Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Final Post - PTPTN

Harap2 ini adalah entry terakhir utk ceritaku mengenai PTPTN ni.
Akhirnya yg ditunggu telah tiba....


20% discount on my full settlement of PTPTN dah dibayar balik.
Me tak ada buat sebarang call / follow up selepas entry me yg INI.

Tiba2 bila me cek my bank account and tengok ada amount ni floating. Bila cek dgn entry yg kat SINI, amount dia sama. So memang PTPTN dah pulangkan duit dah. Cuma mengambil masa dalam 2 minggu selepas me dapat email tentang SPH tu. Kira cepat juga la kan processnya.

So berakhirlah kisah me dgn PTPTN. Yeaaayyy!!! Bebas dari hutang..

Dah pinjamkan, so menjadi tanggungjawab kita sendiri utk bayar apa yg kita pinjam. Dalam Islam pun sendiri menyuruh kita bayar balik hutang2 kita. Sehinggakan bila kita mati pun, org yg kita berhutang blh tuntut hutang simati dengan waris2nya...

Tiada apa yg percuma....


p/s; kalau ada yg salah tolong tegur ye ;)


with lurve,
riri



Friday, April 19, 2013

PTPTN - SPH

Alhamdulillah hari Jumaat yg barokah, ada berita gembira nak d kongsikan bersama...
 
Semalam petang me cek email. Then nampak email dari nama yang tak dikenali. Bila buka buka email tu....
 
Nah ambil ni;
 

Surat Pelepasan Hutang (SPH) me dah otw! Maknanya me bebas hutang dari PTPTN ni. Hahahahaha (gelak jahat) puas hati me.
 
Erk tapi tak puas hati lagi ni, belum pasti btl ke tak ni... So meh kita cek surat yg dia attachkan.
 


Owh confirm la! Ok puas hati :)
Hrmmm tapi macam tak je. Ada satu lagi kena cek ni...
 
 
Okey ni betul2 puas hati sebab acccount me dia orang dah buat pelarasan. Yeay!
 
Tapi me tak pasti duit tu bila dia orang nak transfer sebab semalam dgn today me dah check account masih tak de sebarang bayaran balik lagi. Mayb ambil masa 2 - 3 hari kot. Tak pe next week boleh check lagi.
 
Nak tau macam mana me blh terjebak dgn PTPTN ni boleh refer kat entry NI
 
Siapa2 yg berkemampuan nak buat full settlement baik la buat sebelum offer tu tamat ye. Rugi besar kalau tak settlekan.
 
Nak tau kenapa me cakap macam tu? Jom kira sesama apa yg me bayar;
 
Jumlah Pinjaman sebenar (1 sem) = RM 3,250.00
Baki pinjaman setakat 31.01.13 / Jumlah dibayar = RM 3,692.92
Discount 20% ke atas baki pinjaman setakat 31.01.13 = RM 738.58
(ada perbezaan 0.09 sen tu me tak pasti pula macam mana dia org kira)
 
Jumlah sebenar yg me bayar = RM 3,692.92 - 738.58 = RM 2,954.34
 
Perbezaan Jumlah Pinjaman dgn Jumlah sebenar yg me bayar =
RM 3,250.00 - RM 2,954.38 = RM 295.66
 
Nampak tak?? Untung berganda-ganda oooo....
 
1. Untung sebab me bayar pinjaman kurang dari jumlah apa yg me kena bayar (jumlah asal + kos pentadbiran = RM 3,692.92)
 
2. Untung sebab me bayar kurang dari jumlah yg me pinjam iaitu kurang dari RM 3,250.00.
So kiranya macam me tak kena bayar kos pentadbiran malah dapat discount lagi ke atas jumlah sebenar me pinjam.
 
Faham tak??? Tak faham pun buat2 faham je la ye... huhu tak tau nak expalin mcm mana.
 
Tp me sarankan kat peminjam2 PTPTN yg baki tak banyak dan berkemampuan utk bayar sila la bayar sebab menguntungkan. Sangat menguntungkan malah kos pentadbiran 3% atau 1% tu tak dikanakan. FREE OF CHARGE la kan...
 
Kalau rasa2 nak bayar tapi tak de cash money atau saving boleh je keluarkan KWSP utk bayar PTPTN. Tapi pastikan la duit kat akaun 2 tu cukup utk buat full settlement PTPTN.
Tapi.... huhuhu KWSP ada syarat2 nya la... Tu kena refer kat KWSP ye kawan2..
 
 
Fuhhh... panjang explaination. Apa2 pun AZAM 2013 nak settle dgn PTPTN dah pun tercapai...
 
Now tunggu dia org pulangkan duit balance je.
 
 
with lurve,
riri


Friday, April 12, 2013

Sampai Bila??

Salam Jumaat.... Owh nampaknya entry makin berkurangan... Dah 12 April tp ni baru 1st entry utk April. Hahaha.... adeh...
 
Actually ada la few entry dalam draf tentang my wedding preparation tp on August or September nanti baru me nak publish. Gile kan... dah draft 4 5bulan awal. Hehehe....
 
Meh2 cuci mata tengok ni... Hehehe...
 
 
Kesinambungan dari entry INI
 
Tengok la baki yang me kena bayar tu walaupun me dah settlekan sepenuhnya payment on January! Ni baru April ni... Mau nanti semakin naik menjadi beratus2 ringgit.
 
Surat baki pinjaman yg me dapat total RM 3,692.92 me bayar RM 3,692.92... Alih2 ada lagi baki RM81.77. Ish...
 
On March me ada call tanya tentang pemulangan 20% and officer tu cakap kena prepare surat bgtau nak baki tu balik. Then me dah prepare dan dah faxed kan pun.. Dia cakap mengambil masa 2 minggu utk settle. Ok!
 
January and February me dah call tanya progress mcm me cite kat entry INI.
Early April me call lagi nak tanya progress la kan.. And she said, belum buat pelarasan lagi utk my account and tak tahu bila boleh settle. Erk?????
 
Okey, specchless!! Tak tau dah nak komen apa. Kalau boleh nak settle cepat dan tak nak ada apa2 urusan dgn PTPTN ni lagi... Dan nak dapatkan SIJIL PELEPASAN HUTANG tu as soon as possible.
 
 Just wait and see je la....
 
 
 
p/s; hoi, balance 20% tu boleh tampung banyak benda utk preparation my wedding tau!
 
 
with lurve,
riri


Friday, February 8, 2013

PTPTN - Bila nak settle??

Salam Jumaat.. Kalau boleh hari ni tak mo moddy2. Next week cuti lama sikit kan. So spttnya mood happy. Tapi sebaliknya pulak.
 
Memandangkan masa pembentangan budget tahun lepas PM dah umumkan 20% discount utk full settlement PTPTN dari Oct 2012 - Sept 2013, maka me pun tanpa melengahkan masa nak amek peluang ni la.. Sbb rugi ooo, kalau lepaskan peluang ni..
 
Banyak yg me dapat kurangkan walaupun jumlah sebenar yg me pinjam tak banyak. RM 3,250.00. Tpi bila dah me tak bayar so beranak la dia. Hik hik hik. Me pinjam utk 1st sem je sbb sem ke-2 me dapat biasiswa dari JPA.
 
Sebelum buat bayaran me apply dulu Permohonan Baki Pinjaman kat SINI. Nanti PTPTN akan pos surat Baki Pinjaman tu kat kita.

Tujuan dia sbb nak tau actual amount kita hutang. Me apply ni end of Nov 2012 lau tak silap. Dan surat ni pula bertarikh dalam bulan Dec (lupa tarikh sebenar sbb surat ada kt rumah). So dia dah siap kira sampai Jan 2013 punye hutang la kan.
 
 
17 Jan 2013 me call nak tanye progress mcm mana kan. So dia cakap skrg tak blh nak cek sbb tengah buat pelarasan account. Ye la dah hujung tahun kan... Masa tu e-fes kt website PTPTN pun memang tak blh buka.
 
Hehhehe.. 30 Jan 2013 me try buka e-fes sbb nak check balance. Nampak semuanya OK. TETAPI... cewah, 20% discount tu belum di ambil kira. 20% discount tu banyk OOO... Kalau kira balik, apa yg me kena bayar adalah kurang daripada jumlah pinjaman me. Tu yg best.
 
 
31 Jan 2013 me call lagi sbb nak tahu apa status pembayaran me ni dan mcm mana nak tutup terus kes ni. Mula2 me tanya tentang kenapa baki awal dalam penyata ni dgn baki dalam surat sebelum ni berlainan? Dan staff tu cakap belum buat pelarasan lagi dan baki yg sebenar adalah dalam surat yg me dpt sebelum ni. Erk?? Confuse kan!

Dan me tanya mcm mana pula dgn 20% discount tu? Dia cakap nanti staff PTPTN sendiri akan call dan bgtau. Dan PTPTN akan keluarkan surat Pelepasan Hutang. Me tanya lagi bila staff tu akan call?? Dia cakap dalam bulan February ni.
 
Okey today dah February, tapi masih awalkan. Baru 8hb.. Dan me pun tergerak la nak cek lagi sekali penyata PTPTN. Dannnnn okey me terperanjat ye! Cer tengok ni yg me circle kan tu.
 
 
Me dah settlekan semua hutang tu. Dan balance bulan lepas menunjukkan negative 11sen. Tup2 bulan ni ada balance lagi tu RM 3.01. Ni yg buat me menyirap ni....
 
Bulan 1 dah settle tapi bulan 2 dia kenakan lagi caj UJRAH tu??? MOTIF????
Sepatutnya tak perlu la kan.. Walaupun caj dia 3 ringgit lebih tapi andaikata dia drag kes ni sehingga hujung tahun ni tak ke jadi banyak nanti??
 
Harap2 la dia akan tolak balik charge yg dia kenakan selepas dari tarikh yg me dah buat bayaran.
 
Eeeee... org dah buat full settlement pun, mohon sangat pihak PTPTN tolong la cepatkan proses ni.. Yg me tunggu2 dari PTPTN ni ialah bayaran balik 20% tu dan sijil PELEPASAN HUTANG.
 Me dah tak nak ada kaitan lagi dgn PTPTN ni.
 
 
 
with lurve,
riri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang