Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label RaMaDhAn. Show all posts
Showing posts with label RaMaDhAn. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Jemputan Berbuka Puasa


Sebelum me story lebih lanjut, me nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Harini dah 10 hari kita berpuasa. Rasa macam sekejap je.. tak sangka dah 10 hari kan. Eh..eh... ke me je yg perasan sekejap? Hehe..
 
Pagi tadi me dapat sms invitation dari my ex-boss. Owh...terharu gile bila dapat sms mcm ni.
 
 
Yg paling terharu ayat dalam sms yg last tu. "Sampai bila2 pun kita anggap Seri masih staf kita"
 
Ok bosss... Sampai bila2 pun saya anggap saya masih staff bos. Kalau macam tu hujung tahun agak2 boleh dapat bonus tak? Heehee..
 
Thanks bos sebab masih menganggap saya mcm tu. Btw my ex-bos ni dua2 (husband & wife) non-muslim. Tapi mereka tau apa yg boleh dan tak boleh utk org2 melayu & muslim dan adat melayu semua dia tau la sebab ada family mereka yg berkahwin dgn org melayu Islam. ... Dan, wife dia ni sangat fasih berbahasa Melayu dan... dia juga mengajar bahasa melayu utk expatriate. 
 
My ex-bos yg lain tak de pun treat mcm ni lepas dah berhenti. Semuanya bo-layan je. Hehehe...
 
Anyway... thanks for the invitation.
 
 
with lurve,
riri

Posted via Blogaway

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 1434H

Seperti yg semua sedia maklum, esok 10 Julai semua umat Islam dah start berpuasa bagi tahun 1434H.


Puasa terakhir me as a bachelor. Hahhaaa... Pas ni dah tak boleh nak sahur ala2 bujang sumbat apa je yg sempat ke dalam mulut sebelum waktu Imsak. Hehhee...

Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan sebaik2nya. Tingkatkan amalan2 sunat. Dan jgn lupa pergi terawikh ye. Setahun sekali je pun.. Sayang kalau di lepaskan peluang mcm ni kan...

Malam ni Terawikh 1st day. Jom ramai2 kita mengimarahkan surau / masjid.


with lurve,
riri

Monday, August 13, 2012

Ayu Raudhah pula bertudung

Alhamdulillah.... Lepas sorang, sorang artis yg d beri Hidayah utk bertudung..


Tengok, cantik kan ayu bertudung??? Nampak sweet je..




Ayu Raudhah artis yg ke-4 setelah Leeya, Shila Hamzah n Nurul Syuhadah bertudung dlm bulan Ramadhan tahun ini.

Menurut Ayu, dia memang dh lama berhajat nak bertudung cuma hatinya bru terbuka sejak balik dari umrah Ogos lepas. Dan suaminya juga menyokong perubahan Ayu.

Suka tengok makin ramai artis yg dah bertudung mcm ni...




p/s: info & gmbr dari MH Online


with lurve,
riri



Friday, August 10, 2012

Nurul Shuhada bertudung

Alhamdulillah... if tak silap me ni artis ketiga yang mula mengenakan tudung dalam bulan Ramadhan tahun ni. 1st and 2nd kt SINI.

Dan Nurul Shuhada yang ke-3


Alhamdulillah.. kalau tak silap Nurul Syuhada mula bertudung masa kemunculan dia di MHI semalam.



p/s; pic dari FB WHI




with lurve,
riri


Tuesday, August 7, 2012

Lagi artis bertudung

Alhamdulillah, sempena Ramadhan tahun ni ada artis yg telah diberi Hidayah oleh Allah s.w.t untuk bertudung.

1 Ramadhan hari tu me dgr Sharifah Aleya @ Leya, deejay radio hot fm tu.

*pic from beautifulnara*


Pagi tadi otw balik KL me dgr kt hot FM jugak, Sheila Hamzah dah bertudung bermula 15 Ramadhan hari tu.

Alhamdulillah...
Semoga lepas ni ramai lagi artis2 yg berhijrah pakai tudung. Satu permulaan yg baik.


*pic from beautifulnara*


*pic from beautifulnara*

Comel kan???

Menurut Sheila, pintu hati dia terbuka sejak 2 bulan yg lepas, dan pada 15 Ramadhan yg lepas baru dia betul2 pakai.

Lepas ni dia mesti jadi ikon artis yg pakai tudung sekarang mcm Irma Hasmie, Heliza Helmi, Diana Amir n ramai lagi...

Lagi gambar Sheila Hamzah bertudung di blog beautifulnara ye.




p/s: info dari berita hot FM, pic dari beautifulnara




with lurve,
riri



Monday, August 6, 2012

Cuti yang Istimewa

Yeay.. hari ni cuti lagi Sempena Nuzul Al-Quran.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.

Selangor, Kelantan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang & Terengganu je ye dear. :)


*pic:Uncle G*



Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.


Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.


Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.


Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


Me sambung cuti lagi kat kampung ye kawan2...
Ngeee.... @__@

Seronok cuti lama ye, pastu nak kerja liat. huhuhu....



p/s: info dari al-azim.com



with lurve,
riri


Friday, August 3, 2012

Happy!

Hari ni dah hari Jumaat, bersamaan 14 Ramadhan. Pejam celik pejam celik kejap je kan dah nak setengah bulan kita berpuasa...

sumber: shafiqolbu


Btw,  today nak balik kg. hik hik hik...
Excited sbb dari 1st day puasa lum pernah lagi sahur n berbuka dgn family kat kampung. T__T

Since me ada hal penting esok pagi, so me decide utk balik hari ni.
Dah minta permission dah dgn my bos nak balik awal dari waktu yg sepatutnye.
Alhamdulillah, my bos bagi.
Perkara yg me suka tntg my bos ni dia tak berkira pun..

Me cakap nak masuk opis awal hari ni sbb nak balik awal tp my bos kata tak pe, masuk je mcm biasa n boleh balik awal.

 
Seee??? Owh... bestnye...

Jumaat lepas, sehari sebelum puasa tu me ckp nak half day la kan, my bos kata OK. Yang pasti tak perlu tolak cuti. Huhuhu....

 
Me risau betul kalau dia kata kena tolak cuti sbb cuti tu dah budget2 utk raya n big day my sis nanti.






 
p/s: bos, ada bonus tak raya ni???

nota kaki: masih FOBIA dgn kejadian semalam




with lurve,
riri

Thursday, July 26, 2012

Menu Berbuka - Day 3

Erk, pagi2 lagi dah cakap tentang menu berbuka. Hehehe...

Hari ke-2 me sama mcm hari pertama. Makan kuih jer...
Huhu diet la katakan..

Tp bila masuk day 3 kena makan nasi la pulak.....

Sebabnye??? Tak de kuih. Hehehe... tak sempat nak pegi bazar beli kuih.

So, kena makan nasi...

My menu hari tu ialah nasi putih

+

siakap sweet sour

*pic: Uncle G*

Hehehe, bayangkan je la ye gupe siakap 3 rasa tu. Sebabnye time berbuka no hp / camera. Tak dan nak ambil gambar dah ngap masuk perut.

+

Brocoli celur

*pic: Uncle G*

Masa panaskan air utk celut tu me letak minyak masak sikit, so color dia memang cantik.. Tak de la nampak layu ke kuning ke hape ke...

+

Onion ring goreng.

Hehe, ni beli kt GIant yg timbang tu. Actually bukan onion ring pun. Tapi masa beli tu ingtkan onion ring. Bila dah ngap terasa ada sutun di dalam... Loorr, sotong ring rupanye. Hehehe..

1st time makan brocoli celur home made mcm ni. Selalu makan dgn chicken chop je kat kedai.

Ya Allah, terasa nikmatnye!!!!!!! Sedap sangat. Walaupun hanya celur.
Dan akhirnya mlm tu me tambah nasi 2 kali.


Aiiiyyookkkkk!!! Habis diet me....



p/s; ayor jgn tnye le ayor ape ye sbb hari2 menu air me ialah teh'o halia holiaw punye :)


with lurve,
riri



Sunday, July 22, 2012

Menu Berbuka - Day 1

Di kala tengah berusaha menurunkan berat badan sejak sebulan lalu, tak sangka bila puasa ni makan sikit pun dah kenyang.

Semalam ada mcm2 lauk pauk atas meja. Tp bila azan, me berbuka dgn kurma dulu ye.

Niat hati nak sambar laksa yg me beli kat bazar petang semalam tapi alahai sampai ke malam me tak makan.

Me makan popia goreng yg my auntie buat sendiri dlm 2 3 ketul.

*pic: Uncle G*

Popia intin telur + daging ayam + cili merah. Me cuma tolong gulung kan je
Tapi tak de la besar mcm dlm gmbr ni...  Gambar ni google jerk.
Popia tu shomel2 jer.. Tengok la sape yg gulung. Hehehe

Then me makan kuih wajib ada ni. Kuih tepung pelita paya jaras mari.

*pic:Uncle G*

Every Ramadhan memang akan beli kuih tepung pelita paya jaras ni kat bazar. Memang sedap sangat...
Yg ni me makan 2. Hehehe....

Then me makan ini pula,

*pic: Uncle G*

Kuih buah melaka. Yg ni me makan 2 ketul. Sekali ngap je ni terus hilang dari pandangan. hehehe shomel sangat.

Dan last sekali me makan kuih pulut bersalut serunding ni sejibik. Hehehe... 



Okey, then me minum teh o halia suam 1 cawan + air sirap 1 gelas.

Itu je pun, kenyangnye sampai ke malam.....




with lurve,
riri




Saturday, July 21, 2012

Her Birthday on 1st Ramadhan

Hari ini 1 Ramadhan bersamaan 21 Julai 2012 merupakan birthday my adik yang ke 24 tahun.

Selamat Hari Lahir yang ke-24 tahun utk the only my adik perempuan, Nurul Fatihah.
 Love u so much walaupun kadang2 banyak kerenah jugak. hehehe... 

Semoga panjang umur dan di murahka rezeki. 

Remember, this year merupakan last year berpuasa as a bachelor ye.
On 31st August 2012, you will be someone's wife.



Tieha & me, during cousin wedding.

Masa her convocation...
2009 ke 2010 tah, tak ingat la pulak. Hehehe


Muka budak2 lagi masa ni. huhuhu.......

Waaaa... sedih... T__T

Her wedding tinggal beberapa hari je lagi....

Bukan sedih sebab dia langkah bendul. 
Dah jodoh dia datang dulu, takkan la me nak halang lak kan...

Tapi me sedih sebab lepas ni tak dapat nak tido sama2 lagi... 

Tak dapat nak bergaduh rebut kawasan kat atas katil lagi...

Tak dapat nak bergaduh rebut2 bantal dan selimut lagi sebelum tido... 
 (walaupun dah besar me tetap suka gduh dgn dia sblm tido)

I will miss that moment so much.... T__T




with lurve,
riri


Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Diam tak diam sedar2 je dah masuk bulan Ramadhan.
Rasa cepat sangat masa berlalu....

Kepada smua umat Islam yg me kenal or tak kenal, sempena Ramadhan tahun ini me nak minta maaf kalau ada salah dan silap secara sedar atau tidak, dari hujung rambut sampai hujung kaki (huk huk dah mcm mintak maap raya pulok)

*picture: uncle G*


Dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H.

Marilah kita sama2 merebut peluang ini utk meningkatkan amal ibadah..
Pastinya bulan Ramadhan ini merupakan bulan yg istimewa utk semua ummat Islam.

Tetibe teringat kat arwah atuk...
Mknanye tahun ni tahun ke-2 tak dpt berpuasa dgn arwah (mood: sedih)




nota kaki: mlm ni jom pegi surau sesame... :)


with lurve,
riri







Wednesday, August 17, 2011

Rabu yg tak terkata-kata #2


pic; Uncle G

Arrgggghhh...... my bos tak masuk lagi + tak sign lagi borang cuti = picture kat atas ni

Tuesday, August 9, 2011

2nd aZaM tErcApAi JuA

Alhamdulillah.... hari ni 9.08.2011 me telah pun menerima my own car... Syukur...ni merupakan 2nd azam yg tercapai dlm tahun ni...dalam bulan Ramadhan lagi tu... bulan yg penuh keberkatan.... yg pertama kat SINI. semuanye d capai sedikit demi sedikit dan dgn berkat usaha dan doa.... since me kat KL, so mama, abah dgn tieha je yg pegi amek kereta tu kat Perodua.

Actually mcm2 dugaan dan cabaran utk dapatkan kereta ni dari start booking lagi sampai lah sumenye dh confirm... Masa mula2 booking me decide utk ambil Myvi Elegance Purple dgn no pendaftaran yg dah me pilih... Everthing okey n settle... Abah suruh ambil Myvi yg full spec (Elegance) sbb nanti tak la menyesalkan. dan abah juga cadangkan utk ambil wrna purple. Memandangkan me ni anak yg Solehah, me pun ambil la warna purple. Kebetulan Mr.S pun suruh ambil warna purple sbb dia tahu me suka warna purple.... ni kiranye me ni girlfriend yg solehah la ni kan... hehe.... okey2 sila tumbuk saya yg perasan ni..... dush..dush...dush... aiyyaaakkk...

Early July, my SA merangkap ex-SA utk mama (sbb dulu mama beli kete dgn SA yg sama - best services okey) cakap, if nak purple dia tak pasti dapat bila dan dia tak janji akan dapat no pendaftaran tu... Waaa... masa ni sedih wey.... sob..sob.... @__@ bengkak dah mata ni... huhu :P

Then, me dgn seBolat suaranye telah mendecide utk ambil color Ebony Black... Mr.S pun setuju.. pada me colour tak penting, leh paint semula (eerrkkk...tp sayang la dah byr mhal2 color nak repaint lak). Yg penting no pendaftaran tu....



dan ini lah dia.... huhu... tp ni gmbr google jer....  yg original tak dan nak amek lagi... jauh le... Alhamdulillah me dah terima Mr.M ni... Mama, thanks ye bantu me dan menyettlekan hal kete ni dari mula2 booking sampai la dapat hari ni....sbb mama je yg berurusan dgn SA tu... ulang alik dari rumah ke Perodua... jauh tu...  I owe you a lot.... Love you so much... Mmmmuahhh :* :* :*

Tadi me baca kat FB Perodua Myvi 2011 ada ura2 yg menyatakan color purple akan keluar pertengahan bulan ni... sentap dgr... waa... sedeyynye kalau ini benar2 terjadi..... apepun Black is the best (ayt nak sedpkan hati ni) :P




Friday, August 5, 2011

tEriNgAT mAsAkAn MaMa

Waktu berbuka ada dalam 5 jam lagi... tp tetibe tengah keje me tringt pula kat masakan mama.. yg paling teringt sngt sbb mama selalu buat menu ni bila time puasa.... lau tak puasa tak dapat la menu ni.... hahaha... iaitu... pecal jawa..... gluuppp.... telan ayaq liur jap...

pic; Uncle G

kepada sesiapa yg tak tau, ni la pecal jawa.... makan dgn kuah kacang... pppeehhh.... menyelerakan betul la......

Mama... sila buat pecal jawa ni dan pos kat sini tau..... if me ckp mcm ni msti mama ckp "lau nak makan balik la kampung"....ok fine... zaaaaasssssss me terbang balik kampung....  huhu.... ingt superman ke nak terbang2....  bukan tak nak balik, tp bulan ni kena saving utk raya.... hik hik hik... ada yg tak dapat duit raya tahun ni nanti... :P 

kat Bazar mana ada jual pecal ni??? area KL?? nak yg sedap tau... dan yg penting kuah kacang kena sedap... sbb me adalah..... HANTU kuah kacang.. nggeee..... @____@

p/s: Mr.S sila sediakan duit raya utk me nanti ye

Tuesday, August 2, 2011

1st TiMe PuAsA

Alhamdulillah.... dah masuk pun bulan Ramadhan.... tak lama lagi Syawal.... hik hik hik... baru 2 hari puasa dh ckp tentang Syawal... D kesempatan ini me nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam... dan me juga nak minta maaf sekiranye ada entry tau kata2 yg kurang sopan dan telah menyinggung perasaan anda sume....  sepatutnye semalam post entry ni tp d sbbkan kebusyian yg melanda + my bos ada kot office so tak de can la nak wat entry ni 1 Ramadhan... 2 Ramadhan baru sempat...


tajuk nak gempak jer kan... ishh.... sbnrnye thn ni me 1st time berpuasa dgn blog ni... hehe....b4 ni tak de blog... hahaha.....

so, marilah kita sama2 menambahkan pahala kita d bulan puasa ni yer.... bnyk2 la bersabar.... Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadhan ni diterima oleh Allah s.w.t

syaitan2 dah kena rantai ni... so skrg kita leh tau samada selama ni memang perangai azali kita mcm tu tau pun bisikan syaitan... compare kan sikap @ perangai masa bulan puasa dan bulan2 yg len.... if sama je... confirm memang tu perangai sendiri.... if berubah, tak cepat marah ke ape ke, mknanye selama ni d pengaruhi oleh syaitan... wah...bg tazkirah pulak... errkkk paham ke pe yg me ckp ni? me tengok mcm belit2 jer... huhuhu...

p/s: mlm td me pegi terawikh tau... :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang