Tawaran Hebat !!!

Tuesday, April 30, 2013

Our Little n Sweet House!

Eheemm... ehem.. kah kah kah... Gelak dulu. 
Ingtkan today Friday sbb esok cuti kan, so excited sikit la. Sekali today baru selasa la. Eh eh tak sabar pula nak tunggu Jumaat nak balik kampung. Itu yang penting.

Sebenarnya today nak buat entry tentang keduri kahwin my cousin middle april haritu. Tp bila cek2 kat pendrive tak jumpa pula folder gambar tu. Tah kat mana selitnya tak tau la.

Today nak story kegembiraan sebab dah jumpa rumah sewa yg akan kami duduk lepas kahwin nanti. Dan yang pastinya rumah sewa tu sama area dgn rumah my mak cik yg me tinggal sekarang dan dekat dengan my opis. Hehehee.... 5 minit je dah sampai.
Tak perlu menghadap jem bagai bila nak pg opis and pg keje. Mr.S nak pg keje pun dekat je katanya. 15 - 20 min dah sampai.

Alhamdulillah... Allah permudahkan segalanya... 

Sebelum ni me dah jumpa 2 rumah sewa. Fist tingkat 5 sewa blh nego until RM 450/month. 2nd ground floor RM550. Tp both rumah basic unit. Means kosong, tak de tiles, bumbung leaking la, then tak ada ruang khas utk dapur, etc.

Mr.S unhappy sikit la dgn condiition dua2 rumah ni kan. Tp me tak fikir semua tu sbb yg penting "ada rumah". Yg lain tu belakang cite. Nanti pandai2 la me deco2 bagi cantik.

Rumah 1st.

Ni la yg di maksudkan dgn tak de ruang khas utk dapur. Dapur dgn living hall sekali.. Tak ada apa yg membezakan.


Rumah 2nd.


Yang ni pula ruang veranda disekalikan dgn ruang sinki / ruang dapur. 


Pada me memang me tak kisah. Asal ada je me grab cecepat sebab kat area sini memang PANAS!! 
Susah nak dapat rumah sewa. Kalau ada iklan kat mudah tu be the first la. Kalau lambat sikit memang kena sapu. Both rumah tu me tengok iklan kat mudah.

Rumah yg 2nd tu me dah bayar booking RM200. So bila dah booking owner tak kan layan lagi la bila ada org lain tanya. Dalam 2 minggu lagi baru bayar balance deposit dan kunci.

Tapi Mr.S memang bising sampai gaduh pun ada la, sebab dia unhappy dgn condition rumah yg me dah booking tu.

Seminggu lepas me bayar booking tu, my childhood friend message me kat FB. Dia tanya samada me dah jumpa rumah sewa atau belum. So me bgtau la dah jumpa tapi sangat2 basic unit. Dan dia bgtau yg dia nak pindah sebab husband dia kena posting to Melaka. Dan dia mencari penyewa baru. Actually rumah dia ni di area yg sama cuma block je lain2. Rumah ni adalah rumah ayahnya yg merupakan kawan lama my abah. 

Actually me memang kenal dgn abah kawan me ni. Pendek kata satu family dia me and my family kenal sebab dulu kami sama2 tinggal di quaters polis. Dan masa wedding adik me kat kampung last year pun dia ada datang 1 family.

So tanpa melengahkan masa, sepantas kilat petang tu juga me datang rumah dia and tengok condition rumah tu. Zap zap zip me ambil gambar and whatsapp terus kat Mr.S. Then dia agreed 100% without prejudis.
Mr.S cakap "Ini baru la betul2 rumah" Erk???? Dalam hati cakap "abistu sebelum ni me tunjuk dia reban hayam ke apa?"

Balik rumah terus me inform owner rumah yg me dah bayar booking tu utk cancel. Sib baik RM200 je. Kalau me bayar deposit full haritu menangis kami oooo... 

Dan few days lepas tu me bayar deposit rumah ye ke-3 ni. Dua minggu lebey baru me dapat kunci sbb kawan me ni nak bersihkan dulu quaters di Melaka then baru dia angkut barang2 dalam rumah ni.

Yeay, dan ini lah dia ower new house....


Dua hari juga la lepas keje me berkampung kat rumah baru ni sebab nak cuci sental kasik berkilat biar silau mata Mr.S tu.


Ada ruang khas dapur. Means ada dinding la yg membezakan dapur dan ruang tamu. Dan kat luar tu ada veranda... 

Dan selepas di deco sendirik oleh Mr.S.


Mr.S dengan rasminya dah pindah ke rumah baru ni ahad lepas. Dan me pun boleh la menarik nafas lega. Dah settle 1 perkara yg me rasa besar gak la. Sbb pernah la me sampai give up kot nak carik rumah area sini. Sbb if area lain me la yg susah nak pg keje. Jauh + jem!

Mungkin pada org lain rumah ni tak de la sesempurna dan sehebat rumah org lain yg semestinya lagi hebat. Tapi kami sendiri bangga dengan rumah yg kami dapat sewa skrg ni. Dah cukup lengkap rasanya utk mulakan hidup baru selepas kahwin nanti. 

Okey, me dah tak sabar nak pindah ni. Hik hik hik... 4months lagi...
Bila me tengok2 erk banyak lagi barang nak kena beli ni... Okey pelan2 kayuh...


p/s; esok cuti. Jom pg IKEA mr.S. Selamat hari buruh semua....


with lurve,
riri



2 comments:

Mimie said...

Umah no 3 bru nmpk ok

mummY daniSha said...

yes..ni lg better kan =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang