Tawaran Hebat !!!

Friday, April 19, 2013

PTPTN - SPH

Alhamdulillah hari Jumaat yg barokah, ada berita gembira nak d kongsikan bersama...
 
Semalam petang me cek email. Then nampak email dari nama yang tak dikenali. Bila buka buka email tu....
 
Nah ambil ni;
 

Surat Pelepasan Hutang (SPH) me dah otw! Maknanya me bebas hutang dari PTPTN ni. Hahahahaha (gelak jahat) puas hati me.
 
Erk tapi tak puas hati lagi ni, belum pasti btl ke tak ni... So meh kita cek surat yg dia attachkan.
 


Owh confirm la! Ok puas hati :)
Hrmmm tapi macam tak je. Ada satu lagi kena cek ni...
 
 
Okey ni betul2 puas hati sebab acccount me dia orang dah buat pelarasan. Yeay!
 
Tapi me tak pasti duit tu bila dia orang nak transfer sebab semalam dgn today me dah check account masih tak de sebarang bayaran balik lagi. Mayb ambil masa 2 - 3 hari kot. Tak pe next week boleh check lagi.
 
Nak tau macam mana me blh terjebak dgn PTPTN ni boleh refer kat entry NI
 
Siapa2 yg berkemampuan nak buat full settlement baik la buat sebelum offer tu tamat ye. Rugi besar kalau tak settlekan.
 
Nak tau kenapa me cakap macam tu? Jom kira sesama apa yg me bayar;
 
Jumlah Pinjaman sebenar (1 sem) = RM 3,250.00
Baki pinjaman setakat 31.01.13 / Jumlah dibayar = RM 3,692.92
Discount 20% ke atas baki pinjaman setakat 31.01.13 = RM 738.58
(ada perbezaan 0.09 sen tu me tak pasti pula macam mana dia org kira)
 
Jumlah sebenar yg me bayar = RM 3,692.92 - 738.58 = RM 2,954.34
 
Perbezaan Jumlah Pinjaman dgn Jumlah sebenar yg me bayar =
RM 3,250.00 - RM 2,954.38 = RM 295.66
 
Nampak tak?? Untung berganda-ganda oooo....
 
1. Untung sebab me bayar pinjaman kurang dari jumlah apa yg me kena bayar (jumlah asal + kos pentadbiran = RM 3,692.92)
 
2. Untung sebab me bayar kurang dari jumlah yg me pinjam iaitu kurang dari RM 3,250.00.
So kiranya macam me tak kena bayar kos pentadbiran malah dapat discount lagi ke atas jumlah sebenar me pinjam.
 
Faham tak??? Tak faham pun buat2 faham je la ye... huhu tak tau nak expalin mcm mana.
 
Tp me sarankan kat peminjam2 PTPTN yg baki tak banyak dan berkemampuan utk bayar sila la bayar sebab menguntungkan. Sangat menguntungkan malah kos pentadbiran 3% atau 1% tu tak dikanakan. FREE OF CHARGE la kan...
 
Kalau rasa2 nak bayar tapi tak de cash money atau saving boleh je keluarkan KWSP utk bayar PTPTN. Tapi pastikan la duit kat akaun 2 tu cukup utk buat full settlement PTPTN.
Tapi.... huhuhu KWSP ada syarat2 nya la... Tu kena refer kat KWSP ye kawan2..
 
 
Fuhhh... panjang explaination. Apa2 pun AZAM 2013 nak settle dgn PTPTN dah pun tercapai...
 
Now tunggu dia org pulangkan duit balance je.
 
 
with lurve,
riri


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang