Tawaran Hebat !!!

Thursday, April 14, 2011

kAaBaH eNgGaN bErGeRaK bILA Di AkHiRaT

Assalamualaikum, tadi me check email dan me dapat 1 email dari my fwen, Yana.. Bila baca email ni me rasa me nak share dgn semua blogger dan semua manusia di yg hidup di bumi Allah ni.. bacalah, semoga Allah SWT berikan petunjuk & buka hati kita untuk menjadi hambaNya yang sebenar.
Untuk yang telah dianugerah dengan jemputan ke Tanah Suci mengerjakan umrah atau haji, bersyukurlah & bertaubatlah. Jangan putus asa untuk berusaha menjadi hamba yang sejati dengan mengikut suruhanNya.
Yang masih engkar, fikir2kan lah.
To my dear muslimat who continue to refuse to tutup aurat, please remember, it is not an option, it's an order by Allah SWT. We are Allah SWT's slaves and yet we dare defy Allah... We are indeed undeserving of Allah's love & blessings. And yet, day in, day out, Allah SWT bestows on us unparalled Rahmat, Forgiveness and love. The air we breathe, the food we eat, the rezeki we get, the ability to walk, see, hear, laugh, the ability to eat & enjoy the wonderful fruits, food, etc. Despite all this wonderful blessings, we continue to defy & remain ungrateful....please think about it.
Wassalam.



KAABAH ENGGAN BERGERAK
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

p/s: kenyang tanpa perlu makan?? jom tengok..

2 comments:

NM02 said...

subhanallah.. beruntungnya pada mereka yang telah diampunkan dosa...

ACEH said...

mudah-mudahan dapat berhaji selama nyawa masih ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Tieha
Design by Cik Kumbang