Tawaran Hebat !!!

Tuesday, January 29, 2013

Menang Giveaway - Guest Book

 
Assalamualaikum... Wah lama betul tak online.
Busy sangat. Adeh, sampai tak sempat dah nak buat entry. Seminggu sekali pun belum tentu dpt buat entry..
 
 
Skrg kepala makin pening sebab banyak betul benda nak di fikirkan... Huh, 7 months to go.. Tp masih tak book ape2 lagi. Masih duk sibuk mencari vendor yg blh bg the best price in the world... hahahaha...
 
Anyway, perkara pertama yg dah settle ialah Guestbook. Okey, dah boleh strike dah Guestbook dalam list.
 
 
Guestbook ni actually me menang dari Galeri Kad Kahwin Aqilsya.
 
 
Tak susah cuma kena rajin share and tag 8 org rakan. Tang nak kena tag 8 org rakan tu yg buat me gelabah sikit. Sbbnye risau la kalau org2 yg kita tag tu tak suka dirinya di "tag" kan. Tp nak buat mcm mana... Nak memang punya pasal... Hehehe...
 
Contest ni berlangsung pun tak lama... Dalam 7 hari je. Dan selama 7 hari tu la me gagah "mengeshare" kan post tu. Huhuhu...
 
Dan Alhamdulillah, berkat kerajinan dan ketebalan muka me tu akhirnya me terpilih sbgi salah seorang pemenang...
 
 
Ini merupakan kemenangan pertama dalam giveway... Weehuuu, terasa seronok pula join giveway ni pulak.
 
Okey, dah boleh jimat di situ. Tak payah nak pening kepala lagi.
 
 
 
p/s; riri adalah nama singkatan utk serry yg me guna utk berbelog. fatieha tu pula nama my adik ;)
 
 
 
with lurve,
riri
 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, January 16, 2013

Supplier Glass Jar

Dek kerana me rasa dah tak terlayan email tanya tentang contact number akak yg supply glass jar ni, me rasa nak buat entry lagi senang. Hehehe...

Last year me ada buat entry tentang beli glass jar murah. Me beli utk wedding door gift my adik yg berkahwin tahun lepas.Nak tengok mana ghupe glass jar tu boleh tengok kat entry SINI.

Hehehe tak sangka pula ramai yg meng-google dan bertanya. Email tak putus2 tanya. Adeh, pengsan kejap sbb lately ni sibuk sangat dan my bos pun ada je kat offis so sush sikit nak reply email.

Okey, ni me bagi info tentang supplier glass jar ye. 
Owner; Kak Mai
HP No: 017-6929 840

Dekat kak Mai ni ada macam2 bentuk dan jenis glass jar. So kalau nak tengok macam mana bentuk tu pg la blog / FB dia ye. Price pun dah tentu berbeza megikut jenis dan kuantiti. Penghantaran me tak pasti la sebab haritu me pick up sendiri kat Seri Kembangan.

Sekarang kak Mai ada buat promotion glass jar + sticker + ribbon = RM1. Tp hanya utk glass jar code "D" sahaja. Promo ni hanya untuk glass jar + sticker di atas penutup + ribbon.

Ini contoh glass jar Promo dari kak Mai.



Promosi ni bermula dari 1.01.2013 - 20.01.2013. Dan promosi ni untuk majlis bulan March sehingga December 2013. Sebabnya bulan Jan dan Feb dah penuh.

So tinggal beberapa hari je lagi ni sebelum PROMO tamat. Cepat2 la ye contact kak Mai.

Ini iklan tak berbayar ye. Me buat entry ni sebab nak tolong mana B2B or sesiapa shja yg tengah mencari glass jar ni.

Hopefully entry ni membantu la ye.



with lurve,
riri

Tuesday, January 15, 2013

crepe

Owh tetibe tekak ni buat hal lagi nak makan crepe ni. Kat entry NI  me ada bgtau me nak order durian crepe tapi akak Rien tu cuti kan???? Ha ini la durian crepenye.

Sangat sedap walaupun rupa dia tak hensem gebus meletop.

Dont judge the crepe by its cover ye...
 
 
Masa ni me beli 4 pack. Pehhh terus menyesal sebab tak beli 10 pek! Sangat la sedap.
Ni pun teringat2 lagi.

 
If tak silap me sekrang ada crepe baru kak Rien ni jual Chocolate crepe kalau tak silap.
 
Kalau nak order blh je pegi kat FB Violet Creation atau pun blog Violet Creation.
Delivery area Melaka Sahaja ye. Lain2 area kena la tanya kak Rien.
 
Skrg ni me tengok org yg jual durian dah tak de la...
Hmmm x sempat la nak try buat sendiri.
 
 
 
with lurve,
riri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang