Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label jAlan2. Show all posts
Showing posts with label jAlan2. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

Kuching, Sarawak for the 1st time ever

Tajuk... hehehe. Jujur betul! Yup, memang 1st time ever OK pergi Sarawak tu.
 
Masa kena pergi tu memang excited, tido pun tak lena. Syukur dengan rezeki Allah... Kerja baru ni memang kena kesana kesini, mesyuarat, kursus bagai... So dapatlah me berjalan2 ke negeri orang.
 
Me pergi 5 hari 4 malam, dgn my bos. Flight tengahari. So petang tu bila sampai hotel sempat lagi la berjalan2 di shopping mall sebelah hotel. Sebelah je....dekat sangat.
 
Malam pertama tu kami merayau2 kat shopping mall di sekitar hotel tu. Dan depan hotel tu ada ni ha replika kucing. Masa mula2 tu tak percaya je ini lah replika yg selalu nampak kat tv. Ye la, sbb dalam tv nampak besar kot, rupanya sederhana je. Me ingtkan besar mcm helang kat langkawi tu. Huhuhu...
 
 
2nd day adalah Mesyuarat.

 
3rd & 4th day adalah kursus...

 
Hari jumaat (15 nov) masa lunch yg lelaki kena pergi smbhyg jumaat kan, kami yg wanita2 ni sanggup tak pergi lunch sbb nak pergi jalan2 area jual cenderamata tu dan naik bot seberang sungai sana nak pergi beli ikan terubuk dan kek lapis sarawak.
 
Pastu pukul 2.30 kena masuk kursus tu balik, masing2 dah kelaparan. Hahaha...kelakar betul la. Tapi seronok. Me rasa mcm tak puas pula jalan2 kat area situ. Me teringin nak makan mi kolok / laksa sarawak. Tapi tak tau la kat mana... kesudahannya, telan air liur je la. Heheheh..
 
Ok, malam ke berapa tah, tak ingt la....dapat naik cruise + sekali dengan dinner.
 
 
 
Dapat juga menikmati pemandangan di sepanjang sungai tu. Aduss me tak ingat la nama sungai ni... Siyes tak ingat... Sungai Sarawak ke eh?
 


 
Ni dalam cruise pula.


 
Sebelum dinner kami disajikan dengan persembahan tarian yg famous di Sarawak.

 
Ni dah round yang ke berapa tah, baru la teringat nak snap gambar. Hahahaa... mknan dlm tu so-so je la pd me. Pada org lain me tak pasti.
 
 
Owh, mlm sebelum kami naik cruise tu, kami di bawa makan malam di Mango Tree. Makanan kat situ memang sangat sedaaap.... Teringat sampai hari ni pulut mangga. Siyes sedap.
 
Memandangkan kursus kami tu habis awal dari yang sepatutnya, last day pagi sebelum masing2 pulang ke semenanjung kami di bawa ke Sarikin. Ni border antara Sarawak dgn Indonesia. Ok, nak pengsan bila sampai sini. Hahahahaaa....
 
Nampak tak gambar ni???

 
Telekung di merata2 uuu... Murah2 pulak tu. Me beli la juga sehelai telekung cotton sulam penuh. Memang puas hati. Dan paling best murah oii.. Berbaloi2... Kalau kat jalan tar harga dia mesti RM 120 ke atas. Tapi me dengan suka hatinya beli dengan harga RM 60 jer.
 
Kain pasang, blouse murah2... Sib baik la $$ me dah terbang sbb beli kek lapis, ikan terubuk fridge magnet bagai.. Lau tak...ffuuhhh...
 
Me berkenan dgn tikar sarawak tu. Size sederhana penjual tu nak beri dalam RM 120 - 150. Lupa pula me, dh lama kan peram cite. Tp dlm range mcm ni la. Memandangkan ni 1st time me pergi sarawak, dan me pergi dengan bawa luggage yg sederhana, maka bye2 la tikar sarawak.
 
Mcm ni je pun me dah balik dengan 1 luggage + bag lap top + bag baju + handbeg + beg kertas. Fuhhh... semput. My bos pula, luggage dia kemain besau lagi. Hahahaa...
 
Ok, ni yang terasa nak pegi sarikin lagi ni!.
 
 

with lurve,
riri
 
 
 
 
 
 


Monday, June 17, 2013

1 Jun 2013

Sempena Birthday Agong yg lepas, my adik datang KL dgn husband dia. So tugas me adalah membawa mereka berjalan selagi tak penat. Hahaha....

Pagi sabtu kami ke IKEA. Ceh ini je gambar yg me ada masa kat IKEA. Cehh... ape da...


Selepas ke IKEA kami balik rumah dulu. Lepas Zohor baru sambung lagi ke jalan TAR pula sampai kul 6 kot. Lepas maghrib bergegas ke Chop & Stick dkt are Selayang Mall tu. 

Tepat pukul 12 me and adik me dan my auntie reramai pegi ke ICT pula. 
Percayalah ini 1st time me pergi kat sini. Walaupun kami sampai dalam pukul 12.30 tapi masih ramai org.


Cantik sangat....



Kenapa me gemuk cukup la tak paham. Tak pe now me dah on diet. Tahan je nafsu makan mengarut2 ni. Lepas bulan 9 nanti me akan pulun balik. Heheee..


Sebelum balik sempat ambil gambar dgn my adik yg merajuk ni. Hahahaaa...


with lurve,
riri

Friday, January 11, 2013

Makan...

Owh ni entry memang basi habis la... Hehehe... Actually entry ni sambungan entry yg dulu2 dimana adik me datang KL masa cuti sekolah dulu.

Skrg dia dah sekolah dah entry ni me baru nak buat. Adeh, kebizian melanda.

Actually minggu sebelum me hantar dia balik kampung, me bawa dia pg makan chicken chop. Fav food diakan... Lagipun bukan selalu.

Me bawa kat restoran Fish & Chip.... Erk sorry nama panjang tak ingt la. Selalu panggil Fish & Chip je. Kedai ni terletak kat Selayang. Berhampiran dgn Mydin and Selayang Mall. Kedai ni tepi jalan and betul2 kat simpang trafic light nak ke Selayang Mall.

Ni yg me punya. Nasi goreng ape tah nama dia. Tak ingt la... Adehh.. Dah lama katakan..

 
Ni pula sizzling chicken chop.


 
Nyummmy..
 
Last skali.... Hehehe...
 

 
Gaya mcm bnyk sngt gmbr nak update. Masa ni yg me ingt perut dah kebulur gile. Jalan pula jem nak kesini. Maklum la balik keje, ambil adek me and zaaaass pg Selayang utk makan.
 
So bila makanan dah sampai terus makan tak toleh kiri kanan. Air pun lupa nak snap. Dasar kebuluran. Hehehehe...
 
Price reasonable. Range dalam RM 9 - 10.90 utk 1 menu. Price range ni hnya utk dua benda yg dalam gambar tu je ye...
 
 
 
 
with lurve,
riri
 
 

Thursday, December 6, 2012

PWTC

Lepas brunch kat food court KLCC, kami pg jumpa my mama.
Kebetulan my mama kna pg PWTC. So, singgah la kejap. 
 
 
And nak bg si bujang baju petak2 tu melepaskan rindu kat mama. Hehehe... Dah seminggu kan dia kat KL.
 
 
Tup2 bila sampai mama ajak masuk dalam sekali tngok perasmian sbb kebetulan masa kami sampai tu PM baru je sampai. So, tak pernahkan tengok PM depan2 dan tak pernah merasa suasana mcm tu, so kami pun tak melepaskan peluang. Hehehe...


Tp dpt tengok dari jauh je la.
Huhuhu, ni pun dh habis zoom dah camera hp ni.. Baru la dpt merasa suasana perhimpunan ni, selalu tngk kat tv je kan...
 
Lepas PM dah habis berucap, semua pegi lunch. Kami pun pg. Hehehe...
Langkah kanan tu...
 

 
Budak yg dah rindu mama la... Cewaahhh
 

 
Ni je yg me makan. Hehehe, me dah kenyang dh makan sblum tu.

 
Satu pengalaman yg tak dapat me lupakan.
Duduk dalam dewan tu dan dgr PM berucap, depan2 tu, live...
Hehehe, seronok.
 
 
 
p/s; entry ni tak de unsur politik ye...
 
 
with lurve,
riri


Tuesday, December 4, 2012

Lunch that day

Lepas pg Petrosains, laju2 kami jalan ke foodcourt KLCC. Dah keluar Petrosains baru terasa lapar. Hik hik hik. Actually b4 pg tu kami tak breakfast langsung pun. Bangun pagi siap2 terus jalan je.

Maklum le 1st time me drive nak ke KLCC tu. Risau nak cari parking kt mane tu dah menghantui fikiran me sampai x breakfast pun tak kisah.

Ini pilihan my adik, sizzling yee mi.
 
 
 
Spageti Bolognese ni kat Milano. For me spageti kat sini memang terrbaikk..
 


Ni me punye.
Nama pun lapar kan harus la hentam nasi ayam penyet api2.
 

 
Waffles dgn ice cream. Skali salah ambil ice cream da...
Ingtkan flavour kiwi sekali papermint le. Sngt tidak sedap ice cream tu. Yg ni pun kat Milano.
 


Amboi adik. Comot2 makan ye, tau lal lapar...
 
 

Bila makan kat foodcourt tu teringt kat my x-officemate masa keje kat jalan yap kwan seng tu.
 
Bila Jumaat je kita org mesti pg food court KLCC tu sbb nak makan kat sana n jalan. Rehat panjang kan, harusla menghabiskan masa sebaiknya.
 
Owh, rindu that moment! Skrg masing2 dah pindah keje tempat lain.
 
 
with lurve,
riri
 
 


Thursday, November 29, 2012

Cuti2 Petrosains

 
Dah habis cuti panjang sempena Deepavali, me pun balik KL.
Angkut skali my adik. Sbb nak ikut sngt kan...
X tau nak bawa dia jln mana weekend lepas, so me tnye dia. Katanya nk pg Petrosains. Ceh, dia bru je lagi pegi kot dlm bulan lepas dgn rombongan sekolah, ni nak pg lagi?? Ape laa...
 
So b4 pegi, me dh survey hrga tiket. Harus prepare budget nak berjalan.
Harga tiket tak de la mahal sngt pun. For me berpatutan la.
Nak tengok harga tiket boleh tengok kat SINI ye.
Dgn syarat tunjukkan la Mykad.
 
Tp lagi bestnye sbb me pegi kat label PROMOTIONS,
tup2 memang bnyk la promotions. Hik hik hik.. Suka suka suka
 
Cer tngok kat tiket ni, dia ada tulis PETRONAS Mesraa Loyalty Programe,
 
 
Dan harga tiket ukt dewasa ialah RM12.70. Kanak2 dari RM5 dapat RM4.20, jimat 80sen. Hehehe...
 
Masa nak beli tiket, me tunjukkan kad mesra, sbb tu dpt 15% off for each tickets.
 
Bukan sape2 yg ada kad mesra je layak, yg ada kad Aeon, KFC Chicky Club, Kelab Taha, Rakan Muda member card, Plusmiles Privilage Card, and banyak lagi la.
 
Tapi setiap kad tu promosi dia lain2.... Nak tau ape lagi kad dan jenis promosi yg Petrosains Offer boleh la tengok kat SINI ye.
 
Actually dah lama me tak datang sini. Last me dtg masa me darjah 5 ke 6  tah. Masa tu tahun 1997-1998. So, x  de la gmbr bnyk sngt dlm ni. Mata pun sibuk melilau tngk kiri kanan tngk pameran dlm tu.
 
Layan je la gmbr yg mana ada ye.

 
Masa kt sini terbayang kejadian gunung berapi kat Indon dulu.. Seraaammm..
 

Ini la budak yg sibuk nak ajak pg Petrosains lagi.
 

 
Okey dah sampai last station b4 balik naik gondola. Hehehe...
 
 
Aktiviti last sebelum keluar,

 
Kat dlm Petrosains tu ada 1 area yg kalau nak masuk kena bayar. If tak nak masuk pun tak pe.
Alloooo me x ingt pula nama area tu.. Plantar carigali something mcm tu la.
 
Nak masuk kena la byr RM3.
 
 
Ha, tngk kt ticket tu, Astro Canyon Coaster. Me tak tau nak cerita mcm mana, tp masa dlm coaster tu me duduk depan sekali. Adoi, dah la me ni penakut kalau bab2 nak naik roller coaster tu, sib baik la tak seram sngt.
 
 
with lurve,
riri
 
 


Monday, November 26, 2012

Cuti2 Utara

Yeay, ada paparazi ambil gmbr kite!
 
Last week me cuti 1 minggu. Unrecorded leave. Dalam erti kata lain cuti FREE. Bos bagi maaa tak kan nak tolak kan. Peta Malaysia me tadahkan. Hehehe....
 
Minggu2 terakhir cuti, me and family pg ke Utara utk menghadiri kenduri kahwin di rumah saudara kami d sana. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 12 tnghari.
 
Ni kat RNR Tapah. Berhenti utk makan n solat. Dalam pukul 2-3 la kami smpi kat sini. Laju tak my abah drive. Fuhhh...
 
 
Ramai juga la org kt RNR Tapah ni. Masa sibuk memberaturkan diri membeli coolblog, nampak mudak2 matrikulasi melaka menuju ke kedah. Sbb ada KAKOM! Me tk tnye okey, me nampak kt baju2 mereka. So, buatla kesimpulan sendiri. Hehehe...
 
Wah, tetibe terimbas kembali pula zaman2 matrix kat kedah dan masa pg KAKOM dulu!
Dan terimbas lagi kenangan berkenalan dgn Mr.S yg sngt la sombong!
 
Sombong2 ye, last2 cari me balik. Padan muka. Heheee...
 
Ipohhh... Besar betul perak ni.

 
Dalam pukul 7-8 kami sampai kat RNR Gurun. Tunggu my cousin sbb nak saing ke Changlun. X tau jalan ma...
 
Dalam pukul 11 kami sampai di rumah sedara kami di Changlun dan... lepas berbual2 sikit, minum sikit, me pun tido! Gile mengantuk.

Pagi2 lagi my abah and mak cik dh plan nak jalan2 ke Bukit Kayu Hitam. Me pun teruja la sbb tak pernah pg. Padang besar dah pernah pg dah.
 
Actually kami tak tahu mana sbnrnye Bukit Kayu Hitam tu, so kena la tnye dgn UPP tu.
 
Rupanya kena lalu je Imigresen tu. Cakap nak pg Zon Bebas Cukai.
 


 See.. kami dh lepas Imigresen tu!

Tunggu yg lain...
 

 
Okey, dah sampai. Kami ke sini;
 
 
Actually gmbr ni me ambil masa nak balik. Hehehe...
 
Mula2 smpi sngtla kecewa sbb semua kedai masih tutup. Padahal masa tu dah pukul 9 pagi!
 
 
 
Cuma ada 1 je kedai yg buka. Kami pun ape lagi, terus serbu. Hehehe...
 
Dapatlah my abah and mak lang beli narita.
Abah and adik pakai bju yg me belikan haritu. Hehehe
 
 
Me dgn adik me ni tertarik dgn motor ni!
Sangat la cantik okey. Tp no pendaftaran opkos la Thailand.
 
Rasanye scooter. Ala, lupa pula nak belek moto ni haritu.
Tp sngt cntik. Hehhee...
 
 
Honda okey. Tp kenape kt Malaysia tak de eh. kalau ada mesti ramai yg beli.
 
Okey dh habis memborong kt kedai bawah, kami naik ke atas pula.
 

Ni je kedai yg buka kat atas selain dri kedai makan.
 Kedai ni pun baru je buka. Kami terus serbu. Hehehe..
tak sempat lagi tokei kedai tu nak susun2 barang.

 
Opss me dah mandi ye. Tapi pakai bju yg sama... Baju yg me bawa limited. Hehehe...
 
Selesai memborong, ape lagi, balik la...
 
Masa nak turun kat bawah tu nampak ada 1 lagi kedai baru nak buka. Masuk, jgn tak masuk.
Ternampak 1 baju chiffon plain ada corak2 harimau sikit wrna mustard.
 
 
Me beli, tp tak muat. Kah kah kah. Tak pe, tngu kurus sikit baru pakai.
 
My mama dah cakap awal2 dh, mcm tak muat je. Tp dek kerana cantik, me beli juga.
 
Pastu me sambung jalan2 kat pekan Changulun pula. So sad sbb kedai mmg bnyk lagi yg tak buka.
Hmm kami sngt la pelik bnyk kedai yg lmbt buka. Mayb sbb sabtu kot.
 
 
 
 
with lurve,
riri





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang