Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Monday, June 17, 2013

1 Jun 2013

Sempena Birthday Agong yg lepas, my adik datang KL dgn husband dia. So tugas me adalah membawa mereka berjalan selagi tak penat. Hahaha....

Pagi sabtu kami ke IKEA. Ceh ini je gambar yg me ada masa kat IKEA. Cehh... ape da...


Selepas ke IKEA kami balik rumah dulu. Lepas Zohor baru sambung lagi ke jalan TAR pula sampai kul 6 kot. Lepas maghrib bergegas ke Chop & Stick dkt are Selayang Mall tu. 

Tepat pukul 12 me and adik me dan my auntie reramai pegi ke ICT pula. 
Percayalah ini 1st time me pergi kat sini. Walaupun kami sampai dalam pukul 12.30 tapi masih ramai org.


Cantik sangat....



Kenapa me gemuk cukup la tak paham. Tak pe now me dah on diet. Tahan je nafsu makan mengarut2 ni. Lepas bulan 9 nanti me akan pulun balik. Heheee..


Sebelum balik sempat ambil gambar dgn my adik yg merajuk ni. Hahahaaa...


with lurve,
riri

Wednesday, May 1, 2013

Labour Day

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia...

*pic; source here


with lurve,
riri

Thursday, November 15, 2012

Tahun Baru 1434 Hijrah & 52 tahun

Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah kepada semua umat Islam di dunia.

Dah baca doa akhir tahun and awal tahun ke belum semalam? Setahun sekali kan. Bukan selalu.

Bila tiba tahun baru Hijrah, me mesti akan teringatkan arwah atuk. Sbb arwah meniggal pada 1 Muharram 1432 Hijrah. Dah 2 tahun arwah pergi tinggalkan kami.

Al-Fatihah....

Dan pagi ni me dgr ada org kat kampung me ni meniggal malam tadi. Mama kata 2 tahun lepas dia ada dtg melawat arwah atuk. 2 tahun lepas tu, dia pula menigggal. Ajal maut kan kita memang tak tau...

Dan... hari ni birthday my Abah, 15.11.2012 yg ke 52.

Selamat Ulang Tahun kelahiran abah yg ke-62. Semoga panjang umur, di berikan kesihatan yg baik, dan di murahkan rezeki selalu.

Ni nak keluar ni. Nak belanja abah makan...  weee....

p/s; bnyk entry yg tertangguh. Bila cuti ni mood nak berblogging ke laut... adeh...


with lurve,
riri

Tuesday, November 13, 2012

Deepavali 2012

Hye... bersiaran dari kampung.
Mcm terlambat je tapi nak wish juga Happy Deepavali to all Indians especially my bos.


Ini anak2 my bos. Yg nampak sikit tu his wife. Merangkap my 2nd bos juga. Huhu


Thank you for the Deewali's angpow.
Thank you for the cuti yg panjang... Weee jgn jelous ye sape yg keje hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu ni...

And thanks for the earliest durian runtuh this year. Selalu org dpt hujung tahun tapi me belum hujung tahun lagi dh dapat. 
Alhamdulillah...

Tp nnti dah hujung tahun gigit jari la tengok orang len dpt durian runtuh pula. Hehehe..


p/s; tak de watermark. Tak sempat la letak.


with lurve,
riri 

Sunday, September 16, 2012

Hari Malaysia ni sama dengan....

Yeay, Selamat Hari Malaysia 2012.
 
 
 
Hari Malaysia ni jatuh pada 16 September setiap tahun.
 
Dan.... dan... Dan Esok Isnin cuti!!
 
Yeay! Yeay! Yeay!
 
Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Selamat Bercuti.
 
Bestnye dapat cuti. Lagi best kalau dapat balik kampung. Tapi.... bulan ni dah 3 kali balik kampung. Nak balik lagi kopak la poket. Huhuhu...
 
Dan tarikh Hari Malaysia ni sama dengan tarikh hari lahir adik me yg last...
 
Adik me lahir 16 September 2002.
 
Selamat Hari Lahir Adik yg ke 10 tahun. Rajin2 belajar n rajin2 pegi sekolah ye. :)
 
 
 
with lurve,
riri
 
 


Monday, August 6, 2012

Cuti yang Istimewa

Yeay.. hari ni cuti lagi Sempena Nuzul Al-Quran.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.

Selangor, Kelantan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang & Terengganu je ye dear. :)


*pic:Uncle G*



Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.


Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.


Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.


Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


Me sambung cuti lagi kat kampung ye kawan2...
Ngeee.... @__@

Seronok cuti lama ye, pastu nak kerja liat. huhuhu....



p/s: info dari al-azim.com



with lurve,
riri


Tuesday, May 1, 2012

Cuti today....

Happy Labour Day semua....

*pic:Uncle G*

Berehat la ye kt rumah... hehehe.. Me ada misi hari ni yang perlu d selesaikan sebelum Jumaat ni...






with lurve,
riri




Wednesday, April 11, 2012

WW #10 - Public Holiday

Selamat Bercuti......



Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke - 14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.








p/s; walaupun cuti 1 hari, terasa bestnye.... @_@





with lurve,
riri






Tuesday, February 28, 2012

11 April 2012 - Cuti UMUM, take NOTE ye

Sabtu yg lepas, masa me selak2 paper Metro, me ternampak 1 tajuk berita yg buat me happy sekejap. Hehehe..sape yg tak suka cuti kan.... 

Tajuk berita tu ialah ;

"11 April diisytihar cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong"

*pic:Uncle G*

11 April 2012 diisyitiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong  Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yg ke-14.

Pengisytiharan hari kelepasan am tu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Gile tak best dapat cuti 1 hari... heheheh...


Boleh la berehat2 kat rumah... Even dapat 1 day pun dah cukup utk hilangkan stress keje. Hik hik hik... 

Pasti semua rakyat Malaysia suka sbb dalam bulan Mac ni tak de public holiday pun. Last public holiday 7th Feb hari tu, sempena Thaipusam.



sumber: Metro



Nota kaki; Next public holiday on 1st May 2012.





with Lurve,
Riri

Monday, February 27, 2012

PROMOTION PRICE ANNUAL PAS - LEGOLAND MALAYSIA

If korang ingt lagi last year me pernah buat entry tentang LEGOLAND Malaysia lepas me tengok berita kt TV3.


Ni me just nak update, nk bgtau yg Annual Pas utk masuk ke Legoland dah pun mula di jual.
Special Price ni d jual for a limited time only.... So maknanye kena grab cepat sblm promoion tu habis.
Jom tengok harga promotion Annual Pas ni;
Adult : RM 195
Children (3-11 yo) : RM 150
Senior Citizen (60yo and above) : RM 150
Ni pula harga Annual Pas masa tak promotion;
Adult : RM 275
Children (3-11 yo) : RM 210
Senior Citizen (60 yo and above) : RM 210
Seeeee???? Banyak different kan??? Dah la unlimited entry sampai Dec 2013. Harga pun berbaloi-baloi kan??
Kenape berbaloi lagi? Sbb compare la dgn harga one-day ticket ni ha;
Adult : RM 140
Children (3-11yo) : RM 110
Senior Citizen (60yo and above) : RM 110
(MyKad holder akan dapat rebate RM30)

Tak percaya?? Tengok kat SINI eh.

Berdouble triple triplet la berbaloi nye...
So sape2 yg plan nak bercuti or nak bawa anak2 jalan2 school holiday hujung tahun ni dah boleh dah booking ticket ni....

Or yg suka dgn aktiviti mcm ni pun leh pegi ye... Yg pasti sape2 je leh pergi. Janji suka n happy....


 By end of this year Legoland ni memang dah d buka dah utk pengunjung...

And 1 lagi, pihak Legoland ni tak bgtau pun sampai bila promotion ni. Dia cuma bgtau yg dia ada hak ukt tutup promosi ni bila2 masa yg dia suka tanpa sebarang notis.


Soooo ape lagi??? Grab sebelum terlambat OKEY....

So sape2 yg berminat utk beli Annual Pas ni boleh terus pergi ke website LEGOLAND Malaysia

Kat SINI pun dia ada list kan Frequest Ask Questions berkaitan dgn waktu operasi, juala n harga tiket, redemption n others.


So????? Cepat sebelum terlambat...........





source: www.legoland.com.my



With Lurve,
Riri
 

Tuesday, February 7, 2012

Cuti Thaipusam

Owh.... cuti lagi... Bestnye kalau every month ada cuti bnyk2 mcm ni... hehehe....
Last month cuti CNY sampai selasa. This week pun cuti sampai selasa. Semalam forward cuti Maulidur Rasul, hari ni pula cuti Thaipusam.. best nye.... hehehehe.....

*pic:Uncle G*

What is Thaipusam?

Thaipusam is a key hindu ceremony which is held each year during the tenth month of the hindu calendar (in either January or February). 
It is celebrated by the hindu people of South India, and therefore as well the mainly Tamil speaking hindu communities throughout Malaysia. 
Thaipusam is dedicated as a thanksgiving to Lord Subramaniam (also known as Muruga) for answered prayers, and is also a day of penance.
In 2012, Thaipusam will be held on Tuesday 7th February.
At Thaipusam, parades and rituals are held across the country, with devotees performing ceremonial acts at different locations – the most famous being Batu Caves in Kuala Lumpur where more than 1 million people gather on Thaipusam each year. 
Tourists flock to see the colours, noise and activities of Thaipusam.
*pic:Uncle G*

Selamat menyambut hari Thaipusam to my boss and family...

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 2012M / 1433H


Me nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1433M kepada semua umat Islam yg jatuh pada hari ini, 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah.

*pic: uncle G*


*pic:Uncle G*

TIADA HARAPAN SELAIN ALLAH
TIADA IDOLA SELAIN NABI
TIADA KATA SEINDAH QUR'AN
TIADA JALAN SELURUS SUNNAH
TIADA PERJUANGAN SELAIN ISLAM

Ape aktiviti korang hari ni? Jom kita ramai2 pergi joint perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul... Berarak sambil berselawat... 

Hari ni juga merupakan public holiday n akan d forwardkan esok... 
Yipppeee...

Selamat bercuti juga ye.... 




nota kaki: me ikut mama pegi berarak hari ni :)

Wednesday, January 25, 2012

Sedih + Geram bila bos bagi cuti extra!!

Gile! Org dpt cuti extra msti happy, suka kan sampai lompat2 bintang.... Tp me, bila bos bgtau dia bg cuti lagi 1 hari me SEDIH. Gile kan????

Mau tak gile. Me sampai KL semalam dalam pukul 4.30 mcm tu la. Awal sebab tak nak mengharungi jem. Tengah2 syok tengok cite kat TV3, gemersik kalbu kot tajuk nye... tak ingat la, tp yg pasti cite ni start kul 7. Tibe2 ada call masuk... Me tengok nama, nama bos me. Peehhh ni kenape la agaknye kan... Rupanye dia call cakap esok (Wednesday) cuti lagi... Thursday baru keje balik mcm biasa...

Pppppeeerrgghhhhhhhh menyirap betul la!!!!


*pic: Uncle G*

Terus jadi mcm dlm gmbr ni..... Geeerraaammmmm kenape la tak bgtau awal2..... Ape la nak buat kat rumah ni... Kalau keje tak pe la jugak... Kalau dapat online 24 jam lagi best...

Sblum me bertolak dari rumah semalam me ada sms dia tnye esok keje ke tak. Tp tak reply pun!!! Me dah berkira dah kalau sebelum me masuk highway bos cakap cuti me memang akan patah balik. Tp mslhnye dia senyap jer... Me sms sbb tak nak la gngu dia tngh beraya kan... Eeeeeeeeeeeeeeee.........


nota kaki: menyesal tak tanye masa hari Isnin hari tu.....

Thursday, December 8, 2011

"LEGOLAND MALAYSIA"

Semalam berita kat TV3 ada berita tentang Legoland Malaysia ni...
Utk sesape yg suka berjimba kat taman tema, ni 1 lagi tempat besh yg korang kena pegi n try... LEGOLAND MALAYSIA.... Malaysia's 1st International Theme Park. Tp bukan sekarang lor... kena tunggu siap le dulu. kekekek....

 Dijangka siap pada penghujung tahun 2012 di Iskandar Malaysia, Johor Bahru. Fuyooh.. best ni.. Nak minta belanja la sempena birthday present me buleh tak Mr.S?


Legoland ni bernilai RM720 Million dan current progress dah 40% siap. Legoland Malaysia ni merupakan yg pertama di Asia Pacific dan yg ke - 6 di dunia. Huhu saje je membold kan sbb nak bg korang bangga siket dgn Malaysia ni.




Ni ha, nmpk ni... lum siap lagi... masih dlm pembinaan. Utk yg tertnye2 rege ticket, jom tengok mahal ke tidak....

Harga tiket;

Biasa : RM 140 utk dewasa ; RM 110 utk kanak2 (3-11tahun)
*Discount RM30 utk pemegang Mykad

Pas Tahunan: RM 275 utk dewasa ; RM 210 utk kanak2 (3-11tahun)

Pre-Openning Annual Pass: RM 195 utk dewasa ; RM 150 utk kanak2 (3-11tahun)
*Discount RM30 utk pemegang Mykad

Jualan utk Pre-Oppening Annual Pas ni dijual dalam tempoh tertentu jer.. kira limited time offer la ni... Dan yg paling best dan berbaloi sesangat pas ni valid dari bulan d buka 2012 sampai la 31.12.2013.

Normal price RM275, tp sempena pembukaan dia bg discount la sikit kan nak tarik pengungjung kan.. Lagi pun Boerst (GM Legoland Malaysia) cakap, dia org target 1 million pengunjung utk 1 tahun pertama.
Kalau nak booking blh tengok kat sini http://www.legoland.com.my/ tp for the time beeing utk booking ni dia org lum bgtau mcm mana la.

Rasanye tak mahal kot ticket ni... ye la, mcm2 permainan ada kat dlm tu.. kiranye berbaloi2 la kan...

Ada banyak aktiviti yg menarik kat legoland ni, antranye;

Lego Kingdom

Lego City

Imagination

Land of Adventure

Miniland

Permainan kat Malaysia nanti memang sama dgn ape yg ada kat Legoland yg lain.
Siyeeeeesss... teruja tengok... Rasa nak pegi bawa adik2 me la.... Daaannn... mereka ada perancangan nak tambah water park dkt2 dgn theme park tu... Siyes besttt sesangat....

Tp me ni penakut la pulak nak main games yg mcm roller coaster tu le.. pendek kata mainan yg tinggi2 dan menakutkan tu me takut.. penah main sekali kat genting. tak berape tinggi pun, yg mini je. tu pun dah rasa mcm nak tercabut jantung ni ooooo... pastu tobat tak nak main lagi... so me main la game yg tak brape nak adventure sngt kt bawah2 je la nampknye... hehehe....

Ni gambaran utk taman tema Legoland Malaysia yg akan d bina ni;


Amacam??? best kan?? waahh... teruja pulak nak pegi ni.... Bleh la plan utk family holiday 2012 nnti... Dalam Malaysia je tp experience mcm obersea.. hehehe..... Dah mcm pengiklan tak berbayar laks... Erkk dgn entry ni buleh tak me nak 2 pre-opening annual pass Mr.Siegfried Boerst?? Nak pg dgn Mr.S... Ceh2 budget Mr.Boerst ni baca la entry me ni... Tak pun bagi lebey sikit ler utk adik2 me lagi. hua hua hua...



source: thesun & legoland


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang