Tawaran Hebat !!!

Showing posts with label GoSiP. Show all posts
Showing posts with label GoSiP. Show all posts

Friday, August 5, 2011

aLLy iSkAnDAr PuTuS tUnAnG

Baru2 ni heboh tentang Khairul Fahmi putus tunang, hari ni pula d Harian Metro Ally Iskandar menconfirmkan @ mengesahkan yg dia dah putus tunang dgn Nur Aisyah Zainal pada 30 July yg lalu... bukan kat paper je hebot, kat blog2 pun memang heboh la nak2 bila ada gosip panas... Bila belek2 balik entry lama rupanye me tak de buat pun entry dia bertunang masa tu... haha,jgn tnye kenape ye.. me pun tak pasti... jom2 kita baca penyataan dari Ally sendiri;

(suka dgn bju Aishah tu)

SHAH ALAM: “Saya terkilan kerana hasrat menyambut Ramadan dan Syawal bersama tunang tersayang tidak kesampaian kerana detik rasmi iaitu pada 30 Julai (Sabtu) lalu adalah tarikh putusnya ikatan pertunangan kami.

“Sepanjang tempoh lima bulan mengikat tali pertunangan kami cuba untuk mencari keserasian, namun usaha itu menemui jalan buntu,” kata pengacara popular, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 35, selebriti tempatan terbaru yang disahkan memutuskan ikatan pertunangan bersama naib juara Gadis Melayu 1, Nur Aishah Zainal.

Ally ketika ditemui di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam mengesahkan sudah memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nur Aishah, Sabtu lalu apabila kakak dan bapa saudaranya yang bertindak sebagai wakil ditugaskan ke rumah bekas tunangnya (rumah kakak Nur Aishah) di Ampang menyampaikan hasrat memutuskan pertunangan.

“Keputusan ini dibuat atas kata sepakat dan dibincang bersama sejak 23 Julai lalu. Dalam tempoh seminggu, kami cuba berbincang dan memperbaiki hubungan ini, namun usaha kami gagal, akhirnya jalan penyelesaiannya adalah putus tunang,” katanya.

Menurut Ally, walaupun akur dengan keputusan itu, kedua-dua mereka tidak pernah berbalah malah perpisahan itu diuruskan dengan baik mengikut adat Melayu.

Katanya, walaupun mereka sudah mengenali sejak 2008 lagi, namun tempoh tiga bulan mengenali hati budi masing-masing iaitu sejak November tahun lalu sehingga Januari tahun ini tidak cukup buat mereka sebelum mereka mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu.


“Kami merancang mendirikan masjid (berkahwin) pada hujung tahun ini, namun apakan daya jodoh di tangan Allah kerana dia lebih mengetahui ada hikmah di sebalik apa terjadi.

Ally menegaskan, di sebalik keputusan itu tidak pernah timbul isu wujudnya pihak ketiga sebaliknya ia berpunca kerana tiada kesepakatan dan ketidakjelasan hubungan mereka.

Nampaknye dah bukan jodoh Ally dgn Aishah..... Percayalah setiap apa yg berlaku msti ada hikmahnye... Allah lebih tahu ape yg terbaik utk ummatnye... 

Masa me blog walking tadi, terperanjat me tengok dia ckp org2 cakap la tahun 2011 ni trend putus tunang... ??? minta d jauhkan la sume2 mcm ni... To my little sista, please jga your relationship dgn tunang you tu... Termasuk la my friend Mya yg baru bertunang bulan Jun yg lepas... Berdoa la bnyk2 supaya jodoh korang berkekalan.... Me pun berharap semoga jodoh me dgn Mr.S kekal sampai ke akhir hayat.... oit2 tapi buat masa ni kami lum tunang lagi yer.... dlm planning lagi... mayB next year... doa2 kan yer.... ^____^

Tuesday, June 7, 2011

ElLy MaZLiN bErTuNaNg.....nAiK kEtE kUdA

Pada 29.05.2011 yg lepas, pelakon dan penyanyi Elly Mazlin telah pun mengikat tali pertunangan dengan Azmi Hatta... Me dapat gmbr n info ni dari my friend.. Dan yg gempak..naik kete juda tu beb... ha, korang ada??? tak de kan... huhu me pun tak de... hik hik hik....




Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Pelakon Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.
Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.
Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.
Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.
Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi,

 
*br bertunang dah naik kereta kuda.. klu kahwin nnt cam ner lah agak nyer ye



























tuuu...dia.... cantikkan... mcm konsep Cinderella jer... huhu... oit ada ke nama konsep mcm ni? main taram jer..hik hik hik.... utk Elly & pasangan... Semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin...



Monday, May 23, 2011

mEnToR 5 - FiNaL

Lepas tengok Mentor 5 semalam, ternyata protege2 yg pg ke final sume hebat2 belaka. Iaitu Shiha, Iqa dan Salma.. Mula2 terperanjat gile sbb Salma tak masuk final, tp nasib baik pihak TV3 nak 3 peserta ke final, so ada rezeki Salma utk ke final.... FYI, utk sape2 la yg tak perasan ke tak tau ke, tk ingt ke, Final Mentor 5 ni hari Ahad ni, 29 Mei 2011 yer... Pastikan terpacak dpn tv yer nak tngk show... eh.... bukan terpacak nanti penat pula berdiri.... duduk la ye... huhu....

Final nanti dia org akan diberikan lagu sorang satu... huhuhu...tak paham??? tah pe la yg me tulis tu... okey2... ni sbnrnye me nak ckp... "Final nanti dia org akan nyanyikan lagu singel masing2".... ha....baru betul... nak cakap pun terbelit-belit... Nak tau tak lagu ape??


Shiha akan menyayikan lagu Bila Bertemu Mu ciptaan Ajai


 Iqa akak menyanyikan lagu Di Penghujungnya ciptaan mentornye sendiri Edry Abdul Halim...


 manakala Salma pula akan menyanyikan lagu yg bertajuk Aku Permata ciptaan Taja Meet Uncle Hussain...

Me dah dengar dh lagu2 tu sume... hrrmmm.... best2.... sume lagu best.... nampaknye masing2 memang berusaha sedaya upaya utk bergelar juara Mentor 5 ni... Korang nak dengar tak??? jom dengar kat TV3. Just klik je kat SINI yer... tiga2 lagu ada.... dengar tau jgn tak dengar.... For Salma.... chayok2.... huhu :P

Thursday, May 5, 2011

NuRuL sYuHaDa NuRuL aIn KaHwIn JuLy Ni

Siapa yg tak kenal dengan pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain ni kan, pengacara Majalah 3 yg fofular ni... Sebelum ni Nurul Syuhada bercinta dengan angkasawan kedua negara iaitu Mejar Dr. Faiz...tp skrng ni tak lagi sbb Nurul Syuhada dah jumpa penggantinya... dan baru2 ni Nurul Syuhada dikatakan buat statement yg dia akan menamatkan zaman bujangnya pada Julai tahun ni... Julai 2011 ler.. Nak tau sape jejaka yg bertuah tu????

*

*

*

*

*

*

*

*

*

scroll lagi ke bawah yer lau nak tau :P
cepat2 jgn malas... huhuhu....

*

*

*

*

*

*
dah penat ke scroll? huhu... ye la ye la...
 Jejaka yg dimaksudkan ialah Raja Amir bin Raja Azwa. Raja Amir ni merupakan seorang pegawai bank yang mempunyai darah kacukan Melayu dan Australia.


Nampak sepadan kan mereka berdua ni...Nurul Syuhada membuat pengakuan tersebut ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis doa selamat dan pelancaran buku Sanggul karya jurusolek Zulfazli Suhadi di restoran Intai-Intai Ahad lepas.

Menurut Nurul Syuhada, mereka berdua tak bernah bertunang mahupun mengikat tali pertunangan *sama je la kan...huhuhu.* Tp ada mengadakan majlis merisik dan menghantar tanda secara ringkas di rumah keluarga Nurul Syuhada sekitar bulan Januari yg lepas... dan kedua2 belah pihak telah bersetuju utk melangsungkan majlis bertunang dan akad nikah secara serentak pada Julai nanti... Kepada Nurul Syuhada dan Raja Amir, semoga berkekalan dan bahagia selalu yer....

Tuesday, May 3, 2011

MaJLiS pErTUnAnGan ZaHiRIL aDzIm & sHeRa AyOb

Ahad lepas telah berlangsungnya Majlis Pertunangan Zahiril Adzim dengan Shera Ayob di kediaman keluarga Shera di Taman Tasek Indra, Ipoh. Zahiril Adzim 27, merupakan seorang pelakon yg sedang meningkat naik... Skrg ni drama lakonan Zahiril yg sedang di tayangkan ialah Juvana... Shera Ayob 25, pula merupakan pengacara Wanita Hari Ini...


Majlis Pernikahan akan di adakan pada 20.11.2011... Pandai mereka pilih tarikh kan... cntik tarikh tu... Dan menurut mereka tarikh tersebut d pilih sbb senang nak ingt... Sampaikan nombor plet kereta pun mereka nak 2011.... Manakala Majlis Resepsi akan di adakan pada 17 Disember 2011 d KL..

Hantaran pada majlis pertunangan tersebut, Zahiril memberikan 7 dulang hantaran dan di balas 11 oleh pihak Shera... Cantikkan hantaran mereka...


Tersenyum gembira pasangan sejoli ni... Hopefully Zahiril dan Shera bahagia selalu dan kekal sehingga ke anak cucu... Kpda sesiapa yg admire Zahiril ni jgn sedih2 yer...

p/s: Mr.S, tarikh 20.11.2011 tu cantikkan... tak terfikir ke nak wat ape2 dgn tarikh tu? Huhuhu :P

Tuesday, March 8, 2011

M NaSiR mEniNgGaL????

Msti terkejut bila tngk tajuk akbar harian metro hari ni...
Siapa yg tak terkejut tiba2 d dngrkan dgn berita yg begitu menggermparkan... Tetapi bila dh bca paper hari ni baru la tau sbnrnye bukan M Nasir komposer terkenal negara kita ni.. Kenyataan ni dh d sahkan sendiri oleh Marlia Musa, isteri kepada M Nasir di harian metro hari ni 8 March 2011.....


Setelah di selidik, M Nasir yg d maksudkan merupakan seorang imam di Jakarta yg kebetulan nama singkatannya juga adalah M Nasir...
Huhu...sekali salah org la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang