Tawaran Hebat !!!

Monday, December 30, 2013

Entry Last 2013 #Wedding Review - OP

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya. Banyak kenangan pahit manis yg telah me tempuhi.
Nak2 bulan Disember ni. Banyak betul dugaan sebelum menjelang tahun baru ni.
 
Woohaaa... kenangan manis harus la disimpan. Hehehe... Ni ha, me baru je dpt gambar kahwin dari OP haritu. Saje nak tayang sikit2 hasil kerja dari OP me yg sangat best.
 
 

















 
Opss tengok gambar hantaran ni baru teringat rasanya me blm review lagi tentang hantaran ni kan. Hik hik hik... Adoiii la bnyk benda nak kena buat ni. Hopefully 2014 me ada masa yg bnyak utk update blog. Hopefully la kan sbb kerja makin hari makin bertingkek-tingkek.
 
Future B2B area Melaka & Johor yg nak OP yg best, cuba lah Aliceshah Studio. Eh2 kalau tak silap job luar Melaka & Johor pun dia org ambil tau.
 
Dan kat sini korang boleh bayar by Installment sehingga la tarikh majlis. Kira OK la sbb tak membebankan. Nak bayar tiap2 bulan sikit2 pun boleh. Harga reasonable la...
 
Dan kepada yg berminat utk buat pre wedding / post wedding, yg nak harga murah, kena alert la dgn FB Aliceshah sbb mereka selalu juga buat promo. RM 350 je. Berbaloi & sangat murah ler..
 
Korang google atau cari kt FB mesti jumpa punya la. Ni details ye;
 
AliceshahStudio

Medaniaga Bakri Batu 6,
Jalan Bakri,
84200,Muar,
Johor
.

aliceshahs@yahoo.com


016-6465279
06-9863836
FB: Aliceshahs Dua / Aliceshahs Tiga
FB Page : Aliceshah Studio
 
with lurve,
riri


Tuesday, December 3, 2013

Bengkel Pertama

Fuuuhh... (lap peluh). Nampaknya me semakin busy. Kerja opis, kerja rumah... Tibe2 rasa mcm 24 jam 7 hari seminggu ni mcm tak cukup pula. Cepatnya masa berlalu.
 
Hujung October haritu memang sangat busy. Me ada bengkel pemeriksaan bajet utk tahun 2014. Ini 1st time kot me pergi bengkel2 mcm ni.
 
 
Yo la sblm ni kerja swasta mana nak merasa mcm ni. Duk opis je la sampai bosan...
 
Ha, sekarang rasakan... Memang kena keluar masuk opis pegi bengkel, mesyuarat la... mcm2 lagi. Sungguhpun begitu, me happy sbb dpt pengalaman baru. Walaupun skrg ni me bnyk lagi la yg ting tong sbb tak tahu.
 
Ni bilik yg me dapat. Owh lupa la nama bilik ni apa. Maklumla... dah sebulan lebih punya cite.
 
 
Happy tapi sedih. Sedihh la sbb kena duk sorang2 lam bilik. Tak de teman. Ingtkan share bilik. Sekali, ha kau... duk la sorg2. Al-maklum lah dah namanya 1st time mesti la me tak tau yg kita akn dpt seorang satu bilik. Ceeh... Nak angkut husband pun boleh.. Sbb susah pula dia nak pergi keje nnti dari putrajaya. Jauuh kot... Sekarang dah tau... Hujung bln ni punya meeting me dah inform awal2 kt husband suruh dia ikut. Hehehe... tp tak sure la dia blh cuti ke tidak.
 
Ni antara menu2 yg me makan last day tu. Breakfast;
 
 
Lunch 1st round...

 
2nd round me tak ingat makan apa. Hehehee...
Dan dessert.

 
Overall... menu kat sini dari bf, minum pagi, lunch, minum ptg, makan malam, supper memang best. Boleh tahan sedap la, dan boleh masuk dan telan. Hehehe..
 
Sbb tu ramai suka pg bengkel / kursus, sbb sepanjang program memang maaakkaaannn je sampai kenyang. Blm sempat lapar lagi dah makan lagi kan... Heheheee..
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 



Monday, October 21, 2013

Wedding Review - Bilik Pengantin

Nexxtttt.... Hehehhee...
 
Review, review, review, rupanya banyak juga yg me & family DIY sendiri.
 
Untuk bilik pengantin me and my mama decide utk DIY sendiri je. Alasan yg my mama guna sebab bila kita sewa / upah mak andam, biasanya lepas majlis atau ke esokkan harinya, mereka dah buka perhiasan, langsir, bunga, etc kat bilik tu. Bila kita buat sendiri, kita tak akan segera buka langsir dan hiasan tu. Nak berapa lama bilik tu terhias mcm tu, lantak la kan...
 
Even sampai hari ni bilik tu sama mcm tu. Cuma cadar me dah tukar la kan. Sayang ooooo cadar cantik me tu. Hehehe....
 
Ni langsir utk tingkap bilik me, dan langsir kat pintu pun mcm ni. Idea dari me... Suka bebeno nak letak ribbon2 tu. Hehehee... Dan me sangat puas hati. Simple, mudah, murah dan cantik di mata me.
 
 
Ni bahagian utama, di katil... Idea asal nak letak kain lagi kat kepala katil tu.. Kain chiffon plain, pastu nak ombak2 kan dia.. Sekali my mama salah beli kain daaa.... So ini la my final touch. Sib baik ada ribbon cute extra.


Accessories kat bedside table tu me ada tukar masa hari kejadian. Dalam frame tu ada la letak gambar. Tak de la kosong mcm tu, then tambah alas meja, dll. Heheheee..
 
Lampu tido pun me letak kat bangku je. Hehehe... belasah la labu...
 
Zoom sikit... My cadar dari Akemi... Owhh really fall in love dgn set cadar ni. Cadar ni cotton, utk selimut dia pula atas je satin tp sebelah bawah cotton. Bantal pun sama. So tak perlu risau licin ke, panas ke kan... Totally memang best.

 
Total kos utk bilik ni;
 
Cadar - RM 389 (sogo) offer price. Normal RM799 (kalau tak silap me)
Lampu meja - RM 98 (romantika)
Langsir - RM5/meter (nagoya) - total meter beli tak hingat.
Upah jahit ribbon cute - RM5/pcs
Other accessories - RM30
 
 
with lurve,
riri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang