Tawaran Hebat !!!

Wednesday, October 31, 2012

Korban kami 1433H

Rasa mcm dah lambat je tapi nak ucap juga Selamat Hari Raya Aidiladha.
Fuhhh.. yg blk kampung mesti merasa jln jammed kan... Termasuk la me. Kih kih kih..
 
 
Alhamdulillah raya tahun ni kami 1 family dapat melaksanakan ibadah korban. Kami buat hari Jumaat tu juga sbb esoknya asik me tak de...
 
Ini lah lembu yg kami korbankan..
 
 
Bermesra kejap... Adik me kata lembu ni menangis. Wallahualam...
Tak dpt d pastikan kebenaran kata2 adik me tu... huhu

 
Time ni dia dah mengganas. Sbb turn lembu kami ni kedua. So dia dah nampak la 1st lembu yg kena korban tu. Ni adik me yg no.4 tngh pujuk la konon2nye.

 
Nak juga berposing dgn senarai nama kami sekeluarga.

 
Time ni lembu tu me tengok dah redha je...

 
Uhuk uhuk... masa ni me sedih.... Rasa sayu je hati bila tengok lembu ni nak d korbankan.
 
Tibe2 teringt peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yg sanggup menyembelih anak kesayangan baginda Nabi Ismail AS.
 
Tapi dlm pada masa tu boleh pulak tering juga kes2 org yg mati kena sembelih tu...
 
Ya Allah.... seriau rasa.

 
Setelah di sembelih dan dilapah...
My abah gantung dulu sebab nak pegi sembahyang Jumaat. Lepas sembahyang baru settle kan semua.

 
Daging2 yg dah di timbang dah di bungkus untuk di agih2kan.

 
Pernah jumpa tak org bagi salam hantar daging korban "perempuan"???
Ha, ni la yg me lakukan dgn adik me yg no.4 tu.
Me bawa moto, dia yg tukang bg salam and beri daging korban tu.
Kelakar pun ada. Tp nak buat mcm mana kalau me tak tolong tak de sape pun yg nak buatkan.
 
 
Dah habis naik motor ni naik kereta pula... Kebetulan nak bawa my nenek sekali. Nak singgah rumah my nenek sbb nak ambil barang.
 

 
Mlm tu kami buat kenduri kecil2lan je. Adik beradik my mom je.
 
Hari jumaat tu me memang penat gile.. Dari pagi buat keje sorang2 sampai la malam.
Ni la perkara yg tak best lepas adik me dah kawin.
 
Seeeeee.... me kena buat sensoang sbb dia dh balik rumah mertua. Maklum la adik-beradik perempuan 2 org je. Geram pun ada tapi nak buat mcm mana...
 
Ish tetibe nak suruh mak lahirkan adik perempuan lagi!!!!
 
 
 
nota kaki: semoga ibadah korban kami sekeluarga pada tahun ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin....
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 


Thursday, October 25, 2012

Ish kenape ni!

Tadi me buka email. Then me dapat email dari Nuffnang. Hati dah berbunga2 la sbb tngh tunggu cheque yg cash out bulan lepas.

Tup2 bila baca terus bengang...


See??? My cashout request kena reject. Owh kenape kah??
Setelah sebulan me request baru hari ni dia bgtau. Geram betul la... Kiciwanye!

Me dah la plan nak guna duit ni utk beli hadiah wedding kawan2 me yg ramai betul kawin bulan November ni.

Geeeraaaammm nye... Tp me dah antr ticket dah tnye kenape.
 Aje pelik bin ajaib betul la kena reject ni.

Terus cek account Nuffnang, memang dia org dah creditkan balik dh duit yg me cash out kan tu.

Cek BE, ada 1 BE yg tengah berenang2 kat blog.
 
 
 
 Terubat la sikit kegeraman tu! Tapi still geraaammm.
 
Fuuhhh.. tak pe, sabar2...
 
 
p/s; mood dah kelaut ni... hati dah kat kampung
 
 
with lurve,
riri


Wednesday, October 24, 2012

ww #26 - triplet

 

 
 
boleh pula TER parking sama2..
erk... bontot sape paling cantik? Hehehe...
 
 
with lurve,
riri

Tuesday, October 23, 2012

World Walking Day

Tadi ternampak iklan tentang World Walking Day by Nestle ni.
 
Huhu... rasa nak joint la sekali sekala aktiviti sihat mcm ni... Dah lama tak berjalan mcm ni.
 
Walking je pun bukan running kan.. 5,000 langkah.
 
 
Tapi.... aduh, kenape la buat minggu ni, bukan minggu depan????
Minggu ni kan raya Haji. Confirm2 la ramai yg blk kampung especially Malay. Adooooiii!
 
Tengok tentatif dia pun okey je. Mcm santai gitu...

 
Yg pasti free entrance + breakfast + lucky draw lagi tu and t-shirt. Hehehe...
 
Sape yg tak blk kampung, and berminat nak join aktiviti ni boleh la tengok details kt SINI ye.
 
 
 
p/s; nak join ke tak nak join ke tak.... adoiii... kampung, here i come. kah kah kah...
Info dari Nestle
 
 
with lurve,
riri
 
 


Monday, October 22, 2012

PE3 ape tu?

Actually PE3 ni tajuk filem aksi komedi terbaru arahan Farid Kamil. PE-3 bermaksud plan no. 3.
Baru je pun di tayangkan khamis lepas.
 
Pelakon utama cite ni; Farid Kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Tai, and ramai lagi...
 
 
 
Me tak tau pun tentang filem ni. Yg me tunggu2 skrg ni filem "Ape Celop Tooq". Tngk iklan mcm best jer.
 
Oppps walaupun tak tahu me dah tengok dah PE3 ni last week. Hehehe... Tu pun Mr.S yg ajak.
 
 
 
 
Penggambaran cite ni d buat kat Penang. Ada juga part yg kelakar pecah perut la.
 Nama pun aksi komedi kan, mesti la kelakar. Mula2 me mcm pelik je kenape Fumi (Kamal Adli) tu dengan relanya masuk group dia org. Skrg me dah tau. Hehehe... Nak tau kena la tengok ye :) 
 
 
If tak silap me ni filem terakhir Diana Amir berlakon sebelum berhijab.
Hrmmm skrg me tau kenapa Diana Amir tak dtg masa preview tayangan tu...
 
 
Sinopsis PE3
 
PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.
 
Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka.
 
Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat.
 
Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.
 
Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang.
 
Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 


Friday, October 19, 2012

Levi's - Tapper

Alhamdulillah... Rezeki Oktober...
 
 
 
Baru muncul rasanye. Sbb sblum tu cek tak de pun..

 
Neway thanks Nuffnang :)
 
 
p/s; still waiting cheque yg dh me cash out kan end of last month
 
 
 
with lurve,
riri




Thursday, October 18, 2012

Guetbook corner

Actually entry ni sambunga dari entry guestbook hari tu.
 
Masa tu me terlupa nak ambil gambar kulit depan guestbook dan guestbook corner. Nasib baik dlm gambar yg my OP bagi tu ada gambar2 ni semua.

Erk... betulke dah boleh mengundi ni?
 
Actually OP tu OP my adik. Me hire sekali utk majlis me. Senang :)
 
Okey ni cover dpn guestbook. Sesimple yg boleh. Erk tp tak pasti sape yg menambah bunga merah pink kat bucu atas tu...
 
 
Ni la hasil dari keje2 menampal kat entry guestbook yg lepas.
 
Ni la guestbook corner yg me lupa nak ambil gambar tu.
Sesimple yg boleh.
 
 
Sbbnye me tak blh nak bg full commitment nak siapkan corner ni.
 
Busy dgn my engagement preparation lagi.
 
Kebetulan meja tu ada n kosong. So me guna kan je la. Meja ni meja spare dinner letak kat main hall.
 
Disebabkan berat nak mampus sbb dari marble, so letak kt luar pintu utama je la.
Kalau nak angkat 4 orang memang blh terputus urat kentut tau tak. Memang tak bergerak meja ni. At least kena ada 8-9 orang nak angkat meja ni. Tu kalau perempuan le..
 
Okey ni yg me sempat siapkan.
Bunga lavendar purple tu pinjam mak punye. Me punya hb pun leh jadi letak kat situ. Hehehe...
 
 
Bekas pensel tu gelas coca-cola dari McD. Me punye syg gelas tu dia org leh gam2 pulak keliling dia mcm2. Adoi...

 
Me yg konon2 tengah menulis ucapan utk pengantin...


 
Hehehe... Alhamdulillah... everthing goes well on that day. Syukur...
 
 
 
with lurve,
riri
 


 
 
 
 











Wednesday, October 17, 2012

e-day review - Hantaran

Ingt tak hari tu me ada post DIY felt flower early oct hari tu?
Tak ingt meh tengok kat SINI.

Actually semua bunga2 tu untuk my hantaran.... Hehehe...
 Skrg OP dh bg gmbr so boleh la buat entry. Gile lambat btl habiskan entry bertunang.

Memang sesuatu yg gila sbb dh la tak cukup masa tpi sempat lagi tu nak buat bunga felt ni.

Sirih junjung.
Inspirasi dari keratan akhbar metro pd 28.07.2012 dari Simple Aje Hantaran.

 
Dalam keratan akhbar tu siap ada tutorial lagi. Tak serupa pun sbb bunga beli tak banyak. Lebih kurang pun tak pe la. Hehehe... Btw me suka color bunga roses tu.
 
Blueberry cheese cake in the house. Cheese cake ni me order je.

 
Kemeja, slack and kain pelekat.
Yg nampak cuma kemeja je sbb yg len2 tu kat bawah.
 
 
Perfume..

 
Buah-buahan

 
Tasbih, songkok and sejadah.


Cokelat... Mr.S nak sngt cokelat ni so me bagi 3 boxes terus.

 
Belt and wallet.

 
Actually last dulang ni me tak tau nak letak ape. Kbetulan pg sblm tu me pegi bakery ambil cake hantaran my adik. So me beli la fruit tart dgn cheese tart. Hehehe...
 
Ingt nak tempah kuih lagi tp dah tak dan....

 
Last but not least.... 9 dulang kesemuanye...
Setelah tukar2 dulang...

 
Dan hantaran ni semua adalah hasil gubahan dari tangan my mak tam.
 
 
Me cuma jahit felt flower tu, gamkan base gabus bulat tu dan belikan yg lain je :)
Dan me masih hutang mak tam nak bagi dia pomander ball dari felt flower :p
 
Selain buat hb utk adik me nikah mlm sblm tu,
 
 
Me juga buat hb utk me... Pehhh... gile felt masa tu. Keje memborong je...
 
 
Dan me sngt suka dgn HB tu... Ye la menghargai ape yg me buat sendiri kan...
 
 
Jom mengundi... <== tetibe je.. hehehe
 
 
 
with lurve,
riri
 


Friday, October 12, 2012

Its Free :)

Selalunya bila kita buat interbank transaction dari bank A ke B mesti ada bank charges kan? Tak boleh ke FREE je? hehehe...
 
Contohnya bila tak jumpa ATM's machine, terpaksa la pulak keluarkan dari bank lain. Dan2 kena transaction fee kan.
So far me pernah jumpa RM1 la.
 
Tapi bila dah banyak kali tak ke beringit2 rugi? Me paling tak suka ni. Dan me akan cari juga bank yg me nak tu sampai dapat. Its Free :) cuma kena usaha lebih sikit.
 
 
Utk yg suka shopping online mcm me ni opkos la kena transfer duit utk payment. Dan tak semua seller guna bank yg sama mcm kita. Dah kena buat transfer to other bank account. So far yg ni me pernah jumpa bank A tu RM1.50, bank B tu RM 2.00. See?? mahalkan...
 
 
FREE MEPS withdrawal, tak kisah pegi la cucuk kat mana2 ATM's machine pun.
FREE fund transfer to bank lain. Yeay, ini best!
 
Cuba kira berape banyak kita boleh berjimat :)
 
 
 
Huhu, ape lagi jom la sign up :)
 
Nak tau lebih lanjut tentang offer dari Standard Charted Bank ni, boleh tengok kat link bawah ni;
 
 
 
 
 

Thursday, October 11, 2012

Plasmacluster. Wanna have 1

Bila keluar dgn Mr.S mmg mcm2 tmpt kita org pegi.
 
Dia pula nak beli tower fan uk bilik dia. So, ape lagi, sesi cuci mata kat kedai brg elektrik la...
Kita org survey2 kat area Pucong.
 
Then mata me terpandang kat Air Purifier Plasmacluter hanya dari Sharp ni! Cewah dah mcm lagu pulak. Selalu tngk iklan kt tb je.
 
 
 
Harga utk air purifier ni bermula dari RM699. Ada banyak model dan specifikasi pun berbeza mengikut model. Yg besar ni sesuai la nak letak kat ruang tamu or bilik kan.
 
Fungsi utamanya ialah untuk memastikan udara di persekitaran kita sentiasa bersih dan segar. Dan yang bestnye air purifier ni boleh menghilangkan bau yg tak sedap kat dlm rumah daaaannn boleh mengurangkan habuk.
 
Dan lagi..... ianya blh membantu melembapkan kulit dan rambut kita. Aaauuuuu.... Kurang la beli losyen dn perapi rambut pas ni. Hehehe....
 
Btw, air purifier ni ada mcm2 size. Yg dlm gmbr ni utk kereta price dari RM499.
 
 
dan ini... Ni hrrmmm tak sure sesuai nak letak kat mana. Tp i think kat cubicels kat opis pun okey ni. Comel lote je ni... Hehehe...
 
Me rasa nnti ada rezeki lebih nak grab 1 la air purifier yg besar tu utk my family. Hehehe... Dan 1 lagi utk letak dalam kereta....
 
 
Nak tau tntg produk2 dari Teknologi Plasamacluster dari Sharp ni boleh la tengok kat;
 
*wink wink*

 
 
 
with lurve,
riri


 
 
 


Double Down!

Bila ada adv tentang makanan baru suke bebenor terpengaruh.
 
Kali ni dari KFC pulak. Dah ajak Mr.S makan Zinger Double Down tu tapi dia tak nak. Dia memang tak minat sangat dgn KFC. Tapi me??? Semua me belasah je. Hehehe...
 
Sanggup tu pegi cari KFC during lunch time semata-mata nak beli KFC Zinger Double Down ni. Tp me tapau mkn kat opis. Hehehe...
 
 
Taraaa.... KFC Zinger Doubel Down in the house office!
 
 
 
Daging ayam, cheese sauce, mayonis, zinger fillet, sliced cheese, daging ayam... wahhhhh...
 
Penuh mulut tau.

 
Yang pasti sedap oi. Kenyang makan ni je.
 
Btw me beli ala carte je. Price RM 8.90 with tax. Harga utk combo tak pasti la tp dalam RM 10++.
 
Sape2 yg tak try lagi, mesti try tau.. Sedap makan time panas2...
 
Nak tau lagi tentang KFC Zinger Double Down tu dan video iklan boleh tangok kat link ni;
 
 
 
 
with lurve,
riri




Wednesday, October 10, 2012

Puding roti chocolate chip sedap

Yeay, last week rajin bebeno nak menerai resepi baru puding roti ni.
 
Selalu buat resepi biase je.. Yg ni ada tambah choc chip dan len2 lagi..
 
Choc chip yg dah melt...  Gile sedap sbb bila gigit2 tu tergigit choc chip... Huaaaa... Nyum nyum...
 
 
Makan dengan ice cream lagi la meleleh wei....
Sedap sangat... Me buat jumaat petang, by sabtu dah habis dah puding roti ni...
 
Sblm tido me ngap, esoknye breakfast me ngap lagi, lunch pun ngap juga walaupun dh makan nasi..
Hehehehehe... dasar peng"ngap"..

 
Untuk resepi ni blh la pegi kat blog kak Ana Suzana yg fofular tu.
 
Tak payah nak compare kan denga rupa puding kak ana ye. Sbbnye tersikit pula beli choc chip tu. So tak dpt la nak tabur2 kt atas dia..
 
 
Sape2 yg dah terliur tu pegi la try ye... Senang jer resepinye..
 
with lurve,
riri
 
 
 
 


Tuesday, October 9, 2012

Breakfast yummy

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
 
Hari ni korang breakfast ape ye? Hari ni happy sbb dah jumpa menu breakfast yg me rasa blh tahan dalam seminggu dua je dengan tekak ni. Hehehe... Sbb nye me ni cepat buhsan...
 
Ni dia Oat cookies dari quaker. So far yg me tau ada 4 perasa. Oat cookies with cinnamon, raisins,honey nuts and chocolate chip.
 
Me pilih Oat cookies with chocolate chips dan oat cookies with honey nuts.
 
Dalam  1 kotak ni ada 6 individual packs.
Dalam setiap pack tu ada 3pcs cookies.
 
 
So far me dah try yg perisa chocolate chips. Sumpah sedap!!! Selalu yg jename2 quaker ni tekak me tak boleh nak terima. Nak2 quaker oat tu. Hehehe...
 
Tak sabar nak try honey with nuts pula.
 
Td breakfast me ambil 1 pack cookies dgn 1 mug milo. Alhamdulillah kenyang...
 
 
1 kotak ni tak mahal pun. Me tak pasti harga sebenar berape RM tapi yg me beli ni 1 kotak RM 6.50 buy 2 kotak for RM 10.00. So harus la me beli 2 kotak terus. Hehehe...
 
 
p/s; kat tempat lain tak tau pula berape RM.
 
 
with lurve,
riri
 


Monday, October 8, 2012

Hantu Kelakar

Oppps tajuk... hehehe...
 
Ni cite yg dah berminggu-minggu...
 
Sejak 1st time pegi tengok wayang hari tu tetibe addicted pula. Hehehe... Dan rasanye bulan Oktober ni banyak cite2 yg baru keluar.
 
Hantu kapcai antaranye;
 
 
Gandingan zizan dan fizz fairuz memang kelakar la...  Tapi cite ni utk 18 tahun ke atas je tau. Tak de la teruk mane pun. Cuma ada perkataan / ayat 18 je dgn scene Fizz Mandi... Rasanya tu je :)

 
See... kita org tengok on sept, oct baru nak buat entry. Nasib baik la x de bau. Kalau tak busuk la blog me sbb entri basi. Hehehe...
 
Sinopsis Hantu Kapcai  (kredit to ammboi.com)
 
 Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.
 
Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.
 
Nak tau ending dia, berjayakah Akim melunaskan hutang tu, kena la tengok. Hehehe...
 
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang