Tawaran Hebat !!!

Friday, June 22, 2012

Bersabarlah

15 Panduan Mengembangkan Sifat Sabar

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.



6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.







8 comments:

mummY daniSha said...

thanks for sharing =)

Izwa Kamaruddin said...

good entry..

Rasp said...

i suka sgt dengar ceramah Don Daniyal...
thx for sharing this info...

Zie Madini said...

bersabar tu lebih dari segala²nya kan, riri :)

wantie said...

no 5 tu saya sokong sangat. sebab ada sesetengah orang yang suka campur urusan org lain. mungkin sebab dia ingat dia tau benar apa yg terbaik utk org lain.

:: Riri-Fatieha ::~ said...

@Zie; tu la, sabar je la kan. Kdng2 ape yg berlaku bukan kehendak kita. Allah sedang menguji ummatnya.

@wantie; hehe, betul3...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kalau time mrh tak suka org tanya2 sbb tgh cuba control marah

wahida said...

gud info...tengs dear!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang