Tawaran Hebat !!!

Monday, December 30, 2013

Entry Last 2013 #Wedding Review - OP

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya. Banyak kenangan pahit manis yg telah me tempuhi.
Nak2 bulan Disember ni. Banyak betul dugaan sebelum menjelang tahun baru ni.
 
Woohaaa... kenangan manis harus la disimpan. Hehehe... Ni ha, me baru je dpt gambar kahwin dari OP haritu. Saje nak tayang sikit2 hasil kerja dari OP me yg sangat best.
 
 

















 
Opss tengok gambar hantaran ni baru teringat rasanya me blm review lagi tentang hantaran ni kan. Hik hik hik... Adoiii la bnyk benda nak kena buat ni. Hopefully 2014 me ada masa yg bnyak utk update blog. Hopefully la kan sbb kerja makin hari makin bertingkek-tingkek.
 
Future B2B area Melaka & Johor yg nak OP yg best, cuba lah Aliceshah Studio. Eh2 kalau tak silap job luar Melaka & Johor pun dia org ambil tau.
 
Dan kat sini korang boleh bayar by Installment sehingga la tarikh majlis. Kira OK la sbb tak membebankan. Nak bayar tiap2 bulan sikit2 pun boleh. Harga reasonable la...
 
Dan kepada yg berminat utk buat pre wedding / post wedding, yg nak harga murah, kena alert la dgn FB Aliceshah sbb mereka selalu juga buat promo. RM 350 je. Berbaloi & sangat murah ler..
 
Korang google atau cari kt FB mesti jumpa punya la. Ni details ye;
 
AliceshahStudio

Medaniaga Bakri Batu 6,
Jalan Bakri,
84200,Muar,
Johor
.

aliceshahs@yahoo.com


016-6465279
06-9863836
FB: Aliceshahs Dua / Aliceshahs Tiga
FB Page : Aliceshah Studio
 
with lurve,
riri


Tuesday, December 3, 2013

Bengkel Pertama

Fuuuhh... (lap peluh). Nampaknya me semakin busy. Kerja opis, kerja rumah... Tibe2 rasa mcm 24 jam 7 hari seminggu ni mcm tak cukup pula. Cepatnya masa berlalu.
 
Hujung October haritu memang sangat busy. Me ada bengkel pemeriksaan bajet utk tahun 2014. Ini 1st time kot me pergi bengkel2 mcm ni.
 
 
Yo la sblm ni kerja swasta mana nak merasa mcm ni. Duk opis je la sampai bosan...
 
Ha, sekarang rasakan... Memang kena keluar masuk opis pegi bengkel, mesyuarat la... mcm2 lagi. Sungguhpun begitu, me happy sbb dpt pengalaman baru. Walaupun skrg ni me bnyk lagi la yg ting tong sbb tak tahu.
 
Ni bilik yg me dapat. Owh lupa la nama bilik ni apa. Maklumla... dah sebulan lebih punya cite.
 
 
Happy tapi sedih. Sedihh la sbb kena duk sorang2 lam bilik. Tak de teman. Ingtkan share bilik. Sekali, ha kau... duk la sorg2. Al-maklum lah dah namanya 1st time mesti la me tak tau yg kita akn dpt seorang satu bilik. Ceeh... Nak angkut husband pun boleh.. Sbb susah pula dia nak pergi keje nnti dari putrajaya. Jauuh kot... Sekarang dah tau... Hujung bln ni punya meeting me dah inform awal2 kt husband suruh dia ikut. Hehehe... tp tak sure la dia blh cuti ke tidak.
 
Ni antara menu2 yg me makan last day tu. Breakfast;
 
 
Lunch 1st round...

 
2nd round me tak ingat makan apa. Hehehee...
Dan dessert.

 
Overall... menu kat sini dari bf, minum pagi, lunch, minum ptg, makan malam, supper memang best. Boleh tahan sedap la, dan boleh masuk dan telan. Hehehe..
 
Sbb tu ramai suka pg bengkel / kursus, sbb sepanjang program memang maaakkaaannn je sampai kenyang. Blm sempat lapar lagi dah makan lagi kan... Heheheee..
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 



Monday, October 21, 2013

Wedding Review - Bilik Pengantin

Nexxtttt.... Hehehhee...
 
Review, review, review, rupanya banyak juga yg me & family DIY sendiri.
 
Untuk bilik pengantin me and my mama decide utk DIY sendiri je. Alasan yg my mama guna sebab bila kita sewa / upah mak andam, biasanya lepas majlis atau ke esokkan harinya, mereka dah buka perhiasan, langsir, bunga, etc kat bilik tu. Bila kita buat sendiri, kita tak akan segera buka langsir dan hiasan tu. Nak berapa lama bilik tu terhias mcm tu, lantak la kan...
 
Even sampai hari ni bilik tu sama mcm tu. Cuma cadar me dah tukar la kan. Sayang ooooo cadar cantik me tu. Hehehe....
 
Ni langsir utk tingkap bilik me, dan langsir kat pintu pun mcm ni. Idea dari me... Suka bebeno nak letak ribbon2 tu. Hehehee... Dan me sangat puas hati. Simple, mudah, murah dan cantik di mata me.
 
 
Ni bahagian utama, di katil... Idea asal nak letak kain lagi kat kepala katil tu.. Kain chiffon plain, pastu nak ombak2 kan dia.. Sekali my mama salah beli kain daaa.... So ini la my final touch. Sib baik ada ribbon cute extra.


Accessories kat bedside table tu me ada tukar masa hari kejadian. Dalam frame tu ada la letak gambar. Tak de la kosong mcm tu, then tambah alas meja, dll. Heheheee..
 
Lampu tido pun me letak kat bangku je. Hehehe... belasah la labu...
 
Zoom sikit... My cadar dari Akemi... Owhh really fall in love dgn set cadar ni. Cadar ni cotton, utk selimut dia pula atas je satin tp sebelah bawah cotton. Bantal pun sama. So tak perlu risau licin ke, panas ke kan... Totally memang best.

 
Total kos utk bilik ni;
 
Cadar - RM 389 (sogo) offer price. Normal RM799 (kalau tak silap me)
Lampu meja - RM 98 (romantika)
Langsir - RM5/meter (nagoya) - total meter beli tak hingat.
Upah jahit ribbon cute - RM5/pcs
Other accessories - RM30
 
 
with lurve,
riri


Friday, October 18, 2013

BE Bertingkek - tingkek

Wakakaka... tajuk tak agak2. Dah lama tak cek BE. Last me cek 5sept kot...
 
Sekali cek, ha amek kau... bertingkek-tingkek BE me dapat. Kesemuanya 7 tingkek.
 
 
Dua dari atas tu BE yg lepas masih on going.
 
Alhamdulillah... syukur...
Sekarang ni tengah tahan jari dari ter-CLICK button CASH OUT. Wakakakaaaa....
 
 
with lurve,
riri


Thursday, October 17, 2013

Wedding Review - Photoprops

Trend wedding sekarang ni kan ada photobooth & photoprops. So me plan nak buat photoprops je combine kan dgn guestbook. Hehehee..
 
Masa awal2 planning memang semangat & rajin gile nak buat semua ni... Tapi since me tukar tempat keje semangat tu hilang. Waakakaa...
 
Tapi nasib baik la sebelum me tukar keje tu me dah siap main ingredients utk photoprops tu.
Plan asal nak beli. Tapi bila kira2 cost, 1 props dalam RM5. Beli 10 stick dah RM50.
So me try tanya my bestie, mr google. Hehehee...
 
Sekali google then jumpa softcopy yg free punya.
 
OHD - Photoprops
 
Dan bila me belek2 gambar props yg free tu, rupanya ramai gak penjual yg mengambil kesempatan menggunakan yg free tu dan jual utk income mereka. Ewww... for me kalau mereka create sendiri then jual its ok la kan.
 
 
Ni yang me download dari internet...
 
 
Ni bubble talk yg me buat guna paint. Gigihkan juga diri ni nak mereka... belasah je la labu design mcm mana sekalipun. Dan pastinya me guna mr.paint. Hahahaa... tak reti nak guna adobephotoshop bagai dan ada props yg me google image je.
 
 
Yeay, dah settle semua props. Gigih juga nak lekatkan chopstick tu dgn props tu. Ada yg me double tape kan aje. Ada yg me lekatkan dgn gam panas. Hahaha... sib baik tak cair.
 
 
Kasik zoom sikit...
 
 
Cuba kira...
 
 
Semua me print kat opis lama. Hahahaa.. yg ni jgn ikut ye menyalahgunakan harta opis. Then me binding, pastu potong dan lekatkan chopstick dgn props tu. Chopstick tu me balut dengan organza ribbon.
 
Me buat sendiri rasa puas hati dan lebih murah. Total props yg me dah buat ni ada 19pcs.
 
If beli; RM5 x 19pcs = RM 95
 
. Tp bila buat total kos yg me keluarkan;
 
Chopstick = RM2 for 20pcs
Laminate = RM 2.50/A4 @ 8pcs = RM 20
Print & A4 = free (guna kat opis)
Organza Ribbon = RM 1.50
 
Kos utk organza ribbon tu me estimate je sbb ribbon ni actually utk buat benda lain, so guna la sikit utk balut chopstick. Props tu pun walaupun dah laminate tapi tak sume yg me guna. Hehhee... Ada yg me tak nak.
 
Ni gambar me pose dgn my photoprops.
 
 
Hahhahaa... actually me suka gile dgn gambar ni. Tah kenapa tah... myb nampak comel. kah kah kah.... sila jgn muntah ijo ye kengkawan..
 
Ni pula myauntie & cousin yg turut berpose dgn photoprops ni.
 
 
Actually kat OP ada lagi gambar dengan photoprops ni.. Sbb masa bergambar my cousin, auntie, uncle suka bebeno dgn photoprops ni. Hehhee... Mereka suka, me pun happy..


 
p/s; sekarang ni tengah berkira2 nak jual / sewa / simpan je photoprops ni..
 
 
with lurve,
riri

Wednesday, October 16, 2013

Wedding Review - Hand Bouquet

Yeah, next review wedding HB pula...
 
Hehehehe.. banyak tak review lagi tetibe terus melompat ke handbouquet. Depends pada gambar gak. Mana gambar yg ada dalam simpanan me skrg ni, tu la yg me buat entry dulu. Sangat tak tersusun. Hehehe...
 
HB nikah & malam berinai ni me DIY sendiri. Tp ribbon jurai2 tu my auntie yg buat kan. Ni la my auntie yg tlng me buat HB. Dan beliau juga tolong me buat hantaran.
 
 
Auntie yg sama buat hantaran masa me bertunang dulu.
 
HB ni me guna kain cotton je. Tutorial banyak dah sekarang. Korang google jer. Sangat murah & jimat. Hehehe... Kalau tempah almost RM100. Bila DIY sendiri tak sampai RM30 pun.
 
Kain 1 meter dalam RM5-6, beli 2 warna. Ribbon tu balance2 hantaran, m&m button tu dalam RM4, kain lace eh bukan... ape eh nama dia tak ingt semeter baru RM3.5-5 la. Tak ingt. Pastu beli pemegang bunga ready made tu dalam RM3.50. Murah kan... Tinggal rajin dengan tak je.
 
Zoom sikit HB ni... Huh, dah tak nampak gomuks dah HB ni..

 
Next HB masa bersanding pula... Ni me guna fresh flower. Me beli 20kuntum. 10pink 10 merah. Nak guna utk buat sirih junjung sikit. Dan balance utk HB ni.
 
 
1 kuntum RM1.50 tp me dapat murah RM1.30 utk 1 kuntum.
Me ada beli lagi bunga kekwa dan babybreath utk sirih junjung. Total dalam RM40++. Pada me sangat murah. Utk 1 HB macam me ni kurang RM20.
 
 Lokasi kedai di sebelah Wetax Parade Muar, Johor.
 
Ni pula bunga untuk bertandang. Me guna fresh flower gak. Daisy...
Pun beli dikedai yg sama.. RM1.50 utk 1 kuntum. Me beli 10 kuntum so RM15 je... Murah kan.. Ribbon recycle je... Hehheee...
 
 
 
DIY lebih murah & jimat tau...
 
 
with lurve,
riri


Monday, October 14, 2013

Wedding Review - OP

Last month lagi cakap nak review tentang my wedding. Tapi tak sempat2... Adeh, me tak pasti la mcm mana GS yg len blh ada bnyk masa utk berbelog, tp me tak ada langsung. Ni pun kena curi2 masa utk buat entry. Hahahaha... Adeh...

Untuk gambar nikah & malam berinai me tak de copy lagi. Dari cousin & OP pun blm dapat lagi. Yg ada hanya gambar masa bersanding je. Hehehe...

Ok first nak review my Official Photographer (OP). Dari sebelum kawin lagi me memang bercita2 dan bemimpi2 nak hire OP ni utk my wedding. Dan akhirnya termakbul gak. Heheheee... OP yg me hire tu ialah Aliceshah Studio Muar.

Ha, tengok je la gambar2 kat bawah ni ye. Semua hasil sentuhan Aliceshah Studio. Dan yg buat me sangat terharu dan bangga sebab Owner dia sendiri iaitu kak Alice yg ambil gambar me masa tu.. Hehehee...

 
Owh warna tema bersanding ialah pink dan soft kuning.
 
 
Semua gambar ni me ambil dari FB aliceshah sendiri. Tak sabar kau nak tengok gambar kawin tu yang ambil dari FB je dulu. Hehehe...


Hoi... masa ambil gambar kawin ni penat senyum.. hehehe... Dah sakit dah mulut rasanya senyum.

Ni my pelamin YANG......




Alllooololo... hehehe...


Ni pula gambar reramai dgn my auntie, uncle dan cousin. Ni pun ada yang tak de ni...

 
Last but not least dari Aliceshah Studio....
 
Service sangat excellent. Peramah, ontime... sume cukup la. Memang blh kategorikan mereka sbgai professional. In case kalau tak reti nak pose dan keras mcm kayu mcm me ni, tak yah risau sbb mereka pandai nak ajar korang pose gaya mcm2 biar nampak real tau. Hehehe... Tetibe bila nampak hasil terperasan lak "erk pandai gak aku pose dpn camera"... hahahaa... rasamcm teror pose lak sekejap walaupun hakikatnya arrgghh... hehehe...
 
Anyway price pun jgn risau. Sangat la berpatutan dan mampu milik pada me. Sbb masa me duk survey2 dan comparekan dgn beberapa OP yg lain, harga lebih kurang jer dan termasuk mockupalbum & frame lagi. Tempat lain, harga sama dgn package yg me ambil tapi tak de album bagai. Pengsan la mcm tu nak kena tambah lagi kan... Lagipun, Aliceshah ni dia tak kira mileage dari office dia ke rumah kita. Itu yang penting. Hehehe....
 
Nak tengok hasil2 lain dari Aliceshah Studio ni boleh search FB mereka;
 
Aliceshahs Dua
AliceshahTiga
Page Aliceshah Studio
 
Sorry tak blh nak beri link sbb kat opis ni FB kena block. Hehehe..
 
Dan kalau rajin pegi la studio Aliceshah tengok gambar2 kat sana & nak tengok package yg ditawarkan;
 
Aliceshah Studio
Fotografi dan Studio Pengantin,
Medaniaga Bakri,
Batu 6 Jalan Bakri
84200 Muar, Johor
Tel: 06-9863836 / 016-6465 279 (Rizal) / 016-6435 324 (Kak Alice)
 
Secara keseluruhannya, me dan husband sangat la berpuas hati dengan servis yg diberikan. Thanks Aliceshah.
 
 
with lurve,
riri


Monday, September 23, 2013

Button Badge

Presenting my Button Badge... Cewah..
Teringin juga nak sedara2 bergaya dgn my button badge sempena wedding me. So masa tengah melayari FB me pun terjumpa 1 FB page yg offer harga yg pada me GILA murah & Paling murah yg me jumpa setakat ni. 

Biasanya kalau harga murah mesti minimum order 50pcs kan... Yg ni pula 20pcs je minimum nye.
Hahhaa gila murah (pada me la kan)..
Button badge ni normal price RM 2.80/pcs. Me beli time offer RM 1.80/pcs. Hahhaaa..
Ada je yg offer harga RM1.80/pcs tapi kena order banyak dalam 500-1000pcs. 


Me order 55pcs.

Yg ni pula button magnet aka fridge magnet. Yg ni mahal sikit RM2.40/pcs. If tak silap me yg ni tak de minimum quantity. Me tak order banyak. Few pcs je.


Ni version yg nyata. Hehehe... My adik dah ambilkan dkt kedai. 
Cantik bila dah tengok dpn2 mata. Hehehe..


Ha, mesti tertanya2 kat mana me order kan? Hik hik hik...


Now offer dah habis kot. Heehee.. If nak dpt offer yg best dari Kad Kahwin - Amierieda Creative Art ni kena la LIKE fanpage dan selalu jengok2 page Amierieda ni.

Owh btw kad kahwin dari Amierida ni pun sangat la cantik. Design memang menambat hati ku! Cewaah.. Tapi me dah order kad me kat orang lain pula. Huhuhu.. ;(
 
Ok ni la gupe button badge tu bila my cousin & my auntie pakai...
 
 
Ok nampak tak bunga warna pink & kuning yg my cousin tudung biru ni pakai sebelah kiri gambar tu? Yg ada ribbon2 tu... Ok tu actually bunga penanggah. Hehehe... Me dah tak sempat nak snap yg dah letak duit sekali tu. Sib baik nampak sikit tu. Fuuhhh...
 
Ni lagi my auntie pakai button badge. Hehehe..
 
 
Kalau nak order button badge yg supper dupper murah ni. Kena like page yg me dah beri link kat atas tadi ye.. Dan tunggu promo dari mereka.
 


with lurve,
riri
 

Officially - H&W

Assalamualaikum....
 
Officially husband & wife on 14.09.2013.
Alhamdulillah.... Syukur, semuanya selamat dan berjalan lancar walaupun cuaca pada hari nikah & bersanding tu tak menentu.
 
 
Unofficial Picture from my OP. Ambil dari FB my OP.
 
Awwww... sangat teruja tengok gambar ni. Heheheh...
Honestly me nampak cantikkk terpuji diri sendirik! PENGSAN!.. Power of make up & camera tu...
 
Sangat puas hati dgn make up & gambar pada hari tu. Nanti later la me review ye.
 
 
 
 
 
with lurve,
riri


Friday, September 6, 2013

27th birthday & Tiamo

Hari ni 6th sept 2013 genaplah umur me 27 tahun. Selamat Hari Jadi to me myself. Hehhee.. Aci tak wish birthday kat diri sendiri?
 
Last week dah sambut birthday secara berjemaah in advance.
 
 
 Ingatkan hari ni nak belanja staff kewangan makan kek. Tapi ramai yg tak de sbb terlibat dgn sukan anjuran kementerian pengangkutan. So me rasa next month la ye. Hehehe..

Owh pagi tadi ada meeting kat UPM. Pas meeting around 11am Ketua Bahagian (Bos kecik) ajk pi MidValley nah... Hahhaa... ape lagi, follow je la.

Then, sempat tu me grab sepasang kasut kat Tiamo kat Gardens. Hehehe... Ada offer. 2pairs RM99. Harus la me rembat 1 dan my clique rembat 1.


Kasut dia Ya Allah comeelll gila. Dengan ribbon, flower n beads kat atas dia tu. Me memang suka gila dgn flat shoes yg ada ribbon / bunga seketul kat atas mcm ni. Pastu dalam dia memang comfy habis la. Yg me ambil ni pun last pair kot. Tp size dia kena ambil 1x besar dari size biasa. Sbb menurut pekerja kat situ cutting dia lain sikit.

Memang tahan je tengok la kasut yg comel2 kat situ. Kiranya ni hadiah birthday utk diri sendiri la ni. Fuuhh walaupun tengah berjimat ni, tapi bila tngk kasut comel ni sangat la tak tahan dugaaan! Tetap juga beli.

Harga biasa sblm less pun ok la tak de mahal sngt around rm119 - 129.. Kah kah kah tak mahal sangat pun me tetap rembat yg murah... Tak mahal sangat ye.. Ni kalau Mr.S tau pengsan ni..

Owh, pas beli ni me dah tanam niat kat hati nnti nak dtg beli lagik. Bhahaahaha...
 
Next week me akan berkahwin, InsyaAllah... Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Aminn...
 
 
with lurve,
riri

Thursday, September 5, 2013

Rezeki Masih Ada...

Walaupun sekarang ni mood nak wat entry kelaut. Selalu bw je.. BE ttp masyuk. Dah lama kot tak cek. Baru hari ni nak cek.. Nampaknya rezeki me masih ada.
 
 
Walaupun ciput2 tp Alhamdulillah, blh la simpan sampai ujung tahun nanti wat shopping time sale bulan 12 nnti. Hik hik hik... tu pun kalau sempat la dpt cheque cash out tu.
 
Kalau tengok list kat start date tu, tiap bulan dapat BE ni. Ish yg bulan June punya pun tak tamat lagi tu...
 
Erk sejah dah lama tak buat entry, me dah tak kira dah ni BE yg keberapa. Belasah je la...
 
 Thanks Nuffnang.
 
 
 
with lurve,
riri 


Tuesday, September 3, 2013

Pot Luck Kewangan

Huh, entry ni membuatkan me teringat kesenakan perut me sbb full dgn makanan masa tu.
 
Jumaat lepas, department me ada buat pot luck sempena raya & bufday. Sekaligus sambut bufday 1 opis tak kisah la dah lepas ke blm lepas ke. Senang kan. Hehehe...
 
Ni 1st time kot me joint pot luck mcm ni. Sebelum ni tak de pun buat mcm ni kat opis lama.
 

 
Semua nama ada kat kek ni... Hehehe.. Kek ada org sponser. Me pun tak pasti siapa.

 
Taraaa... ini menu yg me kena bawa, fruit cocktail.
 

Ni diantara menu2 yg ada pada hari tu. Ada lagi yg tak sampai masa ni, menu nasi tomato & pizza.
 
 
Menu ni setiap org bawa sikit2 je.. Tapi bila sikit, dah kumpul ramai2 so jadi banyak la. Tu pun tak habis. Ada yg tapau bawa balik.
 
Dadih...
 
 
Ice cream 1 malaysia pun hado.

Lepas baca doa & ucapan dari ketua bahagian, ape lagi... Serbu la. Masing2 dah tak sabar dah ni. Hehehe...

 
 
Ni yg me makan plus me tambah lagi nasi impit dalam 2 3 ketul, pastu makan cocktail, puding caramel. Tu je pun dah cukup buat perut me senak. Perut org len me tak pasti. Hehehe...

 
 
Dalam pukul 11 lebih mcm tu la... Pizza pun sampai.
 
 
 
Ni je me ambil. Adeh.. nak menghabiskan 2 keping ni pun susah. Perut dah penuh kot.
 
 
Tu pun me ada tapau nasi tomato dalam 1 senduk dgn ayam 2 ketul & letak kat bilik nak makan waktu lunch nnti sambil layan Cinta Jannah. Hehhee...
 
Owh lupa... gambar potong kek beramai2... Kata sambut birthday kan...
 

 
Gambar ni kena pecahkan kepada 2 sbb tak cukup space dah nak masukkan semua dalam 1 gambar. Terpaksa amek sekerat2... Hehhe...
 
 
Petang habis keje, dalam pukul 5 kami reramai pergi ke rumah salah seorang staff kami sbb ada open house. Sib baik la rumah dia dekat belakang opis je... Tu pun me makan yg ringan2 je. Roti jala 2 keping. Fuuuhh... sangat senak OK!
 
 
 
p/s; dah tak de watermark sbb takut nak install software kat laptop opis ni. hehehee...
 
 
 
with lurve,
riri
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang