Tawaran Hebat !!!

Tuesday, January 31, 2012

Cousin Wedding - Fairuz & Awien Part 1 (Nikah)

Dlm entry sebelum2 ni me ada bgtau yg tahun ni ramai cousin me yg nak kawin dalam entry INI. Me nak tambah lagi. Kemungkinan bulan 5 nanti ada lagi seorang cousin me yg akan berkahwin... N ni sume cousin2 me belah abah... Cousin me yg pengantin lelaki tu.

Okey dalam entry yg sama tu pun me ada cakap bulan 1 ni ada cousin me sorang yg akan berkahwin.. And Alhamdulillah, majlis kedua2 belah pihak telah selamat d jalankan. 

Majlis di rumah perempuan pada 20 & 21 January 2012 yg lepas di Jengka, Pahang. Opkos la me joint sekali. Siap dah amek cuti tau 20hb tu... 20hb nikah, 21 bersanding. Kami bertolak dari rumah pengantin lelaki dalam pukul 10.30 pagi dan sampai dalam pukul 4 petang... Then kami menginap d Homestay. Hrmm agak mahal juga homestay kat Jengka ni. RM250 per night (utk reference ye). Tp homestay kami d sponser oleh bapa pengantin perempuan... Thanks ye pak cik Nordin...

Majlis pernikahan berlangsung selepas solat Isyak. Nasib baik tunggu pak imam tak lama sngt... So kurang la debaran kat pengantin....

Ni hantaran dari pihak lelaki yg di DIY oleh adik pengantin lelaki dan emaknye sndiri...


7 dulang hantaran

mas kahwin & cincin


Handbag & shoes from CR.
Cantikkan kasut tu...


Telekung...


Ni pula hantaran dari pihak perempuan... 9 dulang..
So simple....


Dulang yg ni membuatkan sume org tertarik... hehehe... tp me tak jakun mcm org lain sbb me pernah jumpa cili ni masa me bw. Tp me tak ingt kat blog mana....


Ni actually mcm.... nak kata agar2 bukan.... kulit yg merah tu mcm tepung, then dalam ada inti kacang hancur... mcm kuih... 


Majlis batal air sembahyang.... masa ni tok imam, wali, saksi sume dah tak de. Dah keluar nak makan.... 


Seee.... wajah bongkak si fairuz.... suke bebenor buat muka mcm tu...

Bersanding kejap sambil ambil gmbr.... Pelamin ni Awien DIY. Hrrmm tak nampak penuh pula gmbr pelamin ni. Nexy entry pasti ada... hehehe.... Cuma 1 je kurang kat pelamin ni, lighting tak cukup... cuma guna lampu yg kat tepi kerusi tu je... so tak naik serinye... Suppose  kena ada, bru naik seri.. 


Gossipping...


Nak enterprame jugak... hehehe


Utk majlis bersanding dan bertandang, kita jumpa di part 2 yer...


Friday, January 27, 2012

Wanted!!

Skrg ni me tengah cari bahan and idea utk buat hantaran wedding adik me. Skrg mcm2 idea n gubahan yg cntik2... Kita org nak DIY hantaran utk pihak lelaki sekali. So me pun memulakan misi memerah idea dan mix and match idea mana yg cntik n modern.

 One of my idea nak guna bekas hantaran yg mcm ni;

*pic: Uncle G*

Korang tau tak kat mana nk beli bekas ni dgn price yg berpatutan? Sbb me rasa bekas ni susah nak cari la... If boleh me nak beli. Tak mo sewa sbb nnti leh guna lagi kan....





Thursday, January 26, 2012

Smart Tag - Chinese New Year PROMOTION

Semalam masa otw balik KL me singgah kat Petronas R&R Ayer Keroh sebab nak reload card touch n go. Bila me sampai je kat kaunter khas utk reload touch n go ni, mata me terpandang iklan ni...



Bila me tengok harga dia cuma RM88.00 dan tempoh promosi dari 21 January - 29 January 2012, me tanpa melengah kan masa terus tanye kat adik yg jaga kaunter tu samada masih ada lagi atau pun tak. N nasib baik masih ada lagi stok. Normal price RM 130.00.

Me memang dah lama teringin nak beli smart tag ni. Tp selalu tangguhkan je bila mengenangkan harga dia yg mcm tu. Bila dah terpandang harga yg sangat murah ni, me pun tak melepaskan peluang. Me tak fikir2 dah terus sambar 1. Nanti dah sampai KL teringt2, menyesal tak sudah kalau tak beli.

Dah beli, me dapat ini;



1. Smart Tag
2. Card Touch 'N Go <=== ni card je tau. Tak de amount kt dlm card tu.
3. Beg Plus yg comel n cute
4. Warranty Card (tek de dlm gmbr)


Ni proof yg menunjukkan harga Smart Tag ni memang RM 88.00
(Abaikan tarikh kat resit tu. Mungkin dia print resit tu tarikh 18 January 2012.)

Kepada sesiapa yg belum lagi mendapatkan atau yg teringin nak beli Smart Tag tu, boleh la dapat kannya sekarang ye sbb tengah ada promosi ni. Hanya RM88.00.
Promotion dari 21 January - 29 January 2012..


Tawaran Package Smart Tag + Touch N go ini boleh di dapati di;

1. Hab Touch 'n Go

Bangsar South
KL Sentral
Wisma Nufri, Johor Bahru

2. Touch 'n Go SPOT

Shell, Hentian Sebelah Juru, Lebuhraya PLUS Arah Utara
Esso, Hentian Sebelah Juru, Lebuhraya PLUS Arah Selatan
Shell, R&R Tapah, Lebuhraya PLUS Arah Utara
Shell, R&R Tapah, Lebuhraya PLUS Arah Selatan
Petronas, Lebuhraya Sg Besi Arah Utara
BHPetrol, Lebuhraya Sg Besi Arah Selatan
Petronas, R&R Ayer Keroh, Lebuhraya PLUS Arah Utara
Shell, R&R Pagoh, Lebuhraya PLUS Arah Utara
Petronas, R&R Skudai, Lebuhraya PLUS
Shell, Gombak, Lebuhraya MRR2, Arah Batu Caves (Pakej KET)
Petronas, Lingkaran Karak, Lebuhraya MRR2 (Pakej KET)

3. Pusat Khidmat Pelanggan

Di Sepanjang Lebuhraya PLUS
Di Plaza Tol MTD (Pakej KET)

4. Kaunter Reload 'n Go
(21 & 22 Januari, 9 pg - 9 mlm)

R&R Seremban Arah Selatan
OBR Sg Buloh Arah Utara
R&R Temerloh Arah Kuantan (Pakej KET)

5. Kaunter Reloan 'n Go
(28 & 29 Januari, 9 pg - 9 mlm)

R&R Temerloh Arah Kuala Lumpur (Pakej KET)

Cepat cepat!!! Tinggal 3 hari je lagi sebelum promosi ni tamat...

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Touch 'N Go 



Wednesday, January 25, 2012

Sedih + Geram bila bos bagi cuti extra!!

Gile! Org dpt cuti extra msti happy, suka kan sampai lompat2 bintang.... Tp me, bila bos bgtau dia bg cuti lagi 1 hari me SEDIH. Gile kan????

Mau tak gile. Me sampai KL semalam dalam pukul 4.30 mcm tu la. Awal sebab tak nak mengharungi jem. Tengah2 syok tengok cite kat TV3, gemersik kalbu kot tajuk nye... tak ingat la, tp yg pasti cite ni start kul 7. Tibe2 ada call masuk... Me tengok nama, nama bos me. Peehhh ni kenape la agaknye kan... Rupanye dia call cakap esok (Wednesday) cuti lagi... Thursday baru keje balik mcm biasa...

Pppppeeerrgghhhhhhhh menyirap betul la!!!!


*pic: Uncle G*

Terus jadi mcm dlm gmbr ni..... Geeerraaammmmm kenape la tak bgtau awal2..... Ape la nak buat kat rumah ni... Kalau keje tak pe la jugak... Kalau dapat online 24 jam lagi best...

Sblum me bertolak dari rumah semalam me ada sms dia tnye esok keje ke tak. Tp tak reply pun!!! Me dah berkira dah kalau sebelum me masuk highway bos cakap cuti me memang akan patah balik. Tp mslhnye dia senyap jer... Me sms sbb tak nak la gngu dia tngh beraya kan... Eeeeeeeeeeeeeeee.........


nota kaki: menyesal tak tanye masa hari Isnin hari tu.....

Tuesday, January 24, 2012

Nak berkasih sayang juga

Last week we alls pg Pahang. Mnghntr rmbngn pengntin my cousin. Me penah mention tntg ada cousin me yg akan khwin bulan ni kat sini. Pegi Jumaat pagi. Sabtu petang h smpai rumah.

Sesampai je kt rumah, turun dri kereta, ada yg mnyambut kepulangan kita org.... huhuhu.... Rindu la tu...
Nak tau siape???

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

Ini la dia si budak manja dan mengada2...


Ye.... ank bebek aka anak kambing... Ni anak yatim... Mak dia dh meniggal masa lahirkan dia. Abah ckp dia ni dh gemuk. Usia belum smpai sebulan lagi tp bdn dh berisi.

Memandangkn tak de ibu yg akan menyusukan dia, so abah bawa blk rumah. Senang nk menyusukan. Tak perlu lah nk ulang alik ke reban kmbing nk bg dia susu.


Ni masa ptg sbtu. Kita org bru smpi dri pahang. Lum smpt loading brng lm rumah lg dh minta susu. Mengadenye....
See his leg. Boleh pulak patah... 
Tu la nakal sngt. Abah naik scoot, dia pun sibuk nk naik. Lepas tu tak tau nk turun main terjun je smpai pth kaki tu...

Tp skrg me tngk dh okey sbb dh boleh kuis2 telinga guna kaki yg skit tu. Dan dah boleh pijak sikit2... Alhamdulillah semoga kamu cpt sembuh ye bebek....

Bebek ni pntg kalau pintu rumah terbuka luas... pasti dia tk lepaskan peluang nk masuk rumah... tp jgn hrp la dapat ye... kang tak pasal2 masuk rancangan brsamamu kt TV3 tu sbb dh tinggl serumah dgn kambing. hik hik hik....

Monday, January 23, 2012

Happy Chinese New Year

Mood cuti lagi ni... hehehe... Me dah amek cuti hari Jumaat lagi. Excited ko nak raya..



Me nak ucapkan Happy Chinese New Year especially to My Boss & Family.
 And tak lupa juga kepada my ex-office mate kak LT and to all Malaysian yg sambut CNY ni.

Wish you wealth, good fortune and prosperity.

Wishing you good fortune and hapiness.

 Dun forget my bonus ye bos. hahahah... sempat lagi tu....

GONG XI FA CHAI


Tahun ni ialah tahun Naga. Nak tau lebih lanjut kat SINI.



nota kaki: nak buat ape ye cuti ni....



Thursday, January 19, 2012

Wedding cousin

Sbnrnye masa me belek2 gmbr ada gmbr cousin me kawin last year pada 29.10.2011 di Kulai, JB. Ni cousin perempuan belah abah. Mak pengantin (mak teh) akak kepada abah me. Belah abah memang ramai cousin. Anak buah pun dah ramai (anak cousin). Abah dh dapat pangkat "Atuk" pun.


Masa nak cari rumah ni memang sesat barat. Salah simpang je kejenye walaupun dah ada peta. Tp sbnrnye ikut jalan lain tu yg tak jumpa. Maklumlah dah lama me tak datang rumah mak teh ni. Kalau tak silap me last me pegi masa me kecik lagi. Dalam darjah 1 - 3 la. 

Hrmm actually dah lama juga tak de cousin yg kawin. Paling last pun tahun 2010 bulan 9. Kira tahun 2011 ni la wakil sorang. Hik hik hik... 

Tapi this year... fuhh... banyak okey. This month ada sorang, bulan 3 ada sorang, bulan 4 ada lagi sorang (adik kepada pengantin ni), n adik me bulan 9 nnti. Ini setakat yg me tau n confirm la. Saje "membold" kan yg bulan 9 tu sbb tu langkah bendul. hehehe *_*

Jom layan gambar;




Pada pendapat me la kan, pelamin ni terlalu besar sbb makan space yg terlalu banyak. So mengurangkan tempat utk org tngk2 pengantin dan kawasan yg sempit utk para photographer amatur ni nak amek gmbr. Sbb tu la dapat gmbr pelamin dari tepi je. hik hik hik

Sebelum penganti baru rasmikan pelamin ni pengantin lama nak rasmikan dulu...


my mom n my cousin... mama, knape buat muka mcm tu? Dh penat eh.... ke silau tengok gaya photographer yg tak brape nak teror ni amek gmbr


my sibling... love both of them so much... 
oooowh.. tetibe rindu pulak nak balik kampung lak... sob..sob.. T_T
my sibling ada lagi 2 org tp tak de dlm gmbr


Ni la cousin me. Cousin me ni cikgu. Suami dia pun sama tapi me tak pasti la cikgu sek. rendah tau menengah. Pengapit perempuan tu la adik pengantin perempuan ni yg nak kawin bulan 4 nnti. 


Acara baling gula2 dan duit... Ecah, nape muka ko mcm nak nangis je ni....


tumpang lalu...


 tumpang lalu...


nak interprame jugak!


me with the only adik perempuan yg me ada..... Ni la org yg berani-berani melangkah bendul kakaknye... Siap la pas ni mcm2 nak mintak. hahahah *ketawa jahat*



nota kaki; skrg suka jalan jauh2 dgn family sbb dh ada kete besau...

Tuesday, January 17, 2012

Dia pun nak bertutti frutti

Last week me berjimba kat OU dgn mr.S. Bila sampai je kat situ kami terus pegi makan dulu. Then bila perut dah kenyang harus la window shopping kat situ... *suka suka suka*

Tp ramai org woooo sbb nak chinese new year kan... Dia org pun membizi wat preparation utk raya. Pusing sana pusing sini then me ternampak kiosk tutti frutti. Wah... dah lama mengidam ni. Bagaikan pucuk d cita ulam mendatang / org mengantuk d sorongkan bantal.. <===== betul ke peribahasa ni? Cikgu, sila semak yer.

Harus la me mengenen tutti frutti ni dgn mr.S. Dah lama me nak rasa bende alah ni. So, mesti la me mengiyau nak jugak try even waktu tu perut me penuh sbnrnye sbb baru lepas makan.

Mula2 nak beli mr.S cakap ==> kenyang lagi baru lepas makan n manis, tak elok utk kesihatan. Cehh... poyos jer. Then bila dia tengok me beriya2 nak juga, so dia terpaksa juga membenarkan. Me cuma amek flavour kiwi n strawberry banana. Then letak topping choco chip n chocolate.

Sorry gmbr tak de sbb ada org tu dah ngap dulu sblm sempat me ambil gmbr.



Khusyuk bertutti frutti.. Tak sedar ke itu tutti frutti me yg punye... Tadi tak nak beli. Bila dah beli dia pulak yg merasmikan dulu... Hampeh....



Muka happy sbb dapat makan...hehehe.... *wink wink* Sibuk menyuruh mr.S ambilkan gambar dari start makan TF smpai la dah nak habis benda alah tu baru la dia ambilkan...

Alamak!! tak nampak pula tutti futti tu. Cameraman ni ambil gmbr main2 ye T_T




nota kaki: ada rupa Linda Hashim tak? hahaha

Monday, January 16, 2012

jawapan kpd email RAMLY Frankfurter(Sosej) Lembu Ada DNA Khinzir

Okey, tentang ni me dapat dari email yg d forward2 kan. So, im not so sure la sama ada benda ni betul tau tak. Just wanna to share with others. Kalau betul, marilah kita sama2 share. Kalau ragu2, leh semak dgn JAKIM. Kalau salah ignore kan aje yer..

Macam mana Jakim nak inform public. Sijil halal berdasarkan pada tempat proses yg sama semasa permohonan. Pertukaran owner syarikat tak ada kena mengena dengan pengiktirafan sijil halal sebab pekerja masih sama dan nama syarikat masih sama.

“Dah lama dah”…..cina menggunakan cara ini utk menyakinkan orang islam. Beli syarikat melayu atau syarikat yg dah ada sijil halal. Mudah ringkas cepat dan Berjaya mengabui mata orang islam. Lagi nama pulak “RAMLY” sama juga dgn pau “AHMAD” yang tertipu umat “MUHAMMAD”. Nak tawakal tapi sekarang dah tau, maka terbatalah tawakal kita tadi.

Tukarlah jenama baru “AGROMAS” 100% bumiputra FAMA punya. Kalau dia menghidangkan yg tak halal juga terpaksalah dia tanggung.

Wallahuallam

Untuk pengetahuan semua rakan2, setelah aku berjumpa dengan Datuk Ramly “Ayahanda Negeri Selangor”dia bukan lagi pemilik Ramly Burger. Pemilik barunya adalah 1 tokey cina. Terjualnya syarikat tu setelah dia teraniaya oleh sahabat beliau sendiri yg menjual syarikat tersebut kepada tokey cina nie didalam keadaan Datuk Ramly kesempitan wang dulu. So kesimpulannya jenama melayu tapi bukan hak milik orang islam lagi.

Sekian harap maklum.

Dan kat email tu ada attachkan sekali surat ni;


Tp me memang tak guna jenama Ramly ni.

Me selalu beli jenama Ayamas.

Friday, January 13, 2012

Menggelabah but then, turn to Happy

Selamat pagi Malaysia n selamat hari Jumaat. Ye, bila Jumaat je mood happy lebih sebab esoknye cuti. Hehehe....

Tp, mood happy tu d spoil kan oleh my hp. Grrrrr.... entah kenape this morning bila me turn "ON" my hp, the screen keluar warna putih jer... Oowwhh.... gosh!!!!!


*pic:Uncle G*

 Mood masa ni memang menggelabah sebab dah la hp ni the only 1 yg me hado n hp ni sekarang dah jadi benda yang penting dan wajib ada. Daaannn... ada lagi "dan" tu. Bila tak ada hp mcm mana me nk call2 rindu miss call dan sms kat mr.S.. Erk, tambah sikit, nak call mama lagi kat kampung. Heeeee.... :)

 If tak ada hp boleh tunggang langgang hidup me. Owh teruknye smpai mcm tu sekali.

Bila sampai opis i terus call mr.S guna phone opis nak explain keadaan yg sebenornye sbb kang tak pasal2 wujud pulak cite2 yg me tak buat. Tp mr.S tak answer my b sbb dia tengah merempit naik motor... Tak cukup dgn tu, me pun hantar email bgtau hp me tak leh nak on.

Sementara nak tunggu mr.S reply email n call balik, me survey2 la hp ape yg me nk beli nnti memandangkan hp ni dah tak boleh guna lagi. Hati dah berbunga2 sbb nak beli hp baru... *wink wink*

Around 9.40am mr.S dah tercongok kat depan pintu opis me. He has something to attend this morning kat area sini, so dia pun singgah la memandangkan me dah call manyak kali. He ask kenape. N me bg je hp tu kat dia suh repair.

Tup2, bila mr.S pasang balik battery, on. Terus hidup mcm biasa. Tak sampai seminit pun hp tu dah ok mcm normal. Erkk... masa ni malu memang malu.. Rasa nak sepak je hp ni laju2 tau!. Dah sepuloh dua belas kali me try2 cabut battery n on balik tak boleh, tetibe kena tangan mr.S sikit terus dia baik. Huh, ape punya hp la.. tak mengenang budi tuannye...



 Tpi lega la n syukur sesangat sbb hp dah ok. Tpi melepas la tak de chance nak hp baru. hahahaha... Tq so much ye mr.S ku...

Me pelik betul la kenape tibe2 jadi mcm tu. Tp sblum tido around 12am me ada charge battery tu sampai subuh. N sebelum charge tu me ada teringat me ada baca 1 entry tu tp tak ingt kat blog mana, dia tulis if charge hp then biarkan lelama, boleh rosak.. Me ignore kan je la sbb selama ni buat tak de ape2 pun. hehehe

Sekali bile me bangun pagi tadi terus jadi la ape yg akak tu cakap... apo nak di kato..




Nota kaki: len kali bila nak tido jgn ingt benda2 yg -ve <====== erk boleh ke mcm ni?

Thursday, January 12, 2012

Congrats Ally Iskandar & Farah Lee

Confirm 20 January 2012 Ally Iskandar & Farah Lee akan di ijabkabulkan. Farah Lee sendiri yg dah confirm kan hal ni n dah menjemput kawan2nye d FB.



Majlis akan d adakan d rumah parents Farah Lee di Terengganu secara simple n sempooi. Congrats to both of you. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Source Info & Pic; Beautifulnara

Oppss ada yg tertinggal, FYI Farah Lee ni juga merupakan anak angkat kepada family Zizan raja lawak tu. Nak tau lebih lanjut tengok kat SINI ye.

Wednesday, January 11, 2012

Macam Linda Hashim okey..

Alamak, nak story mcm dh outdated jer sbb last month punye cite... tapi lum brape basi lagi la sebab tak sampai 1 bulan lagi. hehehe...

Last month me ada pegi rumah my future MIL. 1st time tu.. hikhikhik... debaran tetap ada tp cool la beb.. hehehe... sebabnye me dh penah jumpa my future MIL masa raya tahun lepas. Cuma belum pernah sampai rumah je lagi a.k.a rumah mr.s membesar.

Syukur Alhamdulillah. Everything goes well. Me tak de menghadapi sebarang masalah or kekok sepanjang me berada d sana. 

Erk tp bukan ni yg me nak cite sbnrnye... Tp leh d kira sbgai intro la sbb berkaitan dgn pe yg me nak story mory ni. Sbb semalam, mr.s bgtau me yg mak dia aka my future MIL tu cakap me ni ada gupe mcm budak kat bawah ni;

*pic: Uncle G*
Ini le Linda Hashim. Purposely amek gmbr Linda yg pakai tudung sbb me wore shawl masa tu...
Me memang tergelak mendengarkan kata2 my MIL tu... hehe.. tang mana yg gupe lebih korang or sama tu me tak berape nak pasti la pulak... Tp yg me pasti tang pakai tudung tu je yg memang sama.. hehehehe... 






Tuesday, January 10, 2012

Bertukar ke "FIBOX"

Last week me perasan yg shoutbox kt blog me ni dah tak bleh guna.. Dia tulis "shoutbook free currently is unavailable" mcm tu la ayt nye lebih korang... This week pun me tengok same jer. Me ingt itu utk temporary basis jer. Rupanye memang dah kena bayar.. Chaaiittt... No free of charge lagi okey.. 

Masa me BW my blog list, me jumpa dah solutionnye dari  mynameismy .
Now me guna FIBOX . Ada yg komen ckp fibox ni ada prob. Ye la, benda bru lagi, msti ada kekurangannye.. Hopefully fibox akan improve their service from time to time.

Asalkan FREE, me tak kisah dgn prob sikit2 tu.. hehehehe...

Ni la gupe shoutbox aka fibox baru me;


hehe.. purple kaler...

Shoutbox ni penting wooo. Ye la nak track & trace sape yg dtg, singgah dan jenguk blog ni. Even tak de entry baru, aktiviti BW tetap me buat. Ada jugak blog kengkawan masa me bw mengalami mslh yg sama mcm ni. Hopefully kengkawan leh tukar ye sbb senang nak tinggalkan tapak kaki. hehehe...

Monday, January 2, 2012

~ Jodoh ~


JODOH itu rahsia ALLAH SWT...

☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.



SEKUAT mana kita setia

... SEHEBAT mana kita merancang


SELAMA mana kita menunggu

SEKERAS mana kita bersabar

SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ



.. •.♥• Jika ALLAH SWT Tidak Menulis JODOH Kita Bersama Kekasih Kita..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..




nota kaki: mood ombak rindu kembali ~ ~ ~ ~ ~ ~ lagu ombak rindu Hafiz & Adira

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year "2012"

Today 01.01.2012... hahaha sume org tau okey....

Just wanna to wish Selamat Tahun Baru 2012....

and happy holiday...

Semoga tahun ini akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya....

Semoga me dapat mencapai impian dan cita2 me yg me mana me masih belum capai lagi dalam tahun 2011.... (nak juga tu mention 2011)

Semoga me dan keluarga sihat, d murahkan rezeki dan gembira selalu....

2012 <====== Please be nice to me okey.....

Chayok.... chayok..... !!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang