lagi. Dari cousin & OP pun blm dapat lagi. Yg ada hanya gambar masa bersanding je. Hehehe...

Ok first nak review my Official Photographer (OP). Dari sebelum kawin lagi me memang bercita2 dan bemimpi2 nak hire OP ni utk my wedding. Dan akhirnya termakbul gak. Heheheee... OP yg me hire tu ialah Aliceshah Studio Muar.

Ha, tengok je la gambar2 kat bawah ni ye. Semua hasil sentuhan Aliceshah Studio. Dan yg buat me sangat terharu dan bangga sebab Owner dia sendiri iaitu kak Alice yg ambil gambar me masa tu.. Hehehee...

 
Owh warna tema bersanding ialah pink dan soft kuning.
 
 
Semua gambar ni me ambil dari FB aliceshah sendiri. Tak sabar kau nak tengok gambar kawin tu yang ambil dari FB je dulu. Hehehe...


Hoi... masa ambil gambar kawin ni penat senyum.. hehehe... Dah sakit dah mulut rasanya senyum.

Ni my pelamin YANG......




Alllooololo... hehehe...


Ni pula gambar reramai dgn my auntie, uncle dan cousin. Ni pun ada yang tak de ni...

 
Last but not least dari Aliceshah Studio....
 
Service sangat excellent. Peramah, ontime... sume cukup la. Memang blh kategorikan mereka sbgai professional. In case kalau tak reti nak pose dan keras mcm kayu mcm me ni, tak yah risau sbb mereka pandai nak ajar korang pose gaya mcm2 biar nampak real tau. Hehehe... Tetibe bila nampak hasil terperasan lak "erk pandai gak aku pose dpn camera"... hahahaa... rasamcm teror pose lak sekejap walaupun hakikatnya arrgghh... hehehe...
 
Anyway price pun jgn risau. Sangat la berpatutan dan mampu milik pada me. Sbb masa me duk survey2 dan comparekan dgn beberapa OP yg lain, harga lebih kurang jer dan termasuk mockupalbum & frame lagi. Tempat lain, harga sama dgn package yg me ambil tapi tak de album bagai. Pengsan la mcm tu nak kena tambah lagi kan... Lagipun, Aliceshah ni dia tak kira mileage dari office dia ke rumah kita. Itu yang penting. Hehehe....
 
Nak tengok hasil2 lain dari Aliceshah Studio ni boleh search FB mereka;
 
Aliceshahs Dua
AliceshahTiga
Page Aliceshah Studio
 
Sorry tak blh nak beri link sbb kat opis ni FB kena block. Hehehe..
 
Dan kalau rajin pegi la studio Aliceshah tengok gambar2 kat sana & nak tengok package yg ditawarkan;
 
Aliceshah Studio
Fotografi dan Studio Pengantin,
Medaniaga Bakri,
Batu 6 Jalan Bakri
84200 Muar, Johor
Tel: 06-9863836 / 016-6465 279 (Rizal) / 016-6435 324 (Kak Alice)
 
Secara keseluruhannya, me dan husband sangat la berpuas hati dengan servis yg diberikan. Thanks Aliceshah.
 
 
with lurve,
riri


Monday, September 23, 2013

Button Badge

Presenting my Button Badge... Cewah..
Teringin juga nak sedara2 bergaya dgn my button badge sempena wedding me. So masa tengah melayari FB me pun terjumpa 1 FB page yg offer harga yg pada me GILA murah & Paling murah yg me jumpa setakat ni. 

Biasanya kalau harga murah mesti minimum order 50pcs kan... Yg ni pula 20pcs je minimum nye.
Hahhaa gila murah (pada me la kan)..
Button badge ni normal price RM 2.80/pcs. Me beli time offer RM 1.80/pcs. Hahhaaa..
Ada je yg offer harga RM1.80/pcs tapi kena order banyak dalam 500-1000pcs. 


Me order 55pcs.

Yg ni pula button magnet aka fridge magnet. Yg ni mahal sikit RM2.40/pcs. If tak silap me yg ni tak de minimum quantity. Me tak order banyak. Few pcs je.


Ni version yg nyata. Hehehe... My adik dah ambilkan dkt kedai. 
Cantik bila dah tengok dpn2 mata. Hehehe..


Ha, mesti tertanya2 kat mana me order kan? Hik hik hik...


Now offer dah habis kot. Heehee.. If nak dpt offer yg best dari Kad Kahwin - Amierieda Creative Art ni kena la LIKE fanpage dan selalu jengok2 page Amierieda ni.

Owh btw kad kahwin dari Amierida ni pun sangat la cantik. Design memang menambat hati ku! Cewaah.. Tapi me dah order kad me kat orang lain pula. Huhuhu.. ;(
 
Ok ni la gupe button badge tu bila my cousin & my auntie pakai...
 
 
Ok nampak tak bunga warna pink & kuning yg my cousin tudung biru ni pakai sebelah kiri gambar tu? Yg ada ribbon2 tu... Ok tu actually bunga penanggah. Hehehe... Me dah tak sempat nak snap yg dah letak duit sekali tu. Sib baik nampak sikit tu. Fuuhhh...
 
Ni lagi my auntie pakai button badge. Hehehe..
 
 
Kalau nak order button badge yg supper dupper murah ni. Kena like page yg me dah beri link kat atas tadi ye.. Dan tunggu promo dari mereka.
 


with lurve,
riri
 

Officially - H&W

Assalamualaikum....
 
Officially husband & wife on 14.09.2013.
Alhamdulillah.... Syukur, semuanya selamat dan berjalan lancar walaupun cuaca pada hari nikah & bersanding tu tak menentu.
 
 
Unofficial Picture from my OP. Ambil dari FB my OP.
 
Awwww... sangat teruja tengok gambar ni. Heheheh...
Honestly me nampak cantikkk terpuji diri sendirik! PENGSAN!.. Power of make up & camera tu...
 
Sangat puas hati dgn make up & gambar pada hari tu. Nanti later la me review ye.
 
 
 
 
 
with lurve,
riri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang