Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Setia Hujung Nyawa - Sinopsis Episod Akhir

Assalamualaikum and happy holiday utk yg keje KL. Erk walaupun me KL tp tetap keje sbbnye poskod je KL. Tp kami ikut cuti Selangor, weee... And welcome February.
 
 
Hrmm tengok entry me bulan lepas sikit gile. 10 pun tak sampai. Adoi, mcm mana ni..
 
 
Ni me saja je nak buat entry tentang cerita akasia Setia Hujung Nyawa kt TV3 tu..
Me dah follow cite ni dari 1st episod tapi lepas tengok episod semalam tu tergerak pula nak buat entry. Nak2 episod semalam, bila dia org dah berbaik dan boleh terima kelebihan dan kekurangan masing2...
 
 
Tak pasal2 me pun terjebak follow FB Nelydia Senrose. Kalau taip kt FB tu memang melambak account FB yg guna nama tu. Tp tak pasti pula yg mana betul. Yg me ambil ni dia ada tulis "This is the only Official Page". Hopefully betul la official page.
 
 
Cerita ni pun adaptasi dari novel Setia Hujung Nyawa.
 
 
Me tengok cite ni sbb suka bebenor tengok Nelydia tu. Cantik!
Dan bila dah layan cite ni memang best gile.
Suka part2 sweet yg Ikram bergurau dgn El (walaupun pd hakikatnya geram dgn Ikram menggangu bini org) dan part2 romantis bila El dgn Zain.
 
 
OK dah tak perlu berangan lelebih.
 
Anyway cite ni dah nak habis dah... Nest Week 7 February cite ni last.
 
 
Harap2 lepas ni ada la cite2 yg best mcm ni lagi. Tp me rasa pelakon pun memainkan peranan penting. Kalau mereka padan each other, dan ada kimia, memang menjadi la kan.
 
Owh ni me ada sinopsis episod2 akhir ni;
 
Zain kemalangan dan koma. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Hady telah menemui Ersalina dan mengungkit kembali kisah silamnya. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengari oleh Datin Adibah.

Setelah Datin Adibah mengetahui sejarah hitam Ersalina, Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana merasakan keluarga Haliza telah menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Bagaimana kesudahan hubungan Zain dan Ersalina? Mungkinkah sama seperti dalam novel atau sebaliknya. Saksikan sendiri ye..
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Monday, October 22, 2012

PE3 ape tu?

Actually PE3 ni tajuk filem aksi komedi terbaru arahan Farid Kamil. PE-3 bermaksud plan no. 3.
Baru je pun di tayangkan khamis lepas.
 
Pelakon utama cite ni; Farid Kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Tai, and ramai lagi...
 
 
 
Me tak tau pun tentang filem ni. Yg me tunggu2 skrg ni filem "Ape Celop Tooq". Tngk iklan mcm best jer.
 
Oppps walaupun tak tahu me dah tengok dah PE3 ni last week. Hehehe... Tu pun Mr.S yg ajak.
 
 
 
 
Penggambaran cite ni d buat kat Penang. Ada juga part yg kelakar pecah perut la.
 Nama pun aksi komedi kan, mesti la kelakar. Mula2 me mcm pelik je kenape Fumi (Kamal Adli) tu dengan relanya masuk group dia org. Skrg me dah tau. Hehehe... Nak tau kena la tengok ye :) 
 
 
If tak silap me ni filem terakhir Diana Amir berlakon sebelum berhijab.
Hrmmm skrg me tau kenapa Diana Amir tak dtg masa preview tayangan tu...
 
 
Sinopsis PE3
 
PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.
 
Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka.
 
Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat.
 
Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.
 
Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang.
 
Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 


Monday, October 8, 2012

Hantu Kelakar

Oppps tajuk... hehehe...
 
Ni cite yg dah berminggu-minggu...
 
Sejak 1st time pegi tengok wayang hari tu tetibe addicted pula. Hehehe... Dan rasanye bulan Oktober ni banyak cite2 yg baru keluar.
 
Hantu kapcai antaranye;
 
 
Gandingan zizan dan fizz fairuz memang kelakar la...  Tapi cite ni utk 18 tahun ke atas je tau. Tak de la teruk mane pun. Cuma ada perkataan / ayat 18 je dgn scene Fizz Mandi... Rasanya tu je :)

 
See... kita org tengok on sept, oct baru nak buat entry. Nasib baik la x de bau. Kalau tak busuk la blog me sbb entri basi. Hehehe...
 
Sinopsis Hantu Kapcai  (kredit to ammboi.com)
 
 Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.
 
Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.
 
Nak tau ending dia, berjayakah Akim melunaskan hutang tu, kena la tengok. Hehehe...
 
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, September 19, 2012

HalimMunan

Pengakuan ikhlas. Ini kali pertama me tengok wayang dgn Mr.S! Tapi sekarang dh jadi Mr. Tunang.
 
Hehehehe.... Cite tunang me tak review lagi. Kasi habis cite perkahwinan adik me dulu.
 
Siyes me memang dah lama tk tengok wayang. Rasanye last tengok sekitar tahun 2002-2003. Now dah 2012. Memang dh lama gile.
 
Ni la cite yg me tengok sabtu lepas.
 

 
Mula2 ingat nak tengok cite Salam Cinta. Tpi Mr. Tunang dh request nak tengok cite ni so me follow jer.
 
 
Rupanye cite ni baru je di tayangkan 13 September 2012. Serious memang kelakar cite ni. Tergelak2 semua org dlm panggung tu.
 
Me order online :) Senang.

 
 
SINOPSIS HALIM MUNAN
 
Filem Halim Munan berkisar tentang remaja naif bernama Halim Munan lakonan Fizo yang sering diejek dan dibuli rakan-rakannya, Ajak, Pawi dan Kimi kerana sifatnya yang lurus bendul dan nama pelik dimiliki.

Halim pula jenis tidak suka dilihat dan suka menari, malah berangan-angan menjadi seorang halimunan. Dia kemudian difitnah kerana mengintai Suriyati (Intan Ladyana) tetapi ibunya tidak percaya dengan tuduhan itu.

Untuk membersihkan namanya, Halim nekad untuk menjadi halimunan sebenar dan sanggup berbuat apa saja untuk mencapai hajatnya itu.

Dia bertemu seorang bomoh yang kemudian menyuruhnya membawa separuh kain kafan perempuan mati pada hari Jumaat. Dia berjaya mendapatkan kain terbabit tetapi dikejar orang kampung menyebabkan dia tidak sempat menimbus semula kubur digalinya. Sejak itu, penduduk kampung sering diganggu pocong yang mencari kainnya yang dicuri Halim.

Sejak itu, banyak peristiwa berlaku dan ramai menyangka Halim hilang.

Nak tahu kesudahan cite ni kena la tengok. Heheheheh :)
 
Ada bab2 hantu tu me pejam mata je. Kalau tak pun me tengok pop corn. Lagi best. Hehehehe...
 
 
 
with lurve,
riri 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang