Tawaran Hebat !!!

Thursday, May 31, 2012

UEFA Eura 2012 di Poket Anda.

Tak lama lagi menjelang UEFA Euro 2012.
Demam bola pasti melanda.





Jangan lepaskan peluang untuk menonton pasukan kegemaran anda.

Dengan Astro-On-The-Go anda boleh menonton UEFA Euro secara LIVE bila-bila masa sahaja di smartphone, tablet atau computer anda.  


Bagaikan TV bergerak, anda kini boleh menonton 31 perlawanan secara langsung tidak kira d mana anda berada.

Semuanya dengan Astro-On-The-Go.

Dapatkannya sekarang secara PERCUMA  (For all Astro Subscribers) sehingga 31 August 2012.




Mari ber "Fun" dan kemudian ber "Cheer"

Lepas ambil glass jar haritu, me pun pos Mr.S balik rumah dia. Muaahhaa.... (dasar pentingkan diri)

Memandangkan masih awal, dan me tak tau nak buat ape kalau balik rumah awal, me tetibe teringat kat 1 kedai di Taman Bukit Maluri, Kepong. Mula2 me tak pasti nama kedai ni ape. My auntie cakap kedai 2 ringgit. Tp bukan pon.........

Kedai tu namanya Fun N Cheer.
37636, Jalan 6/37A, Taman Bukit Maluri, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 52100.
03-6274-8230
Wah siap bagi address dgn no fon. Hehehe, jumpa masa google2 tadi.
*Pic: kredit tu Cho Zila*

Kedai ni ada banyak branch. Yg dalam ni bukan kat kepong yer. Lau nak tau kt mana ada lagi, kena rajin2 kat diri google yer.


Owh, me ada perasan 1 kat kelana jaya, betul2 depan LRT station (seberang jalan).


Dalam 1 hour juga la me pusing2 dalam kedai tu... Masuk setiap department nak tengok ape yg ada yg boleh me laburkan. hehehe.

Dan ini lah hasilnya;


Bakul heart shape dgn yg bulat bawah tu tak pasti nak buat ape. May b utk buah2an hantaran adik me. And kotak tu me pangil kotak harta karun utk mas kahwin.

Dan yang pasti me jumpa gunting ni.....


Crafting Scissors.

Murah kan?? RM 2.00 jer.... Ada jual set of 3 pcs sekali baru RM 5.90. Haritu me ada jumpa kat kedai stationeries RM 8.90. Nasib baik tak beli. Hehehe.....


Ada banyak design bentuk kat gunting tu yg kita boleh pilih. Dan me pilih yang macam ni.


Walaupun hanya RM2, but it works okey. Tajam.... Berbaloi2.....

Erk tpi design n color gunting tu macam kanak2 riang je kan. Hehehe....

Tak pe, janji murah dan boleh guna. Lepas ni tak perlu susah2 gunting scallop2 tq tag lagi. *_*







with lurve,
riri











Tuesday, May 29, 2012

Apekah ini???

2 minggu yang lepas me merajinkan diri mengemas almari comel me. Me pun tergerak nak tengok novel kesayangan me ni...

Cecelia Ahern...

Me suka novel2 dia. Pada me gaya penceritaan dia mudah nak faham, lain dari yang lain, dan bila habis baca novel2 dia me mesti rasa terharu dan sedih... Sebab cerita2 dia dapat menyentuh perasaan me. Hehe @_@

Me baru dapat kumpul 3 je. Nanti ada rezeki lebih, nak beli lagi... Weeee..

1st novel dia yg me beli Where Rainbows End. Start dari novel tu la me terus suka novel2 dia..


Eeeeeewwwwwwwwwwwww....
Ini yang me nak tunjuk sebenarnye....


Ape ni????? Sape punya keje la ni... Adoiiii...................


Tak sangka sampai mcm ni teruk sekali... Ewww geli betul me nak pegang2 benda tu. Bakteria ke ape tah ni... Yang pasti dia keras.... Tak tau nak buang mcm mana... Me just guna tissue utk bersihkan. Tpi tak juga hilang2....


Dasar parasit betul la...
Sedih betul, kesian tau dkt novel2 ni.... Bukannye seringgit dua...

P.S I Love You dengan Thanks for the Memories tu me baru je beli early this year... Baru beberapa bulan.

Waaaaaaaaaaaaa..... Nak menangis rasa tau T___T.


Fobia dgn parasit ke ape tah ni yg mencacatkan novel kesayangan me ni, me letak dlm kotak kasut. Hehehe.... Siap letak Silica Gel yg ada dalam kotak kasut tu.

Harap2 lepas ni tak de lagi kuman2 ni... Grrrrr geram betul.





with lurve,
riri


Monday, May 28, 2012

Persamaan

Ape persamaan antara coklat Kinder Bueno ni dengan Cadburry Dairy Milk ni?


Sudah jelas terang dan nyata berbeza. Pengeluar juga berbeza.
Opsss tak de kaitan dgn tanda harga ye. Hehehe

Actually ni cokelat yg Mr.S belikan utk me sbb nak pujuk me. Cewah.....

Okey, ni 1st time dia bagi coklat. Ingtkan tak tau nak pujuk ke ambil hati ke kan....

Ape persamaannya???

Mr.S beli 2 jenis coklat ni sebab dia suka. Dan me pun suka dua2 coklat ni. Hehehe...

Dannnn..... Cadbury ni kan ada mcm2 jenis, ada yg nuts la, ape lagi tah tp dia pilih black forest!!!!

Dan me memang suka yg black forest ni....


Me memang terperanjat sebab dia tak tahu coklat yang me suka sbb me tak pernah bgtau dia.

Dan tak sangka kami punyai persamaan.
Dah 2 tahun lebih berkawan baru ni me tahu coklat yang dia suka. Malunye..... hehehe.....

Masa call dia me tnya kenape dia beli cadbury black forest, dan mcm mana dia tahu me suka yg black forest instead of yg lain?

And he's answer sebab dia memang suka yg black forest jer. Dan dia beli ikut yg dia memang suka.

Dan tak sangka coklat yang dia suka tu pun me suka... Weeeee

@__@





with lurve,
riri




Friday, May 25, 2012

10 Kelebihan bulan Rejab

1. Sabda Nabi S.A.W : hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaandi hari Qiamat. ( Al-Hadis)

2. Sabda Nabi S.A.W : Bulan Rejab bulan Allah . Bulan syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku. ( Al-hadis)

3. Kemuliaan rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Malam Awal rejab mustajab doanya ( dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi)

5. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.(Al-Hadis)

6. Puasa tiga hari dalam bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan. ( Al-Hadis)

7. Puasa empat hari dalam bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat. (Al-Hadis)

8. Puasa lima hari pada bulan Rejab , aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya ( Al-Hadis)

9. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.(Al-Hadis)

10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga (Al-Hadis)


meh2 nak bagi hadiah ni.....

hehehe......



OKey sebenarnya nak cakap tudung bawal ni buat muka me nampak lagi BOLAT lar. Mencik!!!!!


p/s: Alhamdulillah, dah puasa 2 hari :) InsyaAllah akan berpuasa sebanyak yg mungkin dalam bulan Allah ini. Semoga mendapat rahmat dan pahala yang dijanjikan.



with lurve,
riri

Thursday, May 24, 2012

BE ke 3

Recently me ada check account Nuffnang. Sejak dapat BE pertama n kedua, terus kemain bersemangat nak check Nuffnang hari2..

 
Sabtu lepas me check dan me tengok ada 1 lagi BE untuk me bulan May ni. Alhamdulillah...


Baru je lagi tu nak berlegar-legar di blog me..


 


with lurve,
riri

Wednesday, May 23, 2012

WW #15 - Comel betul budak ni


p/s: She just 4 years old. Tp suka pg sekolah dan aktif.






with lurve,
riri

Tuesday, May 22, 2012

22 May 2012 / 1 Rejab 1433H

Pejam celik pejam celik tak sangka hari ni dah 1 Rejab. Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Isla. Lepas Rejab Syaaban, Ramadhan, Syawal dan seterusnya.

Ya Allah cepat betul masa berlalu.

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya.

Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah"


Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. 

Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.

Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-


Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:" Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].


Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.


Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.


Marilah sama2 kita tingkatkan amalan ibadah kita. Moga amalan kita diterima oleh Allah s.w.t




source:epondok



with lurve,
riri





Monday, May 21, 2012

DIY - Glass Jar

Okey, tujuan me membeli reben polka dot, buat sticker tq tag and beli glass jar sebab nak buat doorgift utk VIP.

Jom start buat ni...

Cuti sekolah kali ini nak bercuti ke mana ye?


Leceh juga kalau buat sorang2. Kita nak menampal sticker kt penutup, nak potong reben, nak lekatkan lagi... Kalau ada penbantu boleh bahagi2kan tugas...


Okey, potong reben dulu la banyak2....


Masa mula2 nak buat tu tak pasti nak design macam mana. Try dulu buat sample lekatkan guna salotape jer.

Jom bercuti ke Genting Highlands

Lepas dah tunjuk kepada bakal pengantin, dia agree utk design yg tengah. Me pun suka sebab nampak penuh je accessories kalau nak d bandingkan dgn design no 3 tu. :P


Okey, ini antara yang dah siap...


We alls cadang nak letak mashmallow or biskut kat dalam tu... Still tengah cari vendor mashmallow halal dan sedap.




Kasi zoom sikit...


La la lal la.....

Suka sebab nampak cantik... Weeeee..... *___*


Puas hati bila buat sendiri kan? Walaupun sbnrnye ini semua bukan utk majlis me.
 Hehehe.... Ni namanye kakak sayang adik... Buatkan utk majlis adik...

Tp kalau majlis me nanti dia tak tolong ,siap la...


Untuk b2b yg tengah survey harga, ni total cost utk 200pcs glass jar ni;

Glass jar : 200pcs @ RM0.80 = RM 160.00
Reben Polkadot : 2 roll @ RM5.90 = RM 11.80 (ada banyak lagi balance)
Reben Merah : 4 roll @ RM 1.00 = RM 4.00
Sticker Paper : 10pcs / 1 bungkus @ RM 4.70 = RM 4.70
Sticker Paper : 7pcs @ RM 0.60 = RM 4.20 (beli 2nd time sebab tak cukup :P)
Pinting : Free (guna opis punye. hehehe)

TOTAL COST : RM184.70 = RM0.92/glass jar.

Tak sampai RM 200 pun...

Okey, baru siap 180pcs... Ada lagi 20pcs nak di siapkan sebelum 25 May ni...

Aduh.... Pengsan kejap @_@






with lurve,
riri

Friday, May 18, 2012

Ciri-ciri suami pilihan

Hrmmm ada benarnye apa yg di senaraikan kat sini;



Sedap mata memandang - tak handsome pun tak pe janji baik dan ikhlas....
Bukan kaki pukul , tak panas baran, bertangungjawab dan penyabar  - ini pun penting sebab nak mengharungi susah senang bersama, menghadapi bermacam2 jenis dugaan dan cabaran yg akan datang...





with lurve,
riri

Thursday, May 17, 2012

Glass Jar murah

Last Saturday me jumpa kak Iena untuk ambil glass jar yang me tempah utk VIP doorgift. After buat few survey, me decide utk ambil dgn kak Iena sebab harga yg d offer lebih murah dari tempat lain.

Tempat lain ada yg RM 1.20 - RM 1.50/pcs utk order < 500pcs. Me nak beli 200pcs je. Kak Mai bagi RM0.80/pcs. So cepat2 me order....


Ini la glass jer nye.... Erk tak nampak full kan? hehe tak pe, teruskan membaca ye....


1 kotak ada 60pcs. So 3 kotak + 1 plastik beg. hehehe...


Ini la glass jar nye.. Penutup boleh pilih nak warna putih / gold. Me prefer putih nak match kan dgn polkadot merah tu nanti. hehe...

Me pegi ambil dgn Mr.S sebab glass jar ni kena pick up sendiri kat Masjid UPM. Me tak tau jalan area situ, so kena ajk pakar la kan. Huhuhu....

Me ingat nak beli yg mcm glass jar ikea tu mcm gmbr ni;

Ada juga kak Iena jual, tpi price RM 1.00/pcs dan stock terhad. Kalau nak kena tngu ada stock la.

Nak menuggu lama tu yg me tak sanggup sebab kalau dapat cepat leh settle kan terus doorgift tu tak mau tangguh2. So me ambil yang biasa je. Cantik juga...
Plus leh jimat sikit 20cents. :P

Nantikan hasilnye setelah di hias ye.... *_*



UPDATE 16.01.2013 
Nak tau tentang supplier glass jar ni boleh tengok kat entry ni SUPPLIER GLASS JAR




with lurve,
riri

Wednesday, May 16, 2012

For Sale - Lanapolka

Errmm okey dgn sedih hatinya me nak menjual baju ni. Tak tau la nak ckp pre loved ke hape ke. Sbbnye baju ni baru dapat semalam. Belum pakai pegi mana2 lagi. Cuma pakai sebab nak test jer semalam.


Full view...


Baju ni best sebab labuh menutup punggung.

Ni prove yg me baru dapat baju ni semalam. 15 May 2012.



Me terpaksa nak let go kan sebab tak muat!!! Frust giler....

Me beli kat Modishmodehouse
Nama baju ni Lana Block Pocket Shift Dress.
Normal Price RM70, tp me beli time offer RM50. So skrg me nak jual RM45 (include postage).

Ni contoh model pakai


Baju yg me nak jual tu lanapolka 4 ye.


Ni measurement baju tu ye;

Bahu : 15 inches
Dada : 34 inches <== Ini yg menyebabkan tak muat
Pinggang : 29 inches <== ni okey lagi sebab blh kempiskan lagi
Punggung : 38 inches
Labuh Tangan : 22 inches
Labuh Dress : 29 inches

Okey if ada sape2 interested let me know ya. Tinggalkan komen or boleh email me; fatiehafatie@gmail.com.


Update: SOLD OUT





with lurve,
riri


Tuesday, May 15, 2012

Pencarian di teruskan

Last week me balik kampung.... Rutin tiap2 bulan.... 1bulan sekali mesti balik menjenguk parents kat kampung.

Since wedding adik me pun dh nak dekat, dan my mum menggelabah sebab part door gift utk orang2 kampung tak settle lagi (sebab ni mama punye bahagian, hehehe), so dengan rajinnya abah me mengajak pegi ke Ayer Hitam, Batu Pahat Johor.

Kami pegi 2 kereta. 1 naik grand livina abah drive n sebab opkos nak sumbat macam2 nanti dan 1 lagi my baby black. Hehehe....


Smart multi pouch only RM27 instead of RM59. Free Postage.


We alls bertolak dalam pukul 9 lebih... dan selamat sampai ke destinasi dalam pukul 10.30.

My abah bawa lalu jalan dalam, bukan high way. Gigih la me drive masa tu sebabnye hujan, tp seronok sebab me suka drive jauh2 ni..


Okey ni my auntie yg ikut.. Yg belah kanan tu jadi driver masa balik sebabnye petang tu me nak drive blk KL, so penat pula nnti kalau me yg drive.

Kedai kat belakng tu la kita org pegi... Erk tak nampak pula sign board kedai tu... Dan kedai2 yang berderet2 kat situ.. Ada la damal 6-7 kedai pengantin kat situ.




My mum beli cawan vintage siap kotak dan sudu utk door gift orang kampung. Dapat la 1 pcs RM1.00. Kalau tak harganya 1pcs RM 1.20.

Beli 500pcs dulu itupun dah 7 kotak besar... Erk dah penuh 1 kereta...

Erk lagi borog ape ye??? Hrmm.. beli carpet utk bilik pengantin.

Me beli ribbon merah ni utk melengkapkan doorgift VIP nanti. Me beli sebab murah. RM 1.00/pcs. Me beli 4 pcs. Mula2 cari reben polkadot yang macam haritu. Mana la tau kat sini murah kan. Tapi tak ada. Tak banyak choice sangat la...


Bagi me barang2 kt sini agak mahal la. Sebab me ada beli wooven bag utk doorgift org kampung kat semua house, 1pcs baru 22sen je. Tapi kat sini sampai 30sen/pcs.

Then me cari juga bakul utk hantaran me, teeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttt agak terkantoi di situ,(InsyaAllah) tp semua mahal2.



Me beli utk adik me kat semua house baru RM7.90/pcs. Kat sini RM 12.90/pcs. Amboi, banyaknye markup....

Ni la bakal pengantinnye yang tak kisah dgn saiz badan. Yang pasti makan itu menyeronokkan. I like.... Hehehe...


Jap2..... Me nak interprame jugak...


Buruks betul muka me, senyum tak ikhlas + tak bersedia pun. Sebabnye dah sakit kepala kena hujan tadi....

See... dia setiap gambar ada je budak baju belang menyelit.

Dan kami sampai rumah dalam pukul 2 -2.30 petang gitu... Sempat me tido sekejap sebelum drive balik KL petang tu.






with lurve,
riri

Monday, May 14, 2012

Terlebih rajin

Dah siap gunting tq tag... Eh2, tapi sebenarnye ni tq tag sticker lor. Nak di tampal di glass jar utk VIP. Hehehe.... Lepas dah siap me review glass jar pula ye.


Meh meh kasi zoom sikit....


Maaf ye, kuality gambar tak memuaskan betul. Maklum la guna camera cap hayam. Entah bila la ada rezeki lebih nak rembat hp lain ni...

Kalau tengok sampah2 tu macam tak banyak je kan... Memang pun sebab sampah tu hanya untuk lebih kurang 50 - 70 sticker jer. Hehehe....

Yang selebihnye me dah settle kan minggu sebelumnye dgn bantuan future bride. Yang mana tak siap gunting lagi last week me dah angkut bawa balik kampung suruh teha tolong sekali. Mana aci wooo....

 Walaupun me yg suka dan rela offer kan diri nak buat benda ni sume, nak juga bagi dia merasa kan senang ke susah nak membuatnya..


Ini yang di namakan terlebih rajin, sebabnye tag tu berbentuk scallop. Lenguh jari2 me ni menggunting.  Hehehe, tetibe me rasa tobat la nak wat bentuk mcm ni...

Tq tag yang nak d lekatkan di beg door gift me ingt nak potong bulat je nanti. Hehehe, kalau terlebih rajin, me akan gunting la ikut bentuk scallop tu.

Tapi kalau nak juga bentuk scallop tapi malas nak gunting, me pos je kt kampung suruh future bride yg siapkan. Hehehe....



with lurve,
riri

Friday, May 11, 2012

Jumaat, hari istimewa

Jumaat adalah Penghulu segala hari...

Jumaat adalah hari yang istimewa. Ini kerana (diantaranya) lahirnya Nabi adam, hari dimana Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga, hari Nabi Adam wafat dan hari berlakunya hari Akhirat.
Meh rapat2 me nak share kan sunnah-sunnah dan adab-adab hari Jumaat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.... :)





with lurve,
riri

Thursday, May 10, 2012

Polka-polka

Dek kerana suka gile2 dan perasan cantik dgn tq tag yg ada corak polka dot tu, me pun dengan gigih mencari ribbon polkadot ni. Sebab nak match kan dgn tq tag haritu. Dan yang penting, color merah yer.


*pic credit to Nini Mohd*

Opss picture tak de la pula... Masa google jumpa kt blog Nini. So pinjam gambar Nini la jawabnye. hehehe.... Me beli 2 roll RM 5.90/roll kat Yen Reben, Semua House.

Lenguh tangan me mengikat ribbon ni. 2 hari me dapat siapkan 200pcs reben. 1 roll reben tu me dapat dalam 100 lebih reben kecik2 yang telah di ikat tu.. So, ada lebih bnyak juga la lagi.

Reben dgn tq tag ni untuk door gift VIP. VIP ni kira kawan2 adik me, kawan2 mama dengan abah. Untuk orang sebelah, doorgiftnye lain.

Hasilnye?? Tungguuuuu nanti dah siap me tunjuk ye....

Ok now nak gunting thank you tag pula yang me dah tunjuk kat entry lepas. Tetibe me rasa nak menangis pulok....

Adoiiiiiiii nak menggunting tq tag yg scallop ni? Tercabut jari...





with lurve,
riri

Wednesday, May 9, 2012

WW #14 - Nyum nyum

Sambal udang petai my mom buat...


Alamak!! 

Mana nak cari ni bila teringin nak makan???????

Tuesday, May 8, 2012

Chicken Foldover

Chicken Foldover is back.... tp for limited time only...


*pic:Uncle G*


Me dah try last week masa lunch.. Waktu lunch dgn dinner kan murah sikit dari waktu2 biasa.... hehehe..... nyum2...


Add on sundae caramel... Sedap gile....

Erk....terasa di tekak lagi ni... hehehe


During Mc Value Lunch & Mc Value Dinner chicken foldover ni onyl RM9.++

Sorry tak ingat la brape sen... hehehe tp tak masuk gov tax lagi tau...






with lurve,
riri

Monday, May 7, 2012

BE 1st & 2nd

Pagi Jumaat, me tergerak nak check akaun nuffnang. Me jarang check akaun nuffnang ni sebab tak pernah pun dapat BE. hehehe
Bila check my account terbeliak mata me tengok ada Pendapatan Terumpuk kat atas tu... Syukur akhirnya merasa juga... Tp me tak pasti ni BE untuk bulan berape...


Then today, me check lagi sekali dan ini yang me dapat;


Sama je actually.. hehehe cuma VW Polo Sedan Launch tu dah jadi Pendapatan Meter... bukan Pendapatan Terumpuk...


Alhamdulillah walaupun nilainye tak sebesar blogger2 lain, tp me happy sangat. Hehehehe...

Big smile for today :)









with lurve,
riri

Saturday, May 5, 2012

Testimoni Leptin Green Coffee 1000

Lepas dah beli leptin green coffee 1000 ni mesti la ada testimoni kan. Berkesan atau tidak...

Lepas 18 hari me ambil green coffee tu, hasilnya not bad.
Tpi me tak perasan pun la berat me dah kurang. Bila timbang baru la perasan memang ada pengurangan.
Even berat turun 2-3kg je me tetap happy. Hehehe...

Me bukan nak turun kan berat 10-20kg pun. Stkt 5 - 6 kg je pun. Hehehe...







with lurve,
riri




Friday, May 4, 2012

Pergi takkan kembali

Baru pagi semalam, me di kejutkan dengan pemergian isteri kepada sepupu me, Amy yang terlibat dengan kemalangan jalan raya di Pasir Gudang.

Arwah meninggalkan suami dan sepasang cahaya mata yang comel2.. Usia anak sulung nya baru 2 tahun manakala anak lelakinya baru 10 bulan.

 Me tak pasti umur arwah brape tahun. Tp yang pasti masih muda. Dan surprisingly, bila me check FB dia tadi, me notice yg umurnya sebaya dgn me...

Ya Allah... kematian itu tak mengenal usia kan???



Me print screenkan ucapan Takziah dan doa yg dikirmkan oleh rakan2 arwah di FB.

Dan pagi tadi pula me dapat tahu Bob Kuman telah pun meninggal dunia petang semalam...

Ya Allah.... Berturut2 aku dapat berita kematian....

Firman Allah S.W.T.:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – Aali ‘Imraan (3) : 185

Semoga roh Emy dan Bob ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

AMIN...





nota kaki: berita lanjut mengenai pemergian Bob Kuman di Sinar Harian




with lurve,
riri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang