Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label rEnUnGaN. Show all posts
Showing posts with label rEnUnGaN. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Bersabarlah

15 Panduan Mengembangkan Sifat Sabar

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.



6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.







Friday, May 25, 2012

10 Kelebihan bulan Rejab

1. Sabda Nabi S.A.W : hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaandi hari Qiamat. ( Al-Hadis)

2. Sabda Nabi S.A.W : Bulan Rejab bulan Allah . Bulan syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku. ( Al-hadis)

3. Kemuliaan rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Malam Awal rejab mustajab doanya ( dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi)

5. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.(Al-Hadis)

6. Puasa tiga hari dalam bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan. ( Al-Hadis)

7. Puasa empat hari dalam bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat. (Al-Hadis)

8. Puasa lima hari pada bulan Rejab , aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya ( Al-Hadis)

9. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.(Al-Hadis)

10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga (Al-Hadis)


meh2 nak bagi hadiah ni.....

hehehe......



OKey sebenarnya nak cakap tudung bawal ni buat muka me nampak lagi BOLAT lar. Mencik!!!!!


p/s: Alhamdulillah, dah puasa 2 hari :) InsyaAllah akan berpuasa sebanyak yg mungkin dalam bulan Allah ini. Semoga mendapat rahmat dan pahala yang dijanjikan.



with lurve,
riri

Tuesday, May 22, 2012

22 May 2012 / 1 Rejab 1433H

Pejam celik pejam celik tak sangka hari ni dah 1 Rejab. Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Isla. Lepas Rejab Syaaban, Ramadhan, Syawal dan seterusnya.

Ya Allah cepat betul masa berlalu.

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya.

Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah"


Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. 

Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.

Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-


Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:" Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].


Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.


Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.


Marilah sama2 kita tingkatkan amalan ibadah kita. Moga amalan kita diterima oleh Allah s.w.t




source:epondok



with lurve,
riri





Friday, May 18, 2012

Ciri-ciri suami pilihan

Hrmmm ada benarnye apa yg di senaraikan kat sini;



Sedap mata memandang - tak handsome pun tak pe janji baik dan ikhlas....
Bukan kaki pukul , tak panas baran, bertangungjawab dan penyabar  - ini pun penting sebab nak mengharungi susah senang bersama, menghadapi bermacam2 jenis dugaan dan cabaran yg akan datang...





with lurve,
riri

Friday, May 11, 2012

Jumaat, hari istimewa

Jumaat adalah Penghulu segala hari...

Jumaat adalah hari yang istimewa. Ini kerana (diantaranya) lahirnya Nabi adam, hari dimana Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga, hari Nabi Adam wafat dan hari berlakunya hari Akhirat.
Meh rapat2 me nak share kan sunnah-sunnah dan adab-adab hari Jumaat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.... :)





with lurve,
riri

Friday, May 4, 2012

Pergi takkan kembali

Baru pagi semalam, me di kejutkan dengan pemergian isteri kepada sepupu me, Amy yang terlibat dengan kemalangan jalan raya di Pasir Gudang.

Arwah meninggalkan suami dan sepasang cahaya mata yang comel2.. Usia anak sulung nya baru 2 tahun manakala anak lelakinya baru 10 bulan.

 Me tak pasti umur arwah brape tahun. Tp yang pasti masih muda. Dan surprisingly, bila me check FB dia tadi, me notice yg umurnya sebaya dgn me...

Ya Allah... kematian itu tak mengenal usia kan???



Me print screenkan ucapan Takziah dan doa yg dikirmkan oleh rakan2 arwah di FB.

Dan pagi tadi pula me dapat tahu Bob Kuman telah pun meninggal dunia petang semalam...

Ya Allah.... Berturut2 aku dapat berita kematian....

Firman Allah S.W.T.:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – Aali ‘Imraan (3) : 185

Semoga roh Emy dan Bob ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

AMIN...





nota kaki: berita lanjut mengenai pemergian Bob Kuman di Sinar Harian




with lurve,
riri


Friday, April 13, 2012

Khas untuk yang belum berkahwin jer - Carilah Untukmu Seorang Imam

Kepada gurl2 out there yang masih mencari... Ini petuanye... hehehe....

Kepada yang telah menemui Imam untuk dirinya, semoga bahagia dan kekal selamanya....


Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "

" Maybe kot. Try search kat google.."

" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."

" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
 
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?

Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
 
*pic:Uncle G*

 
PERKAHWINAN
 
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana.

Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
 
 
MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
 
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri.

Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.

Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
 
 
ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
 
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Artikel iluvislam.com







with lurve
riri







Friday, March 16, 2012

Jangan Dalam ISLAM

Sekadar berkongsi dan sebagai renungan kita bersama....
Selamat Hari Jumaat....

JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal keran...a berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.


  JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
 JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna


 JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

 JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

 JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

 JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

 JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

 JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

  JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

 JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

 JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

 JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

 JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

 JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

 JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
 



 ALLAH lebih tahu. Wallahualam..





nota kaki: ada 1 urusan yg penting pagi ni. doa kan ye... :)





with lurve,
riri


Monday, January 2, 2012

~ Jodoh ~


JODOH itu rahsia ALLAH SWT...

☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.



SEKUAT mana kita setia

... SEHEBAT mana kita merancang


SELAMA mana kita menunggu

SEKERAS mana kita bersabar

SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ



.. •.♥• Jika ALLAH SWT Tidak Menulis JODOH Kita Bersama Kekasih Kita..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..




nota kaki: mood ombak rindu kembali ~ ~ ~ ~ ~ ~ lagu ombak rindu Hafiz & Adira

Saturday, August 6, 2011

SyKt yg X bRjYa mENdApAtkN PeNgeSaHan HALAL

Siyes!!! ni Entry PENTING ni.... td masa me jalan2 wat lawatan ke blog2 yg len, me terjumpa 1 entry ni kat SINI yg me rasa memang patut, wajib share kpda sume terutamanya Umat Islam.... Ini sume berkaitan dgn HALAL HARAM... Skrg ni mcm2 leh jadi... kita memang kena ambil berat sume ni.... menurut blog tersebut surat tu dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang..  

Diantara syarikat2 yg famous yg terlibat ialah Kopitiam Asia Pacific (Old Town Coffee), Double Snack Food Sdn Bhd, Kyors Kebab, SimplySity Sdn Bhd n banyak lagi la... Jom cek kat list ni....



























Me harap info ni berguna kepada kita semua... Sama2 lah kita ingt mengigati di antara satu sama lain....



Saturday, July 2, 2011

HuKuM mEnYeBuT "OMG" a.k.a Oh My GoD

Masa me blogwalking.... me terjumpa satu entry yg memang bagus dan sngt berguna utk d share kan kepada semua Muslimin dan Muslimat... then me tertarik bila tengok tajuk entry tu "hukum menyebut OMG!! 'Oh My God!' " Sekarang ni cakap OMG dah jadi mcm style / tren kan...tp kita tak tau ape hukum hakamnye kan... Meh sini me nak share apa kata Datuk Dr. Mashitah Ibrahim tentang issue ni...



Seorang Muslim dituntut supaya sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah s.w.t, berfirman "Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang." Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah ya Allah kerana maksudnya berbeza dengan oh my god.
So, dah tau kan sume... fikir2 la ye..... Sharing is caring.....
p/s: info dari MJ


Thursday, April 14, 2011

kAaBaH eNgGaN bErGeRaK bILA Di AkHiRaT

Assalamualaikum, tadi me check email dan me dapat 1 email dari my fwen, Yana.. Bila baca email ni me rasa me nak share dgn semua blogger dan semua manusia di yg hidup di bumi Allah ni.. bacalah, semoga Allah SWT berikan petunjuk & buka hati kita untuk menjadi hambaNya yang sebenar.
Untuk yang telah dianugerah dengan jemputan ke Tanah Suci mengerjakan umrah atau haji, bersyukurlah & bertaubatlah. Jangan putus asa untuk berusaha menjadi hamba yang sejati dengan mengikut suruhanNya.
Yang masih engkar, fikir2kan lah.
To my dear muslimat who continue to refuse to tutup aurat, please remember, it is not an option, it's an order by Allah SWT. We are Allah SWT's slaves and yet we dare defy Allah... We are indeed undeserving of Allah's love & blessings. And yet, day in, day out, Allah SWT bestows on us unparalled Rahmat, Forgiveness and love. The air we breathe, the food we eat, the rezeki we get, the ability to walk, see, hear, laugh, the ability to eat & enjoy the wonderful fruits, food, etc. Despite all this wonderful blessings, we continue to defy & remain ungrateful....please think about it.
Wassalam.



KAABAH ENGGAN BERGERAK
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

p/s: kenyang tanpa perlu makan?? jom tengok..

Thursday, April 7, 2011

oRg yG mEnciNtAi kAmu

Huhu....tajuk jiwang sikit...ngeh ngeh ngeh.... semua org melalui zaman bercinta...msti ada yg kelakar, sedih, gumbira, happy, berperang...hrmmm mcm2 lagi lah mood bila bercinta... nak tau tak mcm mana reaksi ataupun ape yg org cintakan kita tu buat walaupun kita tak suka tau tak layan reject dia??? sbb terlalu sayang, suka, minat gile2 la dia buat sume ni...




Penah ke ada org mcm ni dlm hidup u allsss??? Ada 23 bnda tau perkara yg kebiasaannya org tu buat... meh baca lagi meh....


1.    Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2.    Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3.    Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4.    Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5.    Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6.    Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7.    Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8.    Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9.    Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
Akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.   
21.                        Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



Pernah tak ada ory yg buat mcm tu kat korang???? Jika ada jgn sia2kan org tersebut yer... Nanti menyesal nanti... my aunt pernah ckp mcm ni " lau nak kawin, kawin dgn org yg suka kita, bukan kita suka dia sbb pasti dia akan hargai kita dan takkan cari laen la dan sedikit sebanyak nanti perasaan kita akan timbul juga kat dia" tp kan if korang nak kawin pun dgn org yg suka kan korang tu kena la tngk dulu samada dia betul2 available ke tak ke kan, jgn main sambar jer takut nanti lain pula jadinye... huhu...

yeah yeah....currently im fall in love with someone yg memang suka kat me..tak kira buruk mcm mana pun dia sudi terima... Thanks Mr.S....

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang