Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Wedding Junaidah

Assalamualaikum... Lamanya tak terjah blog sendiri. Fuuhhh.. kebusyan melanda dgn kerja + wedding preparation lagi. Adeh... semput... Ada assistant pun tak blh nak harap sngt. Masih kena monitor dia lagi walaupun dah kerja masuk 5 bulan. Bkn susah sngt pun admin je kot tapi me tak paham kenapa dia lambat! Menguji kesabaran juga kengkadang.

Eh... ke laut sudah... Actually me nak buat entry tntg wedding cousin me hujung May haritu. Ha, dah nak sampai hujung Jun dah baru nak buat entry.

Moh layan gambar ye...



Dalam senyuman ada debaran.. Ni pengantin bukan tido ye. Mata pengantin kecik sangat tu yg dah nampak mcm tido je tu.


Setelah selesai...


Sementara tunggu pengantin salin baju utk berinai sempat lagi tu bercamwhore dgn my adik.




Keesokan harinya bersanding pula. Habis me pulun dalam 1 entry. Malas nak buat 2 3 kali. Heheee...

Pagi2 lagi my mom dah buat breakfast mi sup. Peeehh terangkat air tangan my mom. 


Me tambah 2 kali pagi tu. Balik dari kenduri sambung lagi. Hahaaa...







Her whishing tree...




Semoga my cousin Junaidah & Ikram kekal bahagia selamanya till Jannah.
Aminnn...


p/s; gambar tak clear guna hp je malas nak usung camera. heheee...

with lurve,
riri

Thursday, May 9, 2013

Nikah, berinai, bersanding, bertandang..

Skrg dah May, baru nak story cite bulan April. Dah nak sebulan kot me dok peram cite ni. Hehehe...

Entry ni me sekalikan dari majlis nikah, malam berinai, bersanding and bertandang. Opkos la bila dah buat entry combine mcm ni gambar pun harusla yg selected je me tepek. Hehehe....

Ni wedding my cousin belah abah. Wedding antara Sally (salasiah) and Azmie ni berlangsung pada 12&13 April 2013. Hujung minggu ni dah sebulan.

Majlis akad nikah;


Time ni pengantin lelaki mesti berdebar. 
Tak kurang juga dgn pengantin perempuan....


Alhamdulillah dengan sekali lafaz je...


Hantaran dari pihak perempuan....


Malam berinai bersongket hitam dan bersanggul lintang... At first me ingtkan sanggul tu berat.. Rupanya sekarang punya dh ringan kot... 


Keesokan harinya pula.... Me cukup tak paham apasal bila suh amek gmbr ni adik me ni mesti amek dari tepi. Mati2 me ingtkan nampak muka me dari depan.


Personally me rasa gambar pengantin ni paling the best la yg me amek. Hehehe... #perahsan!





Keesokan harinya (Ahad) rumah lelaki pula... 
Untung la kan jodoh dapat org dekat.. Dekat sangat ni... Sampai 15kereta yg dtg utk hantar rombongan ni. 
Huhuhu.... Bridal pun ambil yg sama masa kat rumah perempuan. 

Senang mcm ni... satu minggu dua2 belah settle. Tak payah nak worry lagi.

Owh masa ni hujang rintik2... So me pun malas nak usung camera kesana sini. So guna hp je la ye...


Kasik zoom siket...


Yeay, sama cantik sama padan...

Feb - Lyn & Husband Done!
April - Sally & Azmi Done!
April - Nazira & Husband Done!
May - Junaidah & Ikram
Sept - Me & Me
Oct - Ieda & Nuar


Wish both of u happy marriage and have a happy family till Jannah. InsyaAllah...

note; bridal Melissa Bridal, Muar.


with lurve,
riri

Tuesday, November 27, 2012

Wedding di Utara

Ni sambungan entry yg INI.
 
So minggu2 terakhir cuti nak habis me and my family pg ke Kedah. Ada kenduri kahwin cucu my abah. Me pula mak cik dia okey! Kah kah kah.... Kelakar pun ada...
 
 
Dari sini la baru me tau kenapa la my abah duk Melaka tapi ada family2 / saudara yg duduk utara. Sekarang semuanya dh terjawab.
 
Rupanya kenduri kat Kedah ni lambat. If kat kampung kita org dalam pukul 10 lebih 11 dah ada org dtg. Tapi kat Kedah ni lambat. Kita org sampai dlm kul 11 pagi. Memang tak de org pun. Sunyi je mcm bukan kenduri kahwin pun. We all la tetamu jauh dan we all la tetamu 1st yg sampai. Hehehe...
 
 
Bila makanan dh terhidang kami pun tanpa melengahkan masa terus serbu. Hik hik hik. Sebenonye lapar lepas dh merayap kat Bukit Kayu Hitam tu.
 
Okey ni my pinggan! Gile penuh...
Memang dah tak kisah nak diet bagai dah.
 
 
Sedap oooiiiii!
 
Lepas dah habis 1 pinggan tadi, me suruh adik me pegi ambil lauk ni je.
 
Suluh keladi dgn kerabu mangga. Me tak pastu suluh keladi tu dia masak ape sbb rasanya mcm kuah laksa.
 
Sumpah sedap oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Tak pernah lagi me jumpa. Tu yg makan sampai buncit perut.
 


Love both of them sooo much <3

 
Pengantin bersanding pukul 2. So lepas mkn kami masuk ke rumah pengantin utk berehat.
Dalam pukul 1 ada hidangan lain pula. Laksa!
 
Hoooi yg ni pun sedaaaappppp!
Adeh... me makan kat situ punye banyak sampai malam me kenyang. Hehe tak senonoh perangai.
 

Okey, ini la pengantin. Yg lelaki tu la cucu abah...
Merangkap me punye anak buah...  Adehh...



Bila tak dtg, tak tau kan. So bila dh smapi sini baru la me tau cerita2 sebenarnye.
Ape da.... kena pg dulu baru tau cite. Tk pegi x tau.

Photgrapher yg ambil gmbr ni kecik, so gmbr semua dari tepi je. Me malas nak keluar dari rmh tu nak ambil2 gmbr. Pemalu... kah kah kah... sbnrnye dah tersadai kekenyangan!


Ada persembahan silat dari murid2 sekolah menegah. If tak silap anak buah abah / ayah pengantin tu cikgu sekolah... ke mak pengantin yg cikgu sekolah eh?? adeh... tak ingt la!



Nampak tak camerawomen tu?
Gmbr kt atas tu nmpk la sikit2 muka dia... Nanti me story kenapa dgn dia.


Masa makan time...


Ini adalah situasi di mana my mak cik berjumpa saudara jauh...

 
Okey bergambar dgn pengantin.
Actually me nak menyelit sekali kat sini.
Tak pernah oo ambil gmbr reramai mcm ni... So ingt nak menyelit. Sekali me minta la camerawomen tadi tu tlng ambilkan gmbr.
 

Pastu dia cakap dia cuma ambil gmbr pengantin sahaja. Helloooo me nak minta tlng ambilkn gmbr guna my camera la, bkn your camera. Dan me nak ambil gmbr bersama pengantin. So tak kan la camera ko tu focus kat pengantin 2 org tu jer, yg sebelah2 tu ko buat tak nampak ke ape???

Geram betul. Ada another cameraman la. Tp maklum la me shy shy cat la nak minta tlng lelaki tu.
So since ada camerawoman me minta la tlng. Lagi pun camera dia guna sama seketul mcm yg me pegang! Cma tak de la flash JCB kat atas tu (ni nama yg adik me letak) hik hik hik...

Me heran btl la. Kt majlis lain me pg OP dia org sume baik2, blh je nak tlng ambil kan. Tak de masalah ape2 pun.
 
Ni pn salah satu tips yg me baca if nak hire OP utk majlis kahwin. Cari yg friendly dan tak mengutuk customer di belakang.
 Mayb camerawoman ni datang bulan kot. Hahaha...

So malas nak laya dh terus tak de mood nak bergmbr reramai.
Ni cameraman kecik yg ambil gmbr. At least nak juga tlng org kan.

 
Muka tahan panas....
With my cousin yg akan berkahwin tahun depan. Adeh, seperti tahun ni, tahun depan pun berderet cousin yg akan berkahwin.
 Oppps baju yg sama la mcm majlis rumah olin haritu. Hehehe...
 
Lepas majlis dalam pukul 3 lebih kami beransur pulang....
Family my mak andak dgn pak lang balik keesokan harinya, Ahad sbb dia org nak berjalan2 lahi jumpa saudara yg lain.
 
My abah memang tak sanggup tinggalkan anak2 dia yg banyak kat belakang rumah tu lelama. 
Me pun tak sanggup nak balik ahad sbb Isnin pagi dah nak balik KL, keje.
 
Awan dah gelap je... Dalam perjalanan hujan renyai2. Alhamdulillah la tak lebat, renyai2 je.
 
Sedikit takut kalau lebat sbb masa my mama dgn abah jemput me balik dari Kedah tahun 2005 dulu, cuaca sngt la buruk. Hujan lebat. Pemandangan pun tak nampak. Putih je... Cuak juga la. Dah la jln tu sngt la scary dgn bukit, dgn bengkang bengkok nak2 b4 smpi terowong tu dari utara. Seraammm...
 

 
Dari Kedah sampai Butterworth me terlelap. Bangun2 je cari makanan nak mengunyah. Buhsan kan. Hehehe...
 

 
 Ni dia... kerepek labu. Sedap oiii... Beli kat bazar air hitam pagi tu. Dah tinggal sikit dah me kunyah. Hehehehe..
 
Adeh, semua makanan sedap!
 
 
 
with lurve,
riri
 


Thursday, November 22, 2012

Friend Wedding - Olin

Hari Sabtu 10.11.12 me pegi wedding kawan me kat Senawang, esoknye 11.11.12 me pegi Bukit Kangkar, Muar pula. Kalau ikutkan ramai je yg kawin tarikh ni. Tp sbb jauh2 so tak dan la nak pg. Yg mana boleh je pg.

Ni wedding Olin, my friend juga masa matrix and masa UiTM dulu.

 
Nasib baik olin ni duduk. Kalau berdiri, punyalah tinggi....
 


Olin & husband nikah mlm sebelum tu. Ramai betul berebut tarikh 10.11.12 tu ye.

Last year ramai berebut tarikh 11.11.11.

Agak2 tahun ni ramai juga ke yg mengabdikan tarikh 12.12.12 eh...

Me tak tunggu sampai olin bersanding. Sbb me ada plan lain dgn my mama dgn abah. So, lepas makan, ambil gmbr dgn pengantin terus balik.


Gambar2 ni me ambil dari FB olin. Huhuhu... Ada juga nak di tepek kan.


Bertemu di UiTM...


Selamat Pengantin Baru ye Olin...


Semoga Berbahagia Selalu....


 
with lurve,
riri

 


Wednesday, November 14, 2012

Friend Wedding - Nadiyah

10.11.12 dan 11.11.12 ni ramai betul yg merancang utk mendirikan rumah tangga.

Tak ketinggalan my best friend masa matrix dulu Nadiyah Nadir. Dah lama tak jumpa, tup2 dia nak kawin dah.

Alhaldulillah me selamat sampai kt rumah dia dalam pukul 12.45 gitu. Tak sangka jalan jem dari Bandar Putra Mahkota sampai ke seremban rasanya.

Sampai2 terus jumpa pengantin.. And terus ambil gambar.




Lepas mkn cpt2 me ambil gmbr pengantin... Sbb nak gerak balik dah.



Ini doorgift yg me dapat. Love it! Sume makanan. Hehehe...


Suka dgn kotak ni. Cantik.


Selamat Pengantin Baru Nad and Husband. 
Semoga bahagia selalu dan kekal selamanya.


p/s; entry dari kampung. hehe



with lurve,
riri





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang