Tawaran Hebat !!!

Wednesday, March 5, 2014

Bro's Engagement Day

Ni sume entry peraam... peram yang dah sampai masam dah baunya. Tika ini me sangat la jelous kpd blogger2 yg ada masa nak update blog ni.
 
Kejadian berlaku pada 21.12.2013. Ha, ameek 2013 ye. Me ada 5 orang adik beradik. Pertama dan kedua perempuan, me dgn adik me no.2 . Yg ketiga, keempat dan kelima semua lelaki.
 
Kami yg gurl2 ni dua2 dah kawin. Now giliran adik me yg ke-3 pula, lelaki. First time kot family kami meminang anak orang ni. Hehehe...
 
Majlis merisik telah di adakan pada 1.12.2013, dan bertunang pada 21.12.2013. Mereka ikat max 2 tahun. Maklumlah adik me ni baru je nak bekerja, tapi dah gatal nak kawin kan. Hahaha, so ikatlah 2 tahun, cari duit banyak2 dulu dah cukup baru kawin.
 
Okey layan gambar je la ye.
 








 
Hantaran dari pihak perempuan kpd pihak lelaki.
Warna tema; Hijau turqoise + teal + pink
 

Hantaran dari pihak lelaki kpd pihak perempuan.
Warna tema: Biru turqoise + pink.

 
Mcm biasa... hantaran ni dibuat oleh our auntie yg tangannya sngt lah berseni!. Daaaannn..kalau perasan, my brother ni recycle je barang2 masa me kahwin dulu. Cuma ribbon tu je yg baru. Hahahaha... Jimat!
 
Since pahar putih tu me dah gamkan dgn renda pink + crystal pink (mahal oooo kos benda ni je T_____T ), so lepas ni sapa2 yg guna pahar ni mesti kena matchkan warna tema hantaran mereka dgn warna pink tu. Hehehehe, no choice. Suka atau tidak terpaksa la terima.
 
Nasib baik adik me ni tak cerewat sangat pasal warna pink ni. Ada lelaki yg alergic gila dgn warna pink. For him, as long as hantaran dia settle, itu dah cukup melegakan hati dia. Tak kisah la warna apa pun.
 
Tengok ni... Melting jantung me tengok desert ni... Kecik comel.
Geramnya...

 
Adik tiri kepada bakal adik ipar me ni pandai buat kek. Dia memang berniaga kek2 ni dan desert2 bagai ni.
 
Taraaa...ini hasil rembatan me. Niat di hati nak masuk lam beg. Tapi takut terbalik lak kan. So masuk je la lam perut. Hehehe...
 
 
Pavlova tu nyummy... Sbb tak manis.
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 


Tuesday, March 4, 2014

Wedding Review - Wedding Cake

Owh.. lamanya tak buat entry kat sini. Sngt busy dgn kursus & mcm2 lagi la. OK review lagik. Adoi la... sebenarnya entry ni dh berzaman dalam draf. Tapi di sebabkan tak sempat nak masukkan gambar kat sini, tu yg jadi draf je dari last year lagi.

Pada me, memang kena cerita semua. Nanti bila dah tua2 nanti sekiranya aktif berbelog lagi, blh baca balik kan. Mengimbas kembali kenangan. Hehehe...
 
 
Ni nak review tentang wedding cake of the day..
 
(pic; FB Violet Creation)
 
Me memang saja tempah kek yg banyak mcm ni. Supaya nanti sape2 yg teringin boleh la merasa. Kiranya semua dapat merasa la kan sbb bnyak. Jangan ada yg cakap tak rasa sudah la ye.. Kalau tak dtg kat meja cake ni and ambil kek ni for sure la tak merasa kan.
 
Hehehe... heart that cakes so much. 2pcs round chocolate cake + 30pcs chocolate cuppies = RM 250. (sponser by my auntie, order by me) wakakakakaaaa.... Totally puas hati sbb sedap + kak rien hantar sampai kat rumah & setup the cake.
Desing munga2 atas cake tu me yang request. Warna, harus ikut tema ye. Heheheee...
 
Sebelah kanan, my auntie yg sponser cake. So, harusla dia berposing dgn cake tu. Hehehehe...
 
 
Owh me juga tempah kek hantaran.
Rainbow cakes (RM80/pcs); Ni dari my husband
 
(pic: fb Violet Creation)
 
Ini pula dari me. Boleh pula terlupa nak letak words kat atas tu. Kosong je kek tu tak tulis apa2.

(pic: fb Violet Creation)

 
Berat jgn tanya, me tak sure la berapa kg kek ni. Mungkin 1kg lebih kot. Me juga order rainbow cake in a cup utk my special guest yg bukan islam.  
 
(pic: fb Violet Creation)
 
Dan... hehehe, me order mini muffin strawberry & bluberry 250pcs utk doorgift.
 
(pic: fb Violet Creation)
 
Erk, banyak juga la me order. Ni bila me fikir balik ni, buat business dari rumah jual kek, cuppies, muffin, boleh untung oooo.... Setiap minggu ada je tempahan. Kalau yg tempah tu sekali banyak mcm me ni, peerrgghh.....
 
 
Opss lupa. Semua ni me order dari kak Rien, Violet Creation. Boleh search kat fb ye "Violet Creation". Me tak blh nak link kan sbb kt opis fb dah kena block. Hahahaha....
 
 
Highly recommanded. Senang nak buat bincang & service pun OK.
 
 
p/s; sebab pengantin sangat busy masa tu, tak sempat nak jumpa kak rien walaupun sekali. dia dtg rmh me antr muffin & wedding cake 2 kali kot.. :(
 
 
with lurve,
riri
 
 


Thursday, January 23, 2014

Spice Rack Comel

Assalamualaikum.....

Tengok ni... tengok ni.... Spice rack yg chomel dan cute.


Comel kan?? Hehehe... Haritu tengok cite korea petang2 hari sabtu kat astro, ada nampak bekas spice rack ni. Teruja nak mencarinya. Pengaruh betul. Hehehe...

Ada 6 balang lutsinar. Memudahkan kita nak lihat rempah kita kat dalam balang tu.


Cute kan... Me memang suka dgn barang2 yg comel kiut miut mcm ni.. Nak2 barang dapur.


Ni pulak me punye. Hehehe.... Ada 2 lagi bekas yg kosong. Rasa mcm tersusun jer barang dapur me ni. Hehehe...


Me letak bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan asam keping dalam ni. Lagi 2 bekas tak tau nak letak apa. Rasa mcm nak letak jintan manis. Hehehe... Ada 6 balang comel. 1 balang dalam 4oz. Material plastik.

Esok saya nak pegi tengok stok. Sbb adik & mak cik pun nak juga. Ada sesiapa yg berminat? 

Kalau ada yg berminat whatsapp me 018-3935312. 
Order dan bayaran me terima sampai pukul 6 petang esok (24.01.2014) je ye. Selepas tu me dah nak pergi tengok stok.
Price RM 35 tak termasuk postage. Pos RM6 (sm) / RM10 (ss).

InsyaAllah ada stock hari keesokan harinya (Sabtu) me pos ye.

p/s; sekiranya stock limited, saya utamakan yang order dulu ye. First come first serve basis. 


with lurve,
riri






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang