Tawaran Hebat !!!

Tuesday, June 12, 2012

Wedding cosuin - Tanty & Miezan (Bersanding)

Okey ni majlis bersanding pada hari Sabtu, 10.03.2012 continue entry INI.

Oppsss entry ni pun bnyk gmbr tau.

Ketibaan pengantin lelaki. Ada gegaran la di situ. huhuhu


Di Melaka memang terkenal dengan zon TOLL ni. Hehehe... So, awal2 lagi, kt pintu gerbang lagi dah kena bayar toll. Sebabnye pelamin buat kt bawah kanopy so tak de pintu mcm pintu rumah.

Tu yang mereka2 ni tunggu kat pintu gerbang. Kira macam pintu rumah la tu. Hehehe...


Habisla.... tak bayar toll tak leh masuk. Pengantin lelaki ni orang Melaka juga. So, dia dah biasa dengan adat toll ni. So no prob la kan.


Ha, hulur jangan tak hulur. Biasanya toll ni tak banyak amountnye. Dalam Rm1 or RM2. Terpulang kepada pihak pengantin lelaki.

Tapi yang pasti kena sediakan banyak sampul la. Sebab cousin2 dan mak cik2 me ni suka bebenau dengan toll ni.



Walaupun amountnye tak banyak, dia orang tetap happy buat toll ni. Hehehe adat kan dan sekadar untuk hiburan jer...


Lepas dah hulur baru boleh bagi pengantin perempuan. Tapi kejap je tau.... Kejap lagi kena TOLL lagi. Hehehe....



Okey bersanding kat tengah panas jap.... Kemudian pengantin perempuan akan dibawa ke pelamin.


Haaaaa... toll lagi. Hehehe.... Ni lagi ramai dari kat pintu tadi.


Bayar jangan tak bayar. Memandangkan dari rumah pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan tak lalu highway pun dan tak kena toll, so kat sini kena la byr toll lebih sikit.

Hehehe....


Kemudian sesi menepung tawar dan merenjis. FYI pengantin tak de sediakan pulut kuning sebab tak nak ada adegan suap menyuap ni.

Tp dengan kepakaran orang kampung, guna telur yang dah direvus tu pun boleh ape. Hehehehe... kengkonon nak mengelak tapi tak dopek den nak nolong.

Dan ketua bagi adegan suap menyuap ni, ni ha dia dalam gmbr ni. Abah den... Huaaa nangis me tengok.


Abah me memang suka betul suap menyuap org ni... Me pun tak pasti kenape. Tapi abah cuma suap menyuap anak2 buah dia je. Org len yg dia tak kenal idak le dia buat. Hehehe...

Tp me tertnye2, adakah waktu majlis perkahwinan anaknya nanti abah akan buat adegan suap menyuap ni jugak dkt anak-anak dia???

OWhhh... tidaaaakkkkkkkk....


Okey, meh berkumpul pengantin nak baling duit syiling dan gula-gula...


Pungut jangan tak pungut.. Eh eh pungut ke kutip???


Meh i suap u... Nanti u suap i balik ye.
Hehehe...



Acara memotong kek.


Bergambar bersama keluarga pengantin perempuan


Ada 1 part je yg me tak puas hati. Cewah.. macam majlis sendiri jer.

Bukan ape, pengantin tak hire OP. So gambar2 untuk kenangan tu yang biasa2 je. Even guna DSLR, tp yg capture pic tu tak pro / professional, then for me gambar tu biasa2 je la kan.



Sayang der... kahwin sekali je seumur hidup, so tak salah rasanya invest lebih sikit untuk OP.


Currently pengantin dah preggy. But tak tau brape minggu. Tp still awal lagi.

Congrats to both of you.





Monday, June 11, 2012

Tingginye...

Memperkenalkan boypren baru.

hik hik hik....



Jangan perasan ye nak ada boypren yang tinggu macam galah tu.
Mr.S pun tinggi lebih kurang me je. Oppppsss terkutuk pulak. Hik hik hik....

Actually tu adik me, well known as "bujang" dlm family me. Dia anak no.3 dalam adik beradik me.

 Hehehe, tinggi yg amat. Tak tau la dia ikut siapa sebab saudara sebelah abah dgn mak ketinggian sume normal, tak terlebih mcm dia ni. 

Masa godek2 picture terjumpa pula gmbr ni. Lupa pula nak tnye brape cm tinggi dia tu. Teka sendiri ye. Cluenye tinggi me 162cm.






nota kaki: actually nk tnjuk watermark yg me buat sendiri tu. hehehe @_@



with lurve,
riri





Friday, June 8, 2012

Rawatan Iridology - Testimoni

Entry ni sambugan dari entry Rawatan Iridology. Me ada bgtau yg me dgn mak cik - mak cik me pegi buat rawatan sebab dah ada tertimoni yang meyakinkan.

So ini la serba sedikit testimoni2 tu.


Testimoni 1: Future MIL my adik.

MIL adik me ni dah lama sakit kaki. Ada bisul di peha. Dan yang pasti tak boleh duduk bersila dekat bawah. Kena duduk atas kerusi. Sampai kena operation. Dan keadaan MIL adik me tu agak serius sbb smpai kena makan guna straw.

Selepas buat rawatan dgn Doc. Sulaiman, Alhamdulillah dah boleh bersila duduk bawah, dan dah boleh berjalan, dah boleh naik motor pegi kedai. dh boleh makan mcm biasa. Menurut Doc Sulaiman, sepatutunye MIL adik me tu tak perlu buat pembedahan utk buang bisul tu. Dengan penawar yg diberikan, bisul tu boleh pecah sendiri.


Testimoni 2: My nenek

*source: FB adik me*



B4 ni my nenek tak de selera nak makan. Dan badan dia lemah je. Nak baring je kalau boleh. Kaki sengal2 sakit dan mcm2 lagi la sebab dah tua kan.

Tp selepas pegi buat rawatan dgn Doc Sulaiman, my nenek Alhamdulillah dah sihat, boleh jalan, boleh buat keje dah. Dan selera makan bertambah. Nenek kata sekarang kalau dia lapar sangat nasi 1 pinggan penuh pun dia boleh habiskan.

My nenek dah 2 kali jumpa Doc Sulaiman. Kali ke-2 doc cakap my nenek dah sihat. Cuma tinggal sakit2 tua je la kan..

Testimoni 3: My abah

My abah ni siyes penyakitknya memang kritikal dan menakutkan. Doc cakap kalau lambat jumpa dia, my abah kemungkinan akan kena strok (memang ada adik beradik abah yg ada kena strok) atau pun koma. Sebabnya abah ada masalah gastrik, masalah usus, dan ape lagi ye me pn tak pasti.

Tapi sebelum tu memang abah ada makan ubat hospital untuk penyakit gastrik dan usus dan sehingga sebelum jumpa Doc Sulaiman abah me memang bergantung pada ubat hospital tu.

Owh, 10 tahun yg lalu, my abah ada buat by-pass utk saluran jantung tersumbat. 10 tahun juga la my abah dah makan ubat hospital. Sepatutnya dah sembuh la kan, tpi still kena bergantung pada ubat hospital.

Alhamdulillah selepas jumpa Doc Sulaiman, abah me cakap dia dah ok. Dah tak payah nak makan ubt hospital lagi. Dia pun rasa lebih bertenaga.

Pada me, bila abah dah cakap OK maknanya memang OK la sebab abah me ni memang cerewet sikit tentang jumpa doctor dan ubat2an ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai rawatan Iridology ni boleh tengok di Suliz Marketing



Testimoni ni adalah hak peribadi me dan blog me ye. Testimoni ni berdasarkan pengalaman future MIL adik me, my Abah dan my Nenek ye.

Harap maklum.




with lurve,
riri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang