Tawaran Hebat !!!

Thursday, March 6, 2014

Kuching, Sarawak for the 1st time ever

Tajuk... hehehe. Jujur betul! Yup, memang 1st time ever OK pergi Sarawak tu.
 
Masa kena pergi tu memang excited, tido pun tak lena. Syukur dengan rezeki Allah... Kerja baru ni memang kena kesana kesini, mesyuarat, kursus bagai... So dapatlah me berjalan2 ke negeri orang.
 
Me pergi 5 hari 4 malam, dgn my bos. Flight tengahari. So petang tu bila sampai hotel sempat lagi la berjalan2 di shopping mall sebelah hotel. Sebelah je....dekat sangat.
 
Malam pertama tu kami merayau2 kat shopping mall di sekitar hotel tu. Dan depan hotel tu ada ni ha replika kucing. Masa mula2 tu tak percaya je ini lah replika yg selalu nampak kat tv. Ye la, sbb dalam tv nampak besar kot, rupanya sederhana je. Me ingtkan besar mcm helang kat langkawi tu. Huhuhu...
 
 
2nd day adalah Mesyuarat.

 
3rd & 4th day adalah kursus...

 
Hari jumaat (15 nov) masa lunch yg lelaki kena pergi smbhyg jumaat kan, kami yg wanita2 ni sanggup tak pergi lunch sbb nak pergi jalan2 area jual cenderamata tu dan naik bot seberang sungai sana nak pergi beli ikan terubuk dan kek lapis sarawak.
 
Pastu pukul 2.30 kena masuk kursus tu balik, masing2 dah kelaparan. Hahaha...kelakar betul la. Tapi seronok. Me rasa mcm tak puas pula jalan2 kat area situ. Me teringin nak makan mi kolok / laksa sarawak. Tapi tak tau la kat mana... kesudahannya, telan air liur je la. Heheheh..
 
Ok, malam ke berapa tah, tak ingt la....dapat naik cruise + sekali dengan dinner.
 
 
 
Dapat juga menikmati pemandangan di sepanjang sungai tu. Aduss me tak ingat la nama sungai ni... Siyes tak ingat... Sungai Sarawak ke eh?
 


 
Ni dalam cruise pula.


 
Sebelum dinner kami disajikan dengan persembahan tarian yg famous di Sarawak.

 
Ni dah round yang ke berapa tah, baru la teringat nak snap gambar. Hahahaa... mknan dlm tu so-so je la pd me. Pada org lain me tak pasti.
 
 
Owh, mlm sebelum kami naik cruise tu, kami di bawa makan malam di Mango Tree. Makanan kat situ memang sangat sedaaap.... Teringat sampai hari ni pulut mangga. Siyes sedap.
 
Memandangkan kursus kami tu habis awal dari yang sepatutnya, last day pagi sebelum masing2 pulang ke semenanjung kami di bawa ke Sarikin. Ni border antara Sarawak dgn Indonesia. Ok, nak pengsan bila sampai sini. Hahahahaaa....
 
Nampak tak gambar ni???

 
Telekung di merata2 uuu... Murah2 pulak tu. Me beli la juga sehelai telekung cotton sulam penuh. Memang puas hati. Dan paling best murah oii.. Berbaloi2... Kalau kat jalan tar harga dia mesti RM 120 ke atas. Tapi me dengan suka hatinya beli dengan harga RM 60 jer.
 
Kain pasang, blouse murah2... Sib baik la $$ me dah terbang sbb beli kek lapis, ikan terubuk fridge magnet bagai.. Lau tak...ffuuhhh...
 
Me berkenan dgn tikar sarawak tu. Size sederhana penjual tu nak beri dalam RM 120 - 150. Lupa pula me, dh lama kan peram cite. Tp dlm range mcm ni la. Memandangkan ni 1st time me pergi sarawak, dan me pergi dengan bawa luggage yg sederhana, maka bye2 la tikar sarawak.
 
Mcm ni je pun me dah balik dengan 1 luggage + bag lap top + bag baju + handbeg + beg kertas. Fuhhh... semput. My bos pula, luggage dia kemain besau lagi. Hahahaa...
 
Ok, ni yang terasa nak pegi sarikin lagi ni!.
 
 

with lurve,
riri
 
 
 
 
 
 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang