Tawaran Hebat !!!

Tuesday, April 5, 2011

aKiBaT pEngGuNaAn MoUsE kOmPutEr yG sALaH

Siyes tak tau pun sbnrnye salah pegang mouse dgn salah guna keyboard pun leh mmberi kesan kpda kshtn tangan kita... BERHATI-HATILAH!Kpda blogger2 sekalian yang tiap2 saat, tiap2 minit, tiap2 jam, tiap2 hari dan yg selalu bekerja dengan menggunakan KOMPUTER, kesalahan dalam penggunaan MOUSE akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam kedokteran untuk kelainan pada otot lengan).

Gunakan Mouse dengan BETUL..
Berikut adalah foto pembedahan tangan pesakit yang mengalami karpal sindrom.





Kat bawah ni adalah gmbr cara2 mnggunakan mouse dan keyboard dgn betul...






Me dah wat experiment tadi... try pegang mouse mcm biasa me selalu pegang lepastu tngk dngan gmbr ni btl ke salah... confirm SALAH.... hahaha.... pastu try utk keyboard pula... pun SALAH.... bahaya ni.... okey kat bawah ni pula senaman tangan untuk mencegah karpal sindrom







lepas wat entry ni, tntg pnggunaan mouse dgn keyboard ni kan, dan2 tu me punye tangan tbe2 rasa sakit.... wah.....takutnye.....kna cpt2 buat excercise ni..... mencegah lebih baik daripada mengubati... korang nak ke weh tngn korang kena belah2 mcm gmbr kt atas tadi... eee....tak mau den....


Monday, April 4, 2011

tHanks Nuffnang...

Selamat hari Isnin... wah excited nye nak hupdate blog... actually pg ni pada 11.25am me saje2 je check my Nuffnang.. actually dh lama me tak check nuffnang ni sebab me frust tak penah dpt income pun... pnh nampak iklan tp bila check account tak de pun satu income yg lekat...pelik2.... Tp pagi ni saje2 je nak jenguk dh lama tak jengut... dan me tengok ada 4 income. Alhamdulillah akhirnye ada juga income walaupun jumlahnye tak bnyak at least pihak Nuffnang sedar tntg kewujudan myblog ni... huhu...



cube try test tngk kat tarikh iklan tu... bulan March punye iklan tp dah 4 April baru me perasan... huhu sedih2... kengkawan lau nampak me punye iklan Nuffnang tu klik2 yer... tp jgn lupa inform me... me akan klik2 u alls punye juga yerk..

P/s: nak makan ape lunch hari ni ye? nasi ayam rendang or siam curry noodle only for RM5.. grab this here


Friday, April 1, 2011

wAniTA2 sEkALiaN, hAti2 biLa KeLuAR rUmAH

Perhatian kepada semua wanita2 d luar sana... baru2 ni ada tak dgr cerita tntg lelaki asid?  Lelaki ni simbah asid kat kaum wanita tak kira la samada dia kenal tau tak. Dia akan simbh asid tu kat sape2 yg dia suka.... gila scary mcm ni.... kejadian bru2 ni dilaporkan kat Brickfields.... utk tahu lbh lanjut baca artikel dri harian metro ni ye...


PARAH...Rohainah cedera pada muka dan
leher selepas disimbah asid oleh lelaki tidak dikenali

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya. Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka. “Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar. “Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya. “Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam. Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian

 
Kepada semua wanita d harap sy dan anda akan lebih berhati2 bila nak keluar rumah ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang